CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dua Minggu Kahwin, Ai Wahida Berniqab- Nak Buat Bisnes Tudung Dan Niqab

17-11-2021 09:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5062| Komen: 47

Dua minggu bergelar isteri, penyanyi Ai Wahida membuat keputusan untuk mengubah penampilannya kepada imej wanita muslimah dengan berpurdah.

Ai Wahida atau nama sebenarnya Wahida Amalin Atan, 23, mengakui keputusan itu sudah lama difikirkan dan sekarang adalah masa yang paling sesuai.

Katanya, dua lebih terjaga, selesa dan selamat apabila mengenakan berniqab.


Foto: IG

"InsyaAllah saya tengah slowly cuba untuk berniqab purdah. Tengah biasakan diri.

"Mulanya saya terdetik nak pakai niqab ni masa buat paid review, masa saya pakai tu rasa sebak dan menangis.


"Saya kata indahnya kalau tertutup penuh macam ni, mungkin inilah bahagia yang saya cari," katanya kepada mStar.

Ai Wahida selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya iaitu Muhammad Syafiq dengan sekali lafaz di Pejabat Agama Johor Bahru, Johor pada 1 November lalu.


Bercerita tentang pengalaman selepas berkahwin, Wahida berkata kehidupannya lebih bahagia dengan kehadiran suami di sisi.

Ujarnya, dia bersyukur kini ada orang yang menjadi imam dan memperbetulkan bacaan al-Quran.

"Perasaan lepas kahwin sudah tentulah rasa bahagia sebab tak pernah rasai pengalaman macam ni.

"Sebelum nikah saya dan suami memang jarak jauh jarang jumpa. Sekarang ni hidup tidak lagi berseorangan, sudah ada imam setiap kali solat, mengaji pun ada orang betulkan bacaan," ujarnya.



Dalam pada itu, selepas mengambil keputusan untuk tidak membabitkan diri dalam dunia hiburan Wahida berkata, dia mempunyai perancangan bersama suami untuk memulakan perniagaan tudung.

Sementara itu, berkongsi tanggungjawab sebagai isteri, Wahida berkata, dia seronok dapat menyediakan makanan kepada suami.

"Makanan buat simple je, sarapan, sandwich, sambal sardin. Saya pun baru berjinak-jinak masuk dapur sebab sebelum ni mak yang masak. Nasib husband pun pandai masak.

"InsyaAllah lepas ini saya dan suami sudah rancang nak buat bisnes tudung atau niqab InsyaAllah," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 17-11-2021 09:50 AM
InsyaAllah lepas ini saya dan suami sudah rancang nak buat bisnes tudung atau niqab InsyaAllah


Duhhhhh. X yah karang cite panjang2 la
Quote Thunderclouds 17-11-2021 10:03 AM
Hahahahahahaha....
Quote prince_marhaen 17-11-2021 10:41 AM
whoareyussssssss terlalu basic untuk disembunyikan...hujung-hujung bermotif. Btw shuben kendu.....ehhmm..
Quote nononcrux 17-11-2021 11:03 AM
tak kenal sapa dia ni.. btw niqab ni bukan la wajib pon smpi nak berniqab bagai alah alah alah
Quote umbut 17-11-2021 11:06 AM
Dah sorang lagi nak promot niqab kat malaysia.. X lama lagi burqa pulak
Quote winky1 17-11-2021 11:08 AM
Saya betul2 tak kenal. Boleh lahnak Google...
Quote winky1 17-11-2021 11:09 AM
Anyway, awai sgtlah nak berniqab.... Kenal dulu suami tu dulu.
Quote zaraaqilah 17-11-2021 11:26 AM
sblm nak jual tudung bagai..sila perkenalkan diri anda plsss....whoareyussss sgttt dik
Quote jijilaaa 17-11-2021 11:57 AM
penyanyi kan???? lagu apa tak ingat
Quote Kurex 17-11-2021 12:04 PM
Who are yous
Quote orkidorkido 17-11-2021 12:31 PM
Selamat pengantin baru
You sape?
Quote mrsLY 17-11-2021 12:32 PM
x kenal dia.
Quote gambatae 17-11-2021 12:32 PM
kamu siapa?? .. kamu siapa??
Quote che-cikL 17-11-2021 12:37 PM
Ai Wahida ke Yu Wahida ke idaklah acik2 forum kenal, kecuali TT seorang.
Quote hyie 17-11-2021 12:41 PM
Sheols ada keluarkan single duet dengan azzam sham sebelum bigstage 2. Namun kekal whoareyus kekdahnya sebab takda impak pun.
Quote dudaberhias 17-11-2021 12:46 PM
nauzubillah min zalik... who are yussss!!

akak tak cukup tua untuk kenali sheols ke tak cukup muda????

ke akak dalam forum borneo ni kebetulan rhoper macam sulu2 belah jajahan filipina?
Quote bymirapuzzle 17-11-2021 02:17 PM
Ya Allah sape pulak nii
Quote krimkraker 17-11-2021 02:44 PM
Wahida yg meolss taw hanya lah waheeda wassini..n farawahida...
Quote mamajawie 17-11-2021 04:04 PM
sape lehnat ni?

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2025 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.064383 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top