CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Iman Turun Naik, Tak Nak Cakap Tentang Pakai Tudung,"-Aprena Manrose

5-11-2021 03:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4949| Komen: 18

Penghijrahannya bukan secara mendadak, diatur secara perlahan-lahan, namun, akhirnya pelakon Aprena Manrose, 28, dijentik pintu hati untuk berubah sepenuhnya.

Awalnya, niat anak bongsu pasangan selebriti, Allahyarham Rosnah Mohd Noor dan bekas penyanyi dangdut, Iwan itu menyarung hijab pada Ramadan lalu bagi membiasakan diri, sebelum benar-benar berhijab sempurna.

Namun, siapa sangka, perasaan selesa menguasai diri hingga tidak mahu menanggalkannya.

Foto: IG

Sungguhpun begitu, pelakon yang melonjak populariti menerusi drama Tiada Arah Jodoh Kita itu enggan terlalu berkongsi mengenai perubahan dirinya. Hingga kini, Aprena masih mengunci mulut biarpun semakin selesa berkongsi foto berhijab dalam laman Instagram (IG).


Secara jujurnya, Aprena berkata, dia kurang selesa apabila diajak berbicara mengenai penghijrahannya. Sebaliknya, mahu peminat menyedari perubahan imejnya tanpa perlu mencanangkan kepada khalayak.



"Jika boleh, saya tidak mahu terlalu menguar-uarkan mengenai perubahan imej. Biarlah orang nampak dan nilai, asalkan bukan datang daripada mulut saya.

"Bukan apa, saya bimbang andai berubah hati, sedangkan saya sibuk berkongsi mengenai perubahan diri. Untuk kekal istiqamah bukan mudah.

"Lagipun, saya hanya manusia biasa, masih belajar dan berubah secara perlahan-lahan. Saya risau iman turun naik, jadi lebih baik tidak berbicara secara terbuka.

"Biarlah perjalanan penghijrahan ini nampak perlahan. Apa yang boleh dikatakan, saya masih belajar untuk menjadi insan yang lebih baik," katanya kepada BH Online.



Aprena atau nama sebenarnya, Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman berkata, dia mula belajar mengenakan hijab sejak Ramadan lalu. Ia berkat doa bapa dan suaminya, Mohd Afiq Hazman.

Katanya, situasi pandemik COVID-19 yang melanda dunia dan pergolakan yang berlaku di Palestin antara pendorong yang menyebabkan hatinya ingin belajar berhijab.

"Secara kebetulan, pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada Ramadan lalu. Oleh kerana tidak terikat dengan penggambaran, saya mengambil peluang belajar berhijab.

"Sepanjang sebulan, saya akan berhijab jika hendak ke mana-mana. Pada Syawal, saya rasa lain macam apabila tidak bertudung ketika mengambil gambar bersama suami dan keluarga.



"Jadi, saya menyarungkan tudung ketika bergambar. Namun, saya masih terikat dengan beberapa tawaran lakonan yang diterima sebelum berhijab.

"Nak atau tak nak, saya kena tepati perjanjian yang dipersetujui lebih awal," kata Aprena.

Namun, katanya, dia tidak menyangka hasrat berhijab dalam drama yang dipersetujui awal tidak ditolak syarikat produksi.

"Allah permudahkan perjalanan saya berhijrah. Setakat ini, apabila saya beritahu mahu memakai tudung ketika penggambaran, tidak siapa membantah.

"Saya percaya apabila ada niat mahu berubah, Allah jentik perasaan insan di sekeliling saya.

"Semua ini juga berkat sokongan ayah dan suami yang tidak putus-putus berdoa agar saya terbuka hati berhijab. Jadi, perasaan saya makin kuat mahu berubah," katanya.

Lima tahun bergelar isteri, namun belum dikurniakan zuriat, wanita kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu akui, sudah penat menjawab persoalan mengenainya.

Bagaimanapun, Aprena tidak sesekali melenting, biarpun hatinya sedikit terguris.

Bukan tidak mencuba, Aprena pernah mendedahkan menjalani rawatan kesuburan pada Jun lalu. Namun, buat masa ini, belum bersedia berkongsi secara terperinci mengenai proses rawatannya.



"Saya ada menjalani rawatan kesuburan ketika PPN ketika kerja penggambaran dihentikan. Jadi, saya mengambil peluang untuk menjalani rawatan.

"Allah juga menyusun cantik perjalanan hidup saya. Sebaik pelaksanaan PPN berakhir, rawatan itu juga selesai, jadi saya boleh kembali bekerja.

"Tetapi, saya belum bersedia bercerita secara terperinci. Insya-Allah, saya akan berkongsi apabila tiba masa yang sesuai," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 4-11-2021 05:50 PM
Alhamdulilah semoga boleh istiqomah... Jangan jadi macam sedara ujung2 bisnes tudung tak laku, untung 5000 ke bawah terus dah takmo bertudung.
Quote NurAlia14 4-11-2021 09:02 PM
dudaberhias replied at 4-11-2021 05:50 PM
Alhamdulilah semoga boleh istiqomah... Jangan jadi macam sedara ujung2 bisnes tudung tak laku, untun ...

Ht hitam aku ckp bakalan ikut jejak langkah
Quote Acikgomen 4-11-2021 11:22 PM
dudaberhias replied at 4-11-2021 05:50 PM
Alhamdulilah semoga boleh istiqomah... Jangan jadi macam sedara ujung2 bisnes tudung tak laku, untun ...

Jangan ikut perangai kakak heshe janda mabuk todi tu sudahhhh
Quote anony-mous 5-11-2021 02:50 AM
dudaberhias replied at 4-11-2021 05:50 PM
Alhamdulilah semoga boleh istiqomah... Jangan jadi macam sedara ujung2 bisnes tudung tak laku, untun ...

Mcm bakal uturn jah sbb muda lg 28 baru. Knowing retis2 ni kan.... klau open balik, hint rumahtangga nk runtuh lettew
Quote eely_shana 5-11-2021 02:55 PM
makin cantik aprena sejak bertudung
Quote nakkomenjugak 5-11-2021 03:23 PM
Agak menjadi yachhh dna abe iwan
Quote CARI-MRO 5-11-2021 03:26 PM
Penghijrahannya bukan secara mendadak, diatur secara perlahan-lahan, namun, akhirnya pelakon Aprena Manrose, 28, dijentik pintu hati untuk berubah sepenuhnya.


Awalnya, niat anak bongsu pasangan selebriti, Allahyarham Rosnah Mohd Noor dan bekas penyanyi dangdut, Iwan itu menyarung hijab pada Ramadan lalu bagi membiasakan diri, sebelum benar-benar berhijab sempurna.


Namun, siapa sangka, perasaan selesa menguasai diri hingga tidak mahu menanggalkannya.



Foto: IG





Sungguhpun begitu, pelakon yang melonjak populariti menerusi drama Tiada Arah Jodoh Kita itu enggan terlalu berkongsi mengenai perubahan dirinya. Hingga kini, Aprena masih mengunci mulut biarpun semakin selesa berkongsi foto berhijab dalam laman Instagram (IG).


Secara jujurnya, Aprena berkata, dia kurang selesa apabila diajak berbicara mengenai penghijrahannya. Sebaliknya, mahu peminat menyedari perubahan imejnya tanpa perlu mencanangkan kepada khalayak.




[ig]https://www.instagram.com/p/CU96jHiF3kp/[/ig]



"Jika boleh, saya tidak mahu terlalu menguar-uarkan mengenai perubahan imej. Biarlah orang nampak dan nilai, asalkan bukan datang daripada mulut saya.


"Bukan apa, saya bimbang andai berubah hati, sedangkan saya sibuk berkongsi mengenai perubahan diri. Untuk kekal istiqamah bukan mudah.


"Lagipun, saya hanya manusia biasa, masih belajar dan berubah secara perlahan-lahan. Saya risau iman turun naik, jadi lebih baik tidak berbicara secara terbuka.


"Biarlah perjalanan penghijrahan ini nampak perlahan. Apa yang boleh dikatakan, saya masih belajar untuk menjadi insan yang lebih baik," katanya kepada BH Online.




[ig]https://www.instagram.com/p/CUjzXbzl_5f/[/ig]



Aprena atau nama sebenarnya, Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman berkata, dia mula belajar mengenakan hijab sejak Ramadan lalu. Ia berkat doa bapa dan suaminya, Mohd Afiq Hazman.


Katanya, situasi pandemik COVID-19 yang melanda dunia dan pergolakan yang berlaku di Palestin antara pendorong yang menyebabkan hatinya ingin belajar berhijab.


"Secara kebetulan, pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada Ramadan lalu. Oleh kerana tidak terikat dengan penggambaran, saya mengambil peluang belajar berhijab.


"Sepanjang sebulan, saya akan berhijab jika hendak ke mana-mana. Pada Syawal, saya rasa lain macam apabila tidak bertudung ketika mengambil gambar bersama suami dan keluarga.




[ig]https://www.instagram.com/p/CTevtKmnaKy/[/ig]



"Jadi, saya menyarungkan tudung ketika bergambar. Namun, saya masih terikat dengan beberapa tawaran lakonan yang diterima sebelum berhijab.


"Nak atau tak nak, saya kena tepati perjanjian yang dipersetujui lebih awal," kata Aprena.


Namun, katanya, dia tidak menyangka hasrat berhijab dalam drama yang dipersetujui awal tidak ditolak syarikat produksi.


"Allah permudahkan perjalanan saya berhijrah. Setakat ini, apabila saya beritahu mahu memakai tudung ketika penggambaran, tidak siapa membantah.


"Saya percaya apabila ada niat mahu berubah, Allah jentik perasaan insan di sekeliling saya.


"Semua ini juga berkat sokongan ayah dan suami yang tidak putus-putus berdoa agar saya terbuka hati berhijab. Jadi, perasaan saya makin kuat mahu berubah," katanya.


Lima tahun bergelar isteri, namun belum dikurniakan zuriat, wanita kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu akui, sudah penat menjawab persoalan mengenainya.


Bagaimanapun, Aprena tidak sesekali melenting, biarpun hatinya sedikit terguris.


Bukan tidak mencuba, Aprena pernah mendedahkan menjalani rawatan kesuburan pada Jun lalu. Namun, buat masa ini, belum bersedia berkongsi secara terperinci mengenai proses rawatannya.




[ig]https://www.instagram.com/p/CT1p9JoFpZC/[/ig]



"Saya ada menjalani rawatan kesuburan ketika PPN ketika kerja penggambaran dihentikan. Jadi, saya mengambil peluang untuk menjalani rawatan.


"Allah juga menyusun cantik perjalanan hidup saya. Sebaik pelaksanaan PPN berakhir, rawatan itu juga selesai, jadi saya boleh kembali bekerja.


"Tetapi, saya belum bersedia bercerita secara terperinci. Insya-Allah, saya akan berkongsi apabila tiba masa yang sesuai," katanya. -CARI


Sumber: Berita Harian
Quote Raline 5-11-2021 05:29 PM
dah ada dekkk
Quote AKAZ85 6-11-2021 06:31 AM
Pakai je laa tudung.. Kang tetiba mati kang jenuh lak yang hidup ni kena sound suruh tutup aurat ko takut dosa mengalir je.. Padahal masa hidup macam laa tak pernah belajar kelas agama kekdahnya artis2 ni
Quote ninnamina 7-11-2021 11:34 AM
Suka dia ni.. cantik, berlakon pun ok
Quote CiliPadiSedap 7-11-2021 07:50 PM
cermin rumah dia tu beli kt ikea atau shopee? lawa pula tgk.
Quote Belibis 7-11-2021 08:00 PM
nakkomenjugak replied at 5-11-2021 03:23 PM
Agak menjadi yachhh dna abe iwan

Muka ikut maknya kot..rosnah madnor..
Quote kucim 7-11-2021 10:37 PM
Dia ni lawa in real..pernah 2 3x dah jumpa..kecik molek je org nya

Petite.Skrg nampak dah chubby sikit..
Quote bluecrystal 7-11-2021 11:41 PM
sheol tak masuk kategori cantik jelita..tapi lawa tak jemu dipandang..haaa paham tak
Quote cik_ingeniare 8-11-2021 06:44 AM
Alhamdulillah. Semoga kekal istiqomah. Meols suka tengok dia berlakon
Quote yayarin 8-11-2021 10:28 AM
Semoga istiqamah aprena. cantek bila bertudung
Quote chocobozhere 8-11-2021 10:33 AM
Sudah sudah lah wartawan nak hitelite org Islam dari free hair pastu pakai tudung... Certain tu pakai tudung tapi bukan tutup aurat
Boleh tak jadikan benda benda ni common je kt msia. Mcm menda yg biasa je. Pakai tudung ke free hair ke lantak kan je. If I non muslim I wonder jgk kenapa Islam ni penting kan sgt pakai tudung tp benda lain x jaga. I mean, pakai tudung baju ketat, pakai tudung tp lengan pendek...kiranya wanita Islam tu wajib ya hanya tutup rambut sahaja ke.. Sudah sudah lah nak hitelite pasal tudung. Bosan
Quote ACC106 8-11-2021 10:37 AM
bluecrystal replied at 7-11-2021 11:41 PM
sheol tak masuk kategori cantik jelita..tapi lawa tak jemu dipandang..haaa paham tak

Hehe faham

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:04 PM GMT+8 , Processed in 0.054571 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top