Rita Rudaini lagi? Tak habis lagi pertikaikan tentang isu vaksin. Baru-baru ini dia persoalkan pula kredibiliti seorang doktor.
Di Twitter, doktor tersebut ada muat naik ciapan berbaur sinis terhadap golongan yang enggan mengikuti undang-undang Malaysia. Tambahnya sesiapa yang yang tak payuh seharusnya keluar sahaja dari negara ini. Ciapan tersebut berkemungkinan besar merujuk kepada golongan antivaksin.
Disebabkan ciapan tersebut, Rita nampaknya tak puas hati. Katanya dia tak sangka langsung seseorang yang berpendidikan tinggi menulis satu kenyataan macam tak logik. "Siapakah dia? Pangkat doktor itu untuk apa ya? Jika bermaksud doktor, saya amat terkejut juga dengan pemikiran daripada otak yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepadanya. "Baru saya tahu, tidak semestinya orang yang belajar tinggi semuanya bijak. Hanya pandai atas kertas peperiksaan bidang mereka sahaja," tulisnya melalui Insta Story.
|
prettyuglybabe replied at 10-11-2021 10:40 AM
macam mana dia boleh masuk mall kalau belum vaksin?
adakah dia konon antivax tapi diam-diam dah pi v ...
ADVERTISEMENT