CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

13 Kali Keguguran, Fazley Yaakob Kongsi Suka Duka Dengan Adik Sayang

9-11-2021 11:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9726| Komen: 92

Setiap bahtera perkahwinan yang dibina, pasti ada cerita suka dan dukanya. Bagaimanapun, setiap cabaran hendaklah ditempuhi bersama sebagai tanda cinta sejati.


Itulah bait-bait kata yang cuba disampai oleh penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menerusi entri terkini di laman Instagram bersempena ulang tahun perkahwinannya yang ke-15.

Menurut Fazley, meski pun dia dan isteri, Azrene Ahmad terpaksa memalui pelbagai cabaran ketika alam percintaan mahupun perkahwinan, namun dia tetap bersyukur dengan setiap perancangan yang telah diaturkan oleh Allah SWT.

Foto: IG


“Buat yang tahu, mereka tahulah kisah kami. Buat yang dengar-dengar kisah, mungkin banyak yang betul. Buat yang tak pernah tahu, tapi dah agak, betul juga lah tu.

“Benar, percintaan kami yang berusia 17 tahun dan perkahwinan kami yang hari ni genap 15 tahun, terbina dari airmata kami berdua, airmata keluarga-keluarha kami dan juga air mata ramai penyokong-penyokong kami.

“Pertama sekali, terima kasih buat semua keluarga jauh dan dekat, sahabat-sahabat, rakan-rakan media juga serta mereka yang kenal rapat dan samar-samar, kerana telah mendoakan saya dan isteri sehingga bertahannya perkahwinan kami selama ini.

“Walaupun dengan 13 kali keguguran, kami tetap dikurniakan 4 orang cahaya mata. Syukur kehadrat Ilahi!,” tulisnya.



Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu, Bila April ini menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Katanya lagi, solat dan doa sememangnya menjadi kunci kepada keutuhan rumah tangga mereka yang dibina sejak 15 tahun yang lalu.

“Buat Adik sayang, our journey has been a rollercoaster ride. Since day 1 to this very day. But we grew stronger after every test and hurdle. Our love get tested over and over again, never by us , but Allah is Great.

“Solat dan doa has always remain our biggest defense. 40 days of Yassin since day 1 has become our strongest barrier to those who wants to see us crumble. Thank you for all your sacrifices for me and the kids,” kongsinya lagi.



Dikesempatan itu juga, Fazley turut merakamkan ucapan penghargaannya buat isteri tercinta kerana sentiasa setia berada disampingnya dikala suka dan duka

“You left everything to be with me, I had nothing when we got married. I lost everything that I have build due to an act of a certain person, but I gained so much more the day we “nikah” with Allahs blessing.

“He gave me YOU! I have said it too many times, but I will keep on saying it, ‘I’m glad you are my wife!’

“Happy 15th Anniversary my gorgeous Adik Sayang! Lets continue to stay strong and shower our kids with loads of love. We have made it this far, when many people thought we couldn’t. I love you with all my heart!,” akhirinya.



Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh membaca perkongsian tersebut selain turut mendoakan semoga perkahwinan Datuk Fazley dan isteri akan berkekalan sampai ke syurga.

Untuk rekod, Fazley dan isterinya telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 7 November 2007.



Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz, Ahmad Fieradz, Ahmad Fierudz dan Alayna Selma. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 9-11-2021 12:33 PM
Setiap tahun 5-6 kali ulang cerita ni macam kaulah manusia terpaling susah dan diduga perkahwinan dalam dunia ni...adik abang adik abang yihhh macam incest pulak bunyik... padahal dedua anak orang kaya..apa yang susahnya... feeling sangat tau.
Quote mojarean_X 9-11-2021 12:46 PM
Jgn lah dia ni masuk gegar vaganza.
Quote dudaberhias 9-11-2021 12:49 PM
tak habis2 la duk ulang2 cerita basi dia ni...
nak marketkan rupa.. muka takde...
tukar pesen rambut sana sini pun tetap jowo teemor majapahit...

soo ulang2 je la cerita basi ni... dah itu je yang kept him relevant di dunia ni...
Quote bambimbom 9-11-2021 12:49 PM
prince_marhaen replied at 9-11-2021 12:33 PM
Setiap tahun 5-6 kali ulang cerita ni macam kaulah manusia terpaling susah dan diduga perkahwinan da ...

kan beb... demi cinta kita.. abang sanggup harung tu semua.. sikit2 nak hint orang tu pedajal dia la..
dah2 la abg asmara woii.. geli aku tgk dia dgn suar ketat...
Quote haruslah 9-11-2021 12:52 PM
Mmg tiap2 tahun kena cerita pasal ni ek tiap kali enibeseri
Quote haruslah 9-11-2021 12:53 PM
Btw, sape jaga anak kakros ni sbb bunyi mcm terbuang jer
Atau bla nak kawen baru kena buang?
Quote TabletSusu 9-11-2021 01:01 PM
asa keluar citer kakros kat paper, mesti dia pun nak keluarkan citer sedih sayu pilu dia kat medsoc. menyampah aku.. muak..!!
Quote mojarean_X 9-11-2021 01:05 PM
Btw aku suka anak perempuan Rosmah yg dgn najib tu. Di kala Rosmah naik turun mahkamah, dia sentiasa teman mak dia. Malah lulus pengajian di Harvard ketika mak bapa dia berdepan kes mahkamah.
Quote TabletSusu 9-11-2021 01:07 PM
haruslah replied at 9-11-2021 04:53 AM
Btw, sape jaga anak kakros ni sbb bunyi mcm terbuang jer
Atau bla nak kawen baru kena buang?

rsnya dulu2 citer.. kakros nak kawenkan dia dgn org lain.. aku rs dia mcm ada ckp.. seolah2 "jual" dia demi kedudukan kakros. tp dia x setuju. so,demi cinta dia dgn abg asmara ni.. kakros buang dia..

tp yg aku nampak.. demi cinta lautan api sanggup ku renangi, gunung berapi sanggup ku daki.. dia yg buang mak dia tu
Quote TabletSusu 9-11-2021 01:10 PM
mojarean_X replied at 9-11-2021 05:05 AM
Btw aku suka anak perempuan Rosmah yg dgn najib tu. Di kala Rosmah naik turun mahkamah, dia sentiasa ...

kaannnn.. walau apa pun org kecam kakros, kecam dia jgk.. dia tetap bersama mak dia
Quote nakkomenjugak 9-11-2021 01:46 PM
Ehhh takde sape nak kacau ko laa bam asmara
Quote missbigrockstar 9-11-2021 01:52 PM
Masa diorang kawin aku siap beli buku/majalah khas bergambar/cerita pasal diorang. Ekslusif percintaan/perkahwinan diorang berdua masa tu. Sekarang sorry lah tak kuasa nak ambik tau
Quote Bumbu 9-11-2021 02:03 PM
Wow 13x kguguran. Klu hidup anak dia 17org
Quote chazey 9-11-2021 02:22 PM
Akak musykil kenapa banyak kali sangat gugur. Kau kena mak esah mak kau sundri ke adik sayang?
Quote chazey 9-11-2021 02:24 PM
Bila tengok video, baru akak sadar Azreen ni cantik. Tak jelita, tapi cantik. Muka manis2 sweet gitu kata orang.
Quote cruz2 9-11-2021 02:28 PM
Seburuk2 @ sejahat mana pon mak mertua hang, dia tetap ibu kandung isteri hang.iols pantang betul dgn manusia yg suka buruk2 kan ibu kandung sendiri
Quote mawarkhayalan99 9-11-2021 03:12 PM
dah kenapa nama panggilan adik sayang euwwww geli mak dah mcm incest ko adik beradik choiiiii
Quote kuzaime 9-11-2021 03:33 PM
Tiap2 tahun dia akan recycle balik cerita yg sama..#menguap
Quote tikusmontok 9-11-2021 03:38 PM
Bumbu replied at 9-11-2021 02:03 PM
Wow 13x kguguran. Klu hidup anak dia 17org

Tu yg pelik sesgt..15 tahun kawin, 13 kali gugur, anak 4 org....ko membiak mcm tikus ke apa?

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.095075 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top