CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3584|Reply: 38

Setiap Hari Ada Sahaja Pelanggan Makan Tak Bayar, Satu Malam Rugi RM1000

[Copy link]
Post time 10-11-2021 11:04 AM | Show all posts |Read mode
Di saat peniaga sedang cuba untuk bangkit semula selepas hampir dua tahun tidak beroperasi akibat penularan wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masih ada ramai pihak yang dilihat cuba untuk mengambil kesempatan.


Selain isu peningkatan kos bahan mentah tinggi, ada diantara peniaga juga terpaksa berdepan dengan sikap pelanggan yang makan tanpa bayar.


Sikap tidak bertanggungjawab ini menyebabkan seorang peniaga kerugian sehingga hampir RM1,000 dalam tempoh hanya sehari.


Bercakap kepada mStar, seorang pengurus sebuah restoran makanan western di Kangar, Perlis berkata, mereka sering berdepan dengan isu dimana pelanggan datang ke kedai untuk makan, kemudian berlalu pergi begitu sahaja.




Foto: mStar Online




"Kedai kami menggunakan sistem online, kalau katakan ada meja yang belum jelaskan bayaran jadi kami dapat kesan menerusi sistem yang kami guna, bila orang datang bayar kita akan tekan nombor meja dan secara automatik meja tersebut akan kosong, jadi pelanggan lain boleh duduk di situ.


"Tapi setiap malam bila buat closing, akan ada satu dua meja yang dalam sistem kita boleh nampak mereka tak bayar dan selalunya nilai dia bawah RM100.


"Cuma baru-baru ni ada dua meja yang tidak bayar dan nilainya mencecah RM1,000," katanya.






Sebuah restoren mengalami kerugian hampir setiap hari kerana terdapat segelintir pelanggan yang makan dikedainya kemudian pulang tanpa membuat bayaran. (Gambar File)


Tambahnya, sepanjang hampir setahun dia bekerja disitu, tidak ada pelanggan yang "terlupa" bayar hadir semula untuk membuat bayaran.


Pengurus yang berusia 28 tahun ini berkata, perbuatan sesetengah pelanggan yang tidak berhati perut ini menjejaskan pendapatan peniaga yang turut terpaksa berdepan dengan kenaikan harga kos bahan mentah.


"Sebagai pengurus saya rasa ralat juga bila berdepan dengan kes-kes macam ni, pemilik kedai paling terkesan sebab dia terpaksa tanggung kerugian, kalau sikit-sikit, sebelum ni dia kata takpe dia halalkan je tapi bila melibatkan kos yang banyak kesian dia.


"Dah la harga barang macam ayam tinggi, sebelum ni kami buat chicken chop atau grill guna paha ayam tapi sejak dua tiga minggu ni susah sangat nak dapat stok ayam jadi kami terpaksa guna isi ayam sebab kami nak pastikan harga makanan kami mampu milik," katanya.


Sebelum ni kamu pernah guna sistem ni, maksudnya orang perlu bayar dulu selepas membuat pesanan tapi ada pelanggan yang mempersoalkan, "kenapa tak percaya pelanggan ke?"
Pengurus sebuah restoren di Perlis.


Selain itu, jelasnya, akibat tidak sanggup lagi menanggung kerugian, mereka kini membuat keputusan untuk menukar sistem pesanan makanan di kedai dengan meminta pelanggan membayar sebaik sahaja pesanan dibuat.


"Sebelum ni kamu pernah guna sistem ni, maksudnya orang perlu bayar dulu selepas membuat pesanan tapi ada pelanggan yang mempersoalkan, "kenapa tak percaya pelanggan ke?"


"Owner kedai ni baik, dia tak nak susahkan pelanggan jadi dia pun cakap tak payahlah, masa tu kita guna sistem lama iaitu makan dulu lepas tu baru bayar," katanya, menambah mereka akan menggunakan sistem pesanan baru bermula Khamis ini. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2021 11:33 AM | Show all posts
nak publisiti ke apa..
fastfood pun order bayar baru makan..
takde sapa pun pertikai..
kedai kau, suka hati la kau nak buat sistem macam mana..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa lagik ....
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 11:46 AM | Show all posts
sistem mcm kedai mamak..ehh byklah kedai mkn guna sistem nie..tp cemana bleh cust ilang jer...nie keje cashier lah...ishh time keje main tik tok beego bgai
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 12:03 PM | Show all posts
mmg ada yg makan tak byr..

ada customer dh masuk kedai tu dh makan apa tiba nak byr dia bising2 mahal..

saja nak cari psl dgn kedai..

berbalik pd kisah org kedai ni, mungkin dia cater kedai utk semua jenis lapisan..so faham2 lah mentaliti sesetengah yg terjah masuk lps tu terus keluar x byr..

some people mmg dh biasa makan benda2 haram, apalah sgt makan x byr kan..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
pinksarah replied at 10-11-2021 12:03 PM
mmg ada yg makan tak byr..

ada customer dh masuk kedai tu dh makan apa tiba nak byr dia bising2 mah ...

Ko dlm kategori mana pinky?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2021 12:54 PM | Show all posts
yang aku perasan, banyak restoran kurangkan pekerja. pekerja tu la yg cek mysejahtera. kekdg aku tercongok je depan kedai tu baru ada org entertain. sbb tu la kot customers blah tak bayar pun tak perasan
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Tukar system bayar dulu baru makan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2021 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
namr replied at 10-11-2021 01:30 PM
Tukar system bayar dulu baru makan

kn tukar la sistem kn ape yg susah sgt byr dulu br mncekek
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 02:50 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 10-11-2021 11:33 AM
nak publisiti ke apa..
fastfood pun order bayar baru makan..
takde sapa pun pertikai..

cara islam, bayar dulu , baru makan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh ingatkan most nights rugi 1k each night sebab pelanggan makan lari rupanya that one night je 2 tables tak bayar.  Most time kalau kena less than 100 katanya, ikut fahaman iols la.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 03:10 PM | Show all posts
annehuda replied at 10-11-2021 04:54 AM
yang aku perasan, banyak restoran kurangkan pekerja. pekerja tu la yg cek mysejahtera. kekdg aku ter ...

ada pekerja i interview semlm..

dia ckp terpaksa cari keje lain sbb kedai dia keje now kejap byr gaji kejap tak..

workload byk tak pe tp cukup bulan gaji tak dpt..

salah satu faktor kenapa restoren tak ramai staffs pon ye..

ada juga kes owner terpaksa tangguh pembukaan kedai sebab short staff, susah dpt pekerja
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat mcm ayam penyet. Dulu ambik order kat meja bayar kemudian. Skrang ambik order kat kaunter bayar dulu
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 03:24 PM | Show all posts
letak le kaunter casher kat pintu masuk
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
pinksarah replied at 10-11-2021 03:10 PM
ada pekerja i interview semlm..

dia ckp terpaksa cari keje lain sbb kedai dia keje now kejap byr  ...

Dah berapa lama jadi roving reporter harian metro pinky?

Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 10-11-2021 03:02 PM
Oh ingatkan most nights rugi 1k each night sebab pelanggan makan lari rupanya that one night je 2 ta ...


Iyolah kalaupun sehari lesap say on average RM80...kalau sebulan letaklah 30hari operations...thats good RM2400..

Gaji dua org pekerja perhaps?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2021 04:02 PM | Show all posts
patutlah kat kantin aku dh ada stall yg letak signboard
order & bayar dulu baru makan
mmg ada ye jenis yg nak makan free sesaje
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
aritu aku g lunch kat wong solo shah alam.. self service.. order bayar trus.. satg lampu kecik tu menyala g ambik sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 04:12 PM | Show all posts
Adekah ini cara untuk justify makanan mahal nk mampos
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 10-11-2021 04:08 PM
aritu aku g lunch kat wong solo shah alam.. self service.. order bayar trus.. satg lampu kecik tu me ...

Is this mode of purchases at eateries something unusual  ?

Yg nak kena mention juga?

Back end job banker makan kt wong solo  aja?

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.079884 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list