Di saat peniaga sedang cuba untuk bangkit semula selepas hampir dua tahun tidak beroperasi akibat penularan wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masih ada ramai pihak yang dilihat cuba untuk mengambil kesempatan.
Selain isu peningkatan kos bahan mentah tinggi, ada diantara peniaga juga terpaksa berdepan dengan sikap pelanggan yang makan tanpa bayar. Sikap tidak bertanggungjawab ini menyebabkan seorang peniaga kerugian sehingga hampir RM1,000 dalam tempoh hanya sehari. Bercakap kepada mStar, seorang pengurus sebuah restoran makanan western di Kangar, Perlis berkata, mereka sering berdepan dengan isu dimana pelanggan datang ke kedai untuk makan, kemudian berlalu pergi begitu sahaja. "Kedai kami menggunakan sistem online, kalau katakan ada meja yang belum jelaskan bayaran jadi kami dapat kesan menerusi sistem yang kami guna, bila orang datang bayar kita akan tekan nombor meja dan secara automatik meja tersebut akan kosong, jadi pelanggan lain boleh duduk di situ. "Tapi setiap malam bila buat closing, akan ada satu dua meja yang dalam sistem kita boleh nampak mereka tak bayar dan selalunya nilai dia bawah RM100. "Cuma baru-baru ni ada dua meja yang tidak bayar dan nilainya mencecah RM1,000," katanya. Sebuah restoren mengalami kerugian hampir setiap hari kerana terdapat segelintir pelanggan yang makan dikedainya kemudian pulang tanpa membuat bayaran. (Gambar File) Tambahnya, sepanjang hampir setahun dia bekerja disitu, tidak ada pelanggan yang "terlupa" bayar hadir semula untuk membuat bayaran. Pengurus yang berusia 28 tahun ini berkata, perbuatan sesetengah pelanggan yang tidak berhati perut ini menjejaskan pendapatan peniaga yang turut terpaksa berdepan dengan kenaikan harga kos bahan mentah. "Sebagai pengurus saya rasa ralat juga bila berdepan dengan kes-kes macam ni, pemilik kedai paling terkesan sebab dia terpaksa tanggung kerugian, kalau sikit-sikit, sebelum ni dia kata takpe dia halalkan je tapi bila melibatkan kos yang banyak kesian dia. "Dah la harga barang macam ayam tinggi, sebelum ni kami buat chicken chop atau grill guna paha ayam tapi sejak dua tiga minggu ni susah sangat nak dapat stok ayam jadi kami terpaksa guna isi ayam sebab kami nak pastikan harga makanan kami mampu milik," katanya. Sebelum ni kamu pernah guna sistem ni, maksudnya orang perlu bayar dulu selepas membuat pesanan tapi ada pelanggan yang mempersoalkan, "kenapa tak percaya pelanggan ke?" Pengurus sebuah restoren di Perlis. Selain itu, jelasnya, akibat tidak sanggup lagi menanggung kerugian, mereka kini membuat keputusan untuk menukar sistem pesanan makanan di kedai dengan meminta pelanggan membayar sebaik sahaja pesanan dibuat. "Sebelum ni kamu pernah guna sistem ni, maksudnya orang perlu bayar dulu selepas membuat pesanan tapi ada pelanggan yang mempersoalkan, "kenapa tak percaya pelanggan ke?" "Owner kedai ni baik, dia tak nak susahkan pelanggan jadi dia pun cakap tak payahlah, masa tu kita guna sistem lama iaitu makan dulu lepas tu baru bayar," katanya, menambah mereka akan menggunakan sistem pesanan baru bermula Khamis ini. -CARI Sumber: mStar Online
|
pinksarah replied at 10-11-2021 12:03 PM
mmg ada yg makan tak byr..
ada customer dh masuk kedai tu dh makan apa tiba nak byr dia bising2 mah ...
namr replied at 10-11-2021 01:30 PM
Tukar system bayar dulu baru makan
prettyuglybabe replied at 10-11-2021 11:33 AM
nak publisiti ke apa..
fastfood pun order bayar baru makan..
takde sapa pun pertikai..
annehuda replied at 10-11-2021 04:54 AM
yang aku perasan, banyak restoran kurangkan pekerja. pekerja tu la yg cek mysejahtera. kekdg aku ter ...
pinksarah replied at 10-11-2021 03:10 PM
ada pekerja i interview semlm..
dia ckp terpaksa cari keje lain sbb kedai dia keje now kejap byr ...
Samerosie replied at 10-11-2021 03:02 PM
Oh ingatkan most nights rugi 1k each night sebab pelanggan makan lari rupanya that one night je 2 ta ...
monreyes replied at 10-11-2021 04:08 PM
aritu aku g lunch kat wong solo shah alam.. self service.. order bayar trus.. satg lampu kecik tu me ...
ADVERTISEMENT