Bila kita melihat video anak-anak kecil mengaji Al-Quran pasti membuat kita tersentuh dengan kecomelan mereka.
Tidak kurang juga Umie Aida yang berkongsi gambar anaknya, Aisya Humaira yang sedang belajar Iqra dengan menitipkan sebuah pesanan di Instagram.
Sambil mempromosi Iqra digital, Umie menyampaikan kata-kata Ustazah Nawiah Abu untuk Aisya bahawa Al-Quran bukan untuk orang pandai, tetapi Al-Quran adalah untuk orang yang rajin. Gambar anaknya yang comel itu mendapat pujian dan menyentuh hati pengikut di Instagram. Pengikut turut mendoakan anaknya agar cepat khatam Al-Quran dan diterangkan hati. Semoga anak Umie Aida berjaya di dunia dan akhirat dengan mendapat didikan yang baik. Mana tahu besar nanti boleh masuk tilawah Al-Quran kan? - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|