Sebuah video memaparkan keadaan bilik hotel yang kotor tular di media sosial. Menerusi video berdurasi 21 saat yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Miera Nadhirah jelas menunjukkan keadaan bilik hotel yang sangat kotor, penuh sampah-sarap sehingga menyukarkan kerja-kerja pembersihan.
“Bila lambat check-in (daftar masuk) hotel, meroyan, viral (tular). Nak bilik siap sanitize (sanitasi) 10 kali sehari kalau boleh kuman pun tak ada. Takut konon, tapi bila check-out (daftar keluar) tinggalkan bilik macam ini rupa, tak rasa bersalah ke? “Tak salah pun kalau mudahkan tugas housekeeping (pembersihan), hidup ini perlu toleransi. Jangan guna alasan dah bayar. Guna hati perut sikitlah. Sebab spesis macam inilah yang melambatkan kerja housekeeping,” tulis kapsyen video itu. Bukan itu sahaja, pembuat video tersebut turut berkata, masalah kelewatan untuk daftar masuk juga terjadi apabila ada pelanggan yang lambat mendaftar keluar. “Belum lagi yang terhegeh-hegeh nak check-out, yang nak check-in pun tak sabar-sabar pukul 12 dah terpacak depan hotel,” katanya. Rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan sikap segelintir pelanggan yang tidak bertanggungjawab. “Kalau dari kecil tidak dididik mengemas dan memudahkan urusan orang lain. Bukan luak pun, Insya-Allah, Allah mudahkan urusan harian kita pula,” kata Husna. “Kadang-kadang kakitangan hotel dah penat nak viralkan. Ramai pelanggan buat bilik hotel macam ini, pengotor yang tak boleh bawa bincang,” kata Ayu. “Susah bila terlalu pegang kata-kata ‘kita bayar’, inilah jadinya. Malu tengok ada orang dalam negara kita berperangai macam ini,” kata Hafiz. -CARI Sumber: Kosmo
|
djzara81: Alahai…masa aku tdo kt satu hotel 3 star kt melaka ritu, kerusi kat bilik aku tu ada darah peod yg agak fresh hokkay. Geli nokkss. Nak marah housekee ...
bakingsoda replied at 8-11-2021 12:49 PM
mcm penah baca ada yg bg tip cabut semua sarung bantal cadar dan duvet cover longgok kat tepi jd hou ...
ADVERTISEMENT