Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas dilaporkan diserang oleh seekor anjing di Wales. Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian di sebuah rumah Pentwyn, Penyrhoel, pada petang Isnin.
Susulan tragedi itu, anjing berkenaan telah dimusnahkan oleh pasukan keselamatan. Tiada haiwan lain terlibat dalam kejadian itu. Pasukan paramedik dari Welsh Ambulance Service bergegas ke lokasi kejadian pada pukul 3.55 petang waktu tempatan, namun mangsa tidak dapat diselamatkan.
Ketua Superintendan Mark Hobrough dari Polis Gwent berkata: "Polis akan melakukan siasatan lanjut pada masa ini dan berada di lokasi kejadian ketika siasatan berjalan." -CARI Sumber: mStar/ Mirror
|
libra_gurlz replied at 9-11-2021 09:37 AM
kalau kat Malaysia ni, habis ler kena kecam sbb hapuskan anjing tu..
musangbodoh replied at 9-11-2021 10:45 AM
baru nk komen hahaahhhaah
ADVERTISEMENT