Baru dua hari drama ditayangkan, penyanyi dan pelakon Afieq Shazwan, 24, dikritik netizen gara-gara watak yang dibawakan dalam satu drama terbaharu yang disiarkan di slot Lestary TV3 dua hari lalu. Dalam drama bersiri Diari Seorang Suami, Afieq membawa watak sebagai Hairi berlakon disamping aktres Yuna Rahim yang membawa watak Nisa iaitu isteri Hairi. Memetik Xtra, ini merupakan kali pertama Afieq membawakan watak seorang suami yang diakui agak berat oleh tuan badan sendiri. “Mereka komen dari segi luaran sahaja. Mereka kena fahamkan apa yang disampaikan melalui drama ini,” katanya.
Afieq juga tidak kisah dengan komen-komen negatif kerana baginya, dia mendalami watak kehidupan seorang suami seperti apa yang orang lalui di dunia realiti. Malah, Afieq juga berpuas hati dengan penyampaiannya di dalam drama ini. “Apa yang istimewanya dalam drama ini bagi saya adalah perubahan watak Hairi. Bermula dengan kehidupan remaja sehinggalah menjadi dewasa dan bergelar suami dimana ia mengubah watak Hairi menjadi matang,” kata Afieq ketika dihubungi Xtra.
|
3480 replied at 13-11-2021 11:24 AM
X la muda sgt.. 24 dh.. sj muka nmpk bdk sek. Dia kn bdk idola kecil.. dh terbiasa tgk dia sbg retis ...
ADVERTISEMENT