CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Kanak-Kanak Ditikam Sebelum Dicampak Keluar Pangsapuri

17-11-2021 12:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2960| Komen: 11

London: Seorang kanak-kanak maut manakala seorang lagi cedera parah selepas mereka didakwa ditikam dan dicampak dari tingkap sebuah pangsapuri di Sweden.

Lapor Metro, kedua-dua kanak-kanak itu yang berumur bawah 10 tahun, ditemukan di luar bangunan di barat Stockholm pada Ahad lalu.

Menurut laporan Aftonbladet, seorang daripada anak-kanak itu meninggal dunia semala dan seorang lagi mengalami kecederaan mengancam nyawa.


Foto: AFP

Polis mengesyaki mangsa ditikam ketika berada di dalam pangsapuri itu sebelum dicampak dari balkoni pada ketinggian 15.24 meter.


Sehubungan itu, polis menahan seorang lelaki dan wanita kerana disyaki melakukan pembunuhan dan cubaan membunuh.

Menurut polis, kedua-dua suspek dipercayai mempunyai hubungan dengan kanak-kanak tersebut.

Seorang daripada suspek yang ditahan mengalami kecederaan dalam kejadian itu dan kini menerima rawatan di hospital sebelum disoal siasat.

Polis dikerah ke tempat kejadian di kawasan Hasselby kira-kira pukul 9.45 malam (waktu tempatan) selepas seorang pejalan kaki menemukan kanak-kanak cedera.

Dua kanak-kanak itu dikejarkan ke hospital menggunakan helikopter dan media tempatan melaporkan, polis turut merampas beberapa pakaian dari pangsapuri itu serta menyiasat beberapa jiran. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mejaputih 17-11-2021 12:24 PM
wow...berlaku di Sweden...
Quote ~boolean 17-11-2021 01:35 PM
reaksi sama dengan poremer #2..

mula2...oh, london

pehtu..wow, sweden..

Quote noor2 17-11-2021 01:56 PM
Semoga semua manusia pupus dimukabumi ni cepat agar tiada kanak2 yg terainaya dan dianiaya oleh orang dewasa
Quote kemaruk 17-11-2021 02:00 PM
tikam dan campak pada asasnya membawa maksud yang sama
Quote bloodyamuk 17-11-2021 02:50 PM
1st world country 3rd world mentality yach
Quote sharlenetexas 17-11-2021 02:51 PM
European bangsa maju?

Quote nononcrux 17-11-2021 02:53 PM
ape la salah dosa ank ank tu.. kejam sekali
Quote missbigrockstar 17-11-2021 03:49 PM
Motif pembunuhan? Haih. Kesian budak2 tu. RIP.
Quote Simunggu 17-11-2021 04:13 PM
setan betul..cakap negara paling aman & sehat...butuhlah
Quote Jiddin 18-11-2021 03:46 AM
Immigrants? Refugee? Atau native?
Quote MawarBerduri87 18-11-2021 12:36 PM
kejam gila...

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.063713 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top