oleh Fyruz Apabila kita memulakan perjalanan, perkara pertama kita perlu semak adalah: Adakah semua mempunyai passport? Siapa lagi yang nak ke tandas? atau adakah segala peralatan anda dalam keadaan selamat?
Memang tak akan ada dalam list untuk "pastikan tiada kucing di sayap kapal". Semua bermula dengan baik oleh juruterbang Romain Jantot yang baru memulakan penerbangan dan tiba-tiba.. tanpa disangka seekor kucing muncul dari sayap pesawat ringan tersebut.
Pesawat tersebut yang sedang mendaki terkejut dengan kemunculan kucing tersebut. Tak tahulah dari mana datangnya kucing tu, kelihatan kucing itu seperti takut dan berpaut pada satu tiang untuk menyelamatkan diri. Keadaan ini yang disedari oleh juruterbang dengan segera mendarat dan menyelamatkan nyawa kucing tersebut. Nasib kucing bertindak bijak dengan berpaut ditiang sayap tersebut. Jom lihat video. sumber: metro.uk |
ADVERTISEMENT