Penamaan calon telah pun berlangsung dan tidak lama lagi warga Melaka akan turun mengundi pada 20 November untuk Pilihan Raya Negeri (PRN).
Namun terdapat isu panas apabila salah seorang calon wakil rakyat daripada parti Barisan Nasional (BN) yang ditemuramah oleh media tidak tahu berbahasa Melayu. Video temuramah yang dimuatnaik dalam Twitter telah mendapat kecaman warga netizen yang menganggap ini adalah sesuatu yang memalukan sedangkan calon tersebut merupakan warganegara Malaysia. Calon BN N19 Dun Kesidang, Leong Hui Ying merupakan calon generasi muda dari MCA. Kebanyakan netizen begitu terkejut dengan reaksi calon BN ini ketika menjawab soalan media dan menganggap BN tidak akan menang untuk DUN Kesidang. Rata-rata turut bimbang bagaimana calon ini dapat membantu masyarakat setempat jika dia sendiri tidak memahami bahasa melayu. Boleh menang besar ke Barisan Nasional di Melaka? - CARI
|
ADVERTISEMENT