View: 4207|Reply: 47
|
Dua Minggu Kahwin, Ai Wahida Berniqab- Nak Buat Bisnes Tudung Dan Niqab
[Copy link]
|
|
Dua minggu bergelar isteri, penyanyi Ai Wahida membuat keputusan untuk mengubah penampilannya kepada imej wanita muslimah dengan berpurdah.
Ai Wahida atau nama sebenarnya Wahida Amalin Atan, 23, mengakui keputusan itu sudah lama difikirkan dan sekarang adalah masa yang paling sesuai.
Katanya, dua lebih terjaga, selesa dan selamat apabila mengenakan berniqab.
Foto: IG
"InsyaAllah saya tengah slowly cuba untuk berniqab purdah. Tengah biasakan diri.
"Mulanya saya terdetik nak pakai niqab ni masa buat paid review, masa saya pakai tu rasa sebak dan menangis.
"Saya kata indahnya kalau tertutup penuh macam ni, mungkin inilah bahagia yang saya cari," katanya kepada mStar.
Ai Wahida selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya iaitu Muhammad Syafiq dengan sekali lafaz di Pejabat Agama Johor Bahru, Johor pada 1 November lalu.
Bercerita tentang pengalaman selepas berkahwin, Wahida berkata kehidupannya lebih bahagia dengan kehadiran suami di sisi.
Ujarnya, dia bersyukur kini ada orang yang menjadi imam dan memperbetulkan bacaan al-Quran.
"erasaan lepas kahwin sudah tentulah rasa bahagia sebab tak pernah rasai pengalaman macam ni.
"Sebelum nikah saya dan suami memang jarak jauh jarang jumpa. Sekarang ni hidup tidak lagi berseorangan, sudah ada imam setiap kali solat, mengaji pun ada orang betulkan bacaan," ujarnya.
Dalam pada itu, selepas mengambil keputusan untuk tidak membabitkan diri dalam dunia hiburan Wahida berkata, dia mempunyai perancangan bersama suami untuk memulakan perniagaan tudung.
Sementara itu, berkongsi tanggungjawab sebagai isteri, Wahida berkata, dia seronok dapat menyediakan makanan kepada suami.
"Makanan buat simple je, sarapan, sandwich, sambal sardin. Saya pun baru berjinak-jinak masuk dapur sebab sebelum ni mak yang masak. Nasib husband pun pandai masak.
"InsyaAllah lepas ini saya dan suami sudah rancang nak buat bisnes tudung atau niqab InsyaAllah," ujarnya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
InsyaAllah lepas ini saya dan suami sudah rancang nak buat bisnes tudung atau niqab InsyaAllah
Duhhhhh. X yah karang cite panjang2 la |
|
|
|
|
|
|
|
whoareyussssssss terlalu basic untuk disembunyikan...hujung-hujung bermotif. Btw shuben kendu.....ehhmm.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak kenal sapa dia ni.. btw niqab ni bukan la wajib pon smpi nak berniqab bagai alah alah alah |
|
|
|
|
|
|
|
Dah sorang lagi nak promot niqab kat malaysia.. X lama lagi burqa pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Saya betul2 tak kenal. Boleh lahnak Google... |
|
|
|
|
|
|
|
Anyway, awai sgtlah nak berniqab.... Kenal dulu suami tu dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
sblm nak jual tudung bagai..sila perkenalkan diri anda plsss....whoareyussss sgttt dik |
|
|
|
|
|
|
|
penyanyi kan???? lagu apa tak ingat |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat pengantin baru
You sape? |
|
|
|
|
|
|
|
kamu siapa?? .. kamu siapa?? |
|
|
|
|
|
|
|
Ai Wahida ke Yu Wahida ke idaklah acik2 forum kenal, kecuali TT seorang. |
|
|
|
|
|
|
|
Sheols ada keluarkan single duet dengan azzam sham sebelum bigstage 2. Namun kekal whoareyus kekdahnya sebab takda impak pun. |
|
|
|
|
|
|
|
nauzubillah min zalik... who are yussss!!
akak tak cukup tua untuk kenali sheols ke tak cukup muda????
ke akak dalam forum borneo ni kebetulan rhoper macam sulu2 belah jajahan filipina? |
|
|
|
|
|
|
|
Wahida yg meolss taw hanya lah waheeda wassini..n farawahida... |
|
|
|
|
|
|
| |
|