CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 11212|Reply: 93

“Macam Budak Sekolah Jadi Suami” – Drama Baru Ditayangkan Tapi Dah Kena Kritik, Ini Respon Afieq Shazwan

[Copy link]
Post time 13-11-2021 10:24 AM | Show all posts |Read mode



Baru dua hari drama ditayangkan, penyanyi dan pelakon Afieq Shazwan, 24, dikritik netizen gara-gara watak yang dibawakan dalam satu drama terbaharu yang disiarkan di slot Lestary TV3 dua hari lalu.

Dalam drama bersiri Diari Seorang Suami, Afieq membawa watak sebagai Hairi berlakon disamping aktres Yuna Rahim yang membawa watak Nisa iaitu isteri Hairi.





Memetik Xtra, ini merupakan kali pertama Afieq membawakan watak seorang suami yang diakui agak berat oleh tuan badan sendiri.

Mereka komen dari segi luaran sahaja. Mereka kena fahamkan apa yang disampaikan melalui drama ini,” katanya.

Afieq juga tidak kisah dengan komen-komen negatif kerana baginya, dia mendalami watak kehidupan seorang suami seperti apa yang orang lalui di dunia realiti.

Malah, Afieq juga berpuas hati dengan penyampaiannya di dalam drama ini.

“Apa yang istimewanya dalam drama ini bagi saya adalah perubahan watak Hairi. Bermula dengan kehidupan remaja sehinggalah menjadi dewasa dan bergelar suami dimana ia mengubah watak Hairi menjadi matang,” kata Afieq ketika dihubungi Xtra.


  


Walaupun tidak pernah melalui pengalaman berumah tangga, Afieq mempunyai kawan-kawan seusia dengannya yang sudah mendirikan rumah tangga sebagai rujukan.

Pengalaman yang dikongsikan oleh rakan-rakannya menjadi pendorong bagi Afieq menjayakan watak sebagai suami dengan sebaik mungkin.

Menurut Afieq, dia sejujurnya sangat risau kerana dia membawa watak yang sangat berat dan pengendalian drama ini juga sangat berat.

Tetapi Afieq yakin dia sentiasa melakukan sehabis baik untuk drama ini.

“Tidak hairan jika watak Hairi kelihatan muda kerana sekarang ramai yang berkahwin pada usia muda dan kadang-kadang masalah yang dihadapi oleh pasangan suami isteri berkait dengan apa yang dihadapi oleh watak Hairi dan Nisa,” katanya.


  


Apa yang diharapkan oleh Afieq bagi drama ini adalah penonton dapat ikuti dan fahami apa yang disampaikan dari awal sehingga habis serta merasakan keserasiannya bersama Yuna.

Drama slot Lestary yang bersiaran selama 13 episod dan ditayangkan mulai 12 November setiap hari Rabu hingga Sabtu jam 9 malam di TV3 turut dibintangi oleh Keith Foo, Fimie Don, June Lojong, Syanie Hisham dan ramai lagi.

Ala ok je pun muka "budak sekolah" tapi jadi suami, realitinya memang ramai pun kan kahwin diusia muda. Apa pula pendapat korang? - CARI





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2021 10:35 AM | Show all posts
pesen cerita sekarang agaknya pakai remaja jadi laki bini.macam cerita khai bahar dengan riena diana tu..  sis tengok iklan jah
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2021 10:43 AM | Show all posts
Isu dibangkitkan supaya orang lg ramai tune in and tgk cite ni, walaupun just untuk kutuk watak x sesuai dgn muka.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2021 10:45 AM | Show all posts
ok lah tu tak kan asyik2 muka sama je jadi hero..bagi la bbnu pulak
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2021 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
misai pun takde lagi, berlakon jadik suami, takde pelakon dah malaysia, tiktokers raver yg korsng ambik jadi plakon
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2021 10:52 AM | Show all posts
memang cringe tengok gambar tu....tak ada pun macam suami isteri.......memang malaysia ketandusan pelakun lelaki..kalau tak recycle ambil saja mana mana yang ada
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2021 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
mesti yg komen tu achik² kan..
sbb watak yg tidak pakai kot, keje dlm ekon dlm bangunan syarikat megah holding..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2021 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Korang pun selalu bising asyik hero sama nan kertu mcm remy sehak kemal deli ungku mail jijan rajak sekadar menyebut bbrp nama. Terima lah hero bbnu walaupun kejadian mcm kelindan lori kahkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2021 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni bukan masalah suaminya nampak muda sangat... Mana la tau dia duk titik estee lauder advanced night repair hari... Masalahnya berkerak dan kepam dikkk kan daniel lee ada... Kenapa tak ambik dia ke? Dah la herlokkk...

Tapi ok la ala2 the maid gittew pasangan muda... Cuma the maid tu sominya herlokk betulll sampai iolss rela dan taat untuk jadi isteri si sean tu   walaupun hari2 kena baling pinggan... Kita la kena pandai, beli je la pinggan plastik eco hari2... Dia baling pun baling je lah, esok akak beli lain
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2021 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
X la muda sgt.. 24 dh.. sj muka nmpk bdk sek. Dia kn bdk idola kecil.. dh terbiasa tgk dia sbg retis kanak2.. mcm sweet qismina tu..

Lg pon dia jd buruh kasaq kn dlm drama tu.. klu ambik yg flawless kot shining sgt plk
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2021 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Maybe sebb ad yg tak boleh move on dengan idola kecil. Iols ok jee.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2021 12:23 PM | Show all posts
Visual X berapa kena...kalau ambik mail izani tu better kot
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2021 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Apo..ko ingat takde budak lepas spm terus kawin???
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2021 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Xkisah budak sekolah ke tak cuma x herlok masalahnyer. Kenapa hero malaysia ramai x herlok mcm thai indon tu sume.tgk andi bernandee mail zani pon boleh jadi hero.lain kali xyah ambk penyanyi jadi hero klau muke x herlok. Ambik bdk hero remaja thun lps kan ramai herlok.malu org luar ngra tgk rupe mcm ni je hero2 kat malaysia ni.ni nak fangirling pon xde mood tgk muke.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2021 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Terinspirasi dengan drama ini. Maka berbondonglah budak lepas SPM daftar kursus kawen
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2021 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Mamat ni xde muka hero. Body sado tak smestinye leh jadi hero. Da byk gayah2 cucuk steroid nak sado, tp still nmpak... Ermmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2021 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
remy no 2
sawo matang idung mancung…kang imej berjambang
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2021 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
bukan ke watak dia ni budak sekolah/bdk habis sekolah yg brcinta dan kawin lari? sesuai la tu dgn muka dia...

dh mmg isu budak2 kawin muda..

lgpn skrg mcm ramai je org muda kawin awl, tp ramai jgk yg baru sgt kawin pastu cerai...pengaruh tiktok kot nk kwin cpt2..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2021 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Sinetron tu drpd dulu amik pelakon muda2 dh jadi laki bini.
Kalau yg pompuan lagi laa rata2 masih SMA dah berlakon sampai pegang watak jd bini pun ada.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2021 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
3480 replied at 13-11-2021 11:24 AM
X la muda sgt.. 24 dh.. sj muka nmpk bdk sek. Dia kn bdk idola kecil.. dh terbiasa tgk dia sbg retis ...

24 dah epit ni rupanyaa.. dia ada rupa gak sebenarnya hidung mancung cuma sbb masing2 takleh nak move on dgn imej idola kecil dia tu hahah tu yg nampak dia cam bebudak lagi padahal pelakon pompuan yg berlakon ngn dia masa kekanak pun dah beranak pinak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.365505 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list