CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azmi Saat Syukur Isteri Dah Tak Mengigau Teringat Arwah Anak

8-11-2021 02:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1318| Komen: 4

Azmi Saat, 34, kini lega apabila isterinya, Nazira Muhammad tidak lagi mengigau ketika tidur kerana teringatkan anak mereka, Allahyarham Khairul Afnan yang meninggal dunia, 30 September lalu.


Azmi dihubungi berkata perasaan sedih itu masih dirasai isterinya, namun agak terkawal kerana ada masa dia okey, ada ketika menangis juga disebabkan menanggung rindu.

Foto: IG


"Cuma, saya berasa lega kerana Nazira tidak lagi mengigau ketika tidur dan tiba-tiba menangis pada waktu malam teringatkan arwah anak kami. Sekarang, keadannya boleh dikata semakin baik dan stabil.

"Walaupun dia masih belum betul-betul boleh melupakan saat-saat indah bersama cahaya mata kami, tapi Nazira tetap kuat dan tabah. Malah, saya sentiasa memberi semangat kepadanya.



"Saya sedar kena kuat untuk isteri dan syukur alhamdulillah kami reda dengan ketentuan takdir ini. Namun, masih perlukan masa untuk mengubat kesedihan hati," katanya kepada Harian Metro.


Azmi berkata dia mohon didoakan kekuatan buat isterinya. Menurut penyanyi lagu Tulus ini, pantasnya masa berlalu sudah lebih sebulan anak sulungnya itu kembali ke sisi Yang Esa.

"Selain terus mendoakan Afnan, saya juga ada merancang menghasilkan lagu istimewa buat arwah anak yang melodinya dihasilkan oleh Ajai, manakala lirik ditulis Ahmad Fedtri Yahya.

"Alhamdulillah, saya suka dengan melodi dan lirik dihasilkan itu kerana sangat sesuai dengan cerita saya. Malah, semoga lagu ini akan diterima baik oleh pendengar nanti," katanya.



Azmi berkata penghasilan lagu itu juga akan menjadi permulaan untuk memacu kerjaya nyanyiannya semula selepas berehat agak lama akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana penularan Covid-19.

Terdahulu, vokalis kumpulan Caliph Buskers itu kehilangan cahaya matanya tiga hari selepas dilahirkan pada 27 September lalu akibat kegagalan fungsi otak yang dikesan selepas lahir.

Malah, Azmi dan isteri menunggu selama 10 tahun untuk kehadiran zuriat itu. Pasangan Azmi ini yang sama-sama orang kelainan upaya (OKU) cacat penglihatan berkahwin pada 2011. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 8-11-2021 03:55 PM
Alhamdullilah.. Semoga mkin sehat..
Sedih la I tgok dua org nie..
Quote lattehazelnut 9-11-2021 05:42 AM
Moga dipermudahkan urusan
Quote wickedwisdom 9-11-2021 05:53 AM
huhu sedihnyaaaa
Quote eely_shana 9-11-2021 09:14 AM
Smga azmi n isteri tabah

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.087242 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top