Lapan orang penyanyi tanah air yang sudah berhijrah bakal berentap di sebuah program realiti TV berjudul Hijrahkan Laguku di TV Al Hijrah bermula 20 November.
Selebriti yang bakal bertanding ialah Datuk Nash Lefthanded, Iwan Shahman, Mark Adam, Pangeran Adam, Zaf VE, Shahir Zawawi, Zack Kool dan Rahmad Mega. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris, program Hijrahkan Laguku ini adalah sebuah rancangan pertandingan hiburan Islamik yang menggabungkan lapan penyanyi lama dan baru dalam industri hiburan tanah air. “Mereka ini akan menyampaikan mesej dakwah menerusi lirik lagu yang digubah hingga akhirnya salah seorang daripada mereka berjaya bergelar juara pertandingan.
“Kami yakin, ia bakal menjadi fenomena yang mampu membentuk masyarakat serta mencetuskan natijah untuk pembangunan jiwa ummah. Malah, saya percaya, simbiosis kukuh antara manusia dan seni muzik memang tak dapat dinafikan. “Manusia secara fitrah mudah tertarik kepada bunyi-bunyian yang menyenangkan, lirik lagu yang mempesona serta seni persembahan yang memberi kedamaian,”katanya. Dalam pada itu, menurut Namanzee, pemilihan lapan selebriti itu dibuat berdasarkan beberapa kriteria antara yang utama ialah menerusi kisah penghijrahan mereka yang unik serta mampu mendorong penonton untuk menjadi khalifah Allah yang baik. Hijrahkan Laguku akan menampilkan lapan orang artis baharu dan lama. Lapan penyanyi bakal mengubati rindu peminat dengan penampilan terbaharu mereka. Turut diambil kira ialah bakat, aura, karisma serta kekuatan mereka dalam bidang nyanyian. Hijrahkan Laguku akan disiarkan secara langsung selama lapan minggu dari studio penyiaran digital TV AlHijrah, pukul 9 malam, setiap Sabtu. -CARI Sumber: mStar Online
|
lasagna replied at 15-11-2021 08:32 AM
pengeran adam katanya.. lahir as bruneian kaa?
selipar_hijau replied at 15-11-2021 10:12 AM
serabutnya tengok muka sorg². kalau berhijrah memang kena jadi mcm tu ka..
lasagna replied at 15-11-2021 08:32 AM
pengeran adam katanya.. lahir as bruneian kaa?
prince_marhaen replied at 15-11-2021 10:43 AM
sorang baru bangkit dari kuburan dengan rambut menggerbang & braces bersepat taik gigi, sorang nak b ...
anony-mous replied at 15-11-2021 10:58 AM
I baca dkt fb aritu ada yg bgtau certain sabahan mcm ni. Mgkin keturunan brunei.
Btw no wonder sh ...
Ungkapan ini berasal dari kata akar bahasa Jawa Kuno nghér ꦔꦺꦂ yang bermakna "melindungi", maka pangeran boleh difahamkan bererti "pelindung". Hal ini berasal dari keyakinan Dewanata (Hindu epic Mahabharata)bahawa para bangsawan adalah titisan Tuhan Yang Maha Melindungi yang turun ke Bumi.
dudaberhias replied at 15-11-2021 12:19 PM
Yindu majapahit kot kaka... gelaran tu gelaran kuno dari leluhur sana back to keturunan leluhur ...
KIM.K replied at 15-11-2021 12:16 PM
Bayang kaka zz menasyidkan lagu2 beliau yang berpitch tinggi sampai nak putus tali gitar. Sesuai ke ...
ADVERTISEMENT