|
Sepasang kekasih nekad meminum racun selepas ibu bapa masing-masing tidak merestui hasrat mereka untuk berkahwin.
Pasangan dikenali sebagai Muqaddas dan Adnan dari Pakistan itu membunuh diri ketika wanita berkenaan bakal berkahwin dengan lelaki lain pilihan ibu bapanya. Menurut laporan seperti dipetik Daily Star, insiden tragis itu berlaku ketika majlis perkahwinan Muqaddas sedang berlangsung sejurus sebelum ketibaan pengantin lelaki dan keluarganya. 'Romeo dan Juliet' Pakistan itu dilaporkan ditemui dalam keadaan kritikal pada 7 November selepas mereka meminum racun.
Kedua-duanya dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba. Menurut polis, Muqaddas dan Adnan telah bercinta dan berharap untuk mengakhiri hubungan mereka dengan perkahwinan. Bagaimanapun ibu bapa Muqaddas tidak merestui hubungan mereka, sebaliknya memilih pasangan yang berbeza untuk anak mereka. Sumber: mStar
|

Cinta terhalang dan kawen paksa, last2 hero dan heroin mati bunuh diri dan roh mereka bertemu semula di air terjun tempat favourite sewaktu bercinta.
lepas tu tak ditayangkan lg kat mana2 tv, mungkin filemnya sendu atau mesej suicidal lovers dah tak diterima org ramai.Kedua-duanya dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba.
makneng: Apa parents diorg rasa lepas a ...
ADVERTISEMENT