CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nam Ron Jadi Model, Catwalk Atas Pentas Peragaan

9-11-2021 08:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3581| Komen: 21

Pelakon dan juga pengarah berbakat besar, Nam Ron berkongsi rasa seronok dan teruja apabila diberi peluang buat pertama kali untuk berjalan di atas pentas peragaan sebagai model walaupun mengakui bimbang akan diketawakan penonton.


Bercakap kepada Kosmo! Online, Nam Ron atau nama lengkapnya Shahili Abdan, 52, dia tekad menyahut cabaran menjadi model memperagakan pakaian daripada jenama Neonate kerana mahu mencuba sesuatu yang belum pernah dia lakukan sebelum ini.


Foto: IG

“Saya rasa seronok. Mula-mula bimbang juga, risau takut orang gelak sebab ada ‘model tua’. Waktu berjalan, takut pula tersadung kaki dan jatuh tersungkur. Itu benda yang paling saya risau.


“Tapi bila dah yakin, baru saya rasa okay. Ini pengalaman baharu saya dan rasa seronok pula,” katanya ketika ditemui di Minggu Fasyen Kuala Lumpur 2021 (KLFW2021), semalam.

Kata pelakon yang pernah memenangi anugerah Pelakon lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29) itu lagi, dia terbuka untuk menerima pelawaan daripada generasi baharu kerana menganggap dirinya tidak pernah tua.



“Saya tidak tua. Tua itu hanya pada nombor. Saya sentiasa meletakkan diri saya sebagai orang muda, jiwa muda.

“Saya sentiasa berkawan dengan orang-orang muda. Malah kawan-kawan saya sendiri kebanyakannya berusia sekitar 20-an hingga 30-an. Sebab itu jiwa saya muda sebab saya suka benda-benda yang orang muda buat,” jelasnya.

Tambah pengarah filem One Two Jaga itu lagi, berkawan dengan orang muda juga boleh menyuntik perkara-perkara baharu dalam lakonan.


“Saya perhatikan jiwa orang muda ini, mereka mempunyai jiwa yang panas. Nak buat macam-macam benda. Nak terokai pelbagai perkara.

“Jadi itu yang membezakan orang yang berumur dengan mereka (orang muda). Orang dah berumur, mereka dah selesa dengan apa yang ada dan tidak mahu terokai benda-benda baharu,” katanya.

Dari sudut kreativiti pula, Nam Ron berpendapat bahawa dunia ini dibentuk oleh jiwa orang muda dan bukannya mereka yang telah berusia.



“Setiap generasi akan timbul kelompok-kelompok orang muda. Saya pernah muda dan dah melepasi waktu itu (usia muda).

“Tapi saya masih terikat dengan orang muda, jadi saya tahu tuntutan dan kemahuan mereka,” jelas Nam Ron. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 9-11-2021 11:51 AM
neonate memang konsep aneh dan pelbagai pun, untuk jadi real catwalk or spread model tu payah sikit la bang ron... bang ron takde leak ke? lahhh tibehhh
Quote nakkomenjugak 9-11-2021 01:36 PM
Muka2 kelindan lori jadik model
Fuhh iol muka acik kantin boleh laa kot
Quote missbigrockstar 9-11-2021 01:49 PM
Ok lah. Lain daripada lain konsep. Cuma apa miskin bebenor dari dulu KLFW buat di tengah2 shopping mall. Bila nak buat hall tertutup or open air nice venues mcm di overseas? Baru exclusive sikit. KLFW takda budget kah?
Quote KamikuP 9-11-2021 02:47 PM
KLFW tak jemput ritrud kah? How dare youu...!!!
Quote anony-mous 9-11-2021 02:50 PM
missbigrockstar replied at 9-11-2021 01:49 PM
Ok lah. Lain daripada lain konsep. Cuma apa miskin bebenor dari dulu KLFW buat di tengah2 shopping m ...

I lg suka at mall sbb ada public exposure gitu. Yg x diinvite pon dpt nengok
Quote tulip-rain 9-11-2021 03:31 PM
Kenape designer ni pilih heols? Sebab up gambar shirtless hari tu ke??
Untunglah
Quote dudaberhias 9-11-2021 04:06 PM
ok la.. cumanya keras kejung ko jalan dekkkk... dah serupa terminator... tapi takkan la terminator tua kertu dan tak kekar...

tapi nampak la tarikan fesyen tu... mujur dia bagi ko baju ni dik... kalau dia bagi kain palas dengan kain pelikat siap baju putih tu mesti dorang ingat kelindan lori tersesat jalan nak pergi hantar barang kat mall tu...
Quote cikX87 9-11-2021 04:14 PM
okay je. style.
Quote kakuzu 9-11-2021 05:35 PM
jadik model catwalk pulak.. dah takde job ke tu?
kata a-list..
Quote ellZack 9-11-2021 05:46 PM
prince_marhaen replied at 9-11-2021 11:51 AM
neonate memang konsep aneh dan pelbagai pun, untuk jadi real catwalk or spread model tu payah sikit  ...


Sanggup ke tengok?
Quote caprut 9-11-2021 06:13 PM
tulip-rain replied at 9-11-2021 03:31 PM
Kenape designer ni pilih heols? Sebab up gambar shirtless hari tu ke??
Untunglah

U dont understand fashion. Pasni bole jempot wan maimunah cat walk pula
Quote caprut 9-11-2021 06:13 PM
kakuzu replied at 9-11-2021 05:35 PM
jadik model catwalk pulak.. dah takde job ke tu?
kata a-list..

Artis2 ni sendiri yg lacurkan industri dorg. Phuihh
Quote electricopop 9-11-2021 06:43 PM
Hebatlah Nam Ron!!
Quote doubleharmonic 9-11-2021 07:48 PM
prince_marhaen replied at 9-11-2021 03:51 AM
neonate memang konsep aneh dan pelbagai pun, untuk jadi real catwalk or spread model tu payah sikit  ...

lalu ke nak tengok heshe punya leak? gambar bogel separuh pon boleh buat hilang selera jah?

[ig]https://www.instagram.com/p/CVH1lxKpBiL/[/ig]
Quote doubleharmonic 9-11-2021 07:55 PM
“Saya tidak tua. Tua itu hanya pada nombor. Saya sentiasa meletakkan diri saya sebagai orang muda, jiwa muda.


eh hello? tak sedor diri kan ko ni babi dah beruban misai janggut segala gegeh nak letak diri sebagai orang muda jadah kau? tokti yang muda 10 tahun dari kau pon try hard nak fefeling muda dok berselpie duckface bagai kekdahnyer nampak buruk buang tebiat jahh soooo?
Quote Piramida 9-11-2021 08:16 PM
Now everyone can sing. .. can catwalk.... can act... xde value dah bidang ni... sesapa pun boleh redah.
Quote shida81 9-11-2021 09:03 PM
Whatever.. Janji ko x buka baju
Quote caprut 9-11-2021 09:11 PM
Piramida replied at 9-11-2021 08:16 PM
Now everyone can sing. .. can catwalk.... can act... xde value dah bidang ni... sesapa pun boleh red ...

Tp yg dikatakan ngada2 customer aka penonton
Quote KIM.K 9-11-2021 09:14 PM
Namron polish sikit bagus
Heol ada six pax dalam bunohan
Almaklom iols peminat pakcik2 kekar

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.088389 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top