Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas dilaporkan diserang oleh seekor anjing di Wales.
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian di sebuah rumah Pentwyn, Penyrhoel, pada petang Isnin.
Susulan tragedi itu, anjing berkenaan telah dimusnahkan oleh pasukan keselamatan.
Tiada haiwan lain terlibat dalam kejadian itu.
Foto: Wales news services
Pasukan paramedik dari Welsh Ambulance Service bergegas ke lokasi kejadian pada pukul 3.55 petang waktu tempatan, namun mangsa tidak dapat diselamatkan.
Ketua Superintendan Mark Hobrough dari Polis Gwent berkata: "olis akan melakukan siasatan lanjut pada masa ini dan berada di lokasi kejadian ketika siasatan berjalan." -CARI
Sumber: mStar/ Mirror |