Utah – Gara-gara tidak menggemari hidangan kepak ayam yang dibawa pulang, seorang lelaki di Utah, Amerika Syarikat menembak bapanya sendiri sehingga mencederakan mangsa, lapor akhbar Metro UK kelmarin.
Alika Unaga Suliafu, 31, dalam kejadian pada 21 Oktober lalu dilaporkan bertengkar dengan bapanya yang baru tiba di pangsapuri mereka selepas membeli hidangan kepak ayam kerana makanan tersebut dikatakan tidak memenuhi cita rasanya. Suspek kemudiannya mengambil sepucuk pistol dan mengacukan ke arah bapanya yang merayu agar dia tidak menembaknya. ‘’Apabila suspek mendapati hidangan kepak ayam itu bukan daripada jenis yang disukainya, dia menjadi kecewa dan mula bertengkar dengan bapanya,’’ demikian menurut satu laporan daripada dokumen mahkamah.
Tembakan pertama yang dilepaskan Suliafu tidak mengenai bapanya yang berjaya mengelak, sebaliknya menembusi dinding di bahagian dapur rumah jiran mereka. Bagaimanapun, ketika mangsa cuba bergelut untuk merampas pistol tersebut, suspek melepaskan dua das lagi tembakan yang menembusi siling rumah mereka. Polis yang tiba di lokasi kejadian menemui mangsa dalam keadaan cedera, namun suspek sempat melarikan diri. Dia kemudiannya ditemui dan diberkas polis. Suspek didakwa atas kesalahan cubaan membunuh dan jenayah senjata api serta dipenjarakan di Penjara Daerah Davis di Farmington.
|
nononcrux replied at 11-11-2021 03:38 PM
bangsa apa ni.. mexicopolo???
Skuau replied at 11-11-2021 04:48 PM
x hairan pon..kat Msia ni...dedulu...sb xde sambal belacan jer pon...depa dh memancung mancung..:lol ...
KirazMevsimi replied at 11-11-2021 07:18 PM
aduh sampai cenggitu kau nakkkkk
gideoncross replied at 12-11-2021 11:31 PM
Iol trgelak sorg2 bila bca title, stakat kpk ayam je kot.
KirazMevsimi replied at 13-11-2021 02:23 AM
tula kaka. hangin terok, terus hilang kawalan anak nya
ADVERTISEMENT