Kuala Terengganu: Orang ramai disaran mengutamakan keselamatan dan tidak ke pantai di sini untuk menyaksikan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku mulai 9 malam ini.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu Leftenan Kolonel (PA) Mohd Rosman Abdullah berkata, pihak berkuasa mengeluarkan ramalan fenomena itu sehingga 4 pagi esok dengan ombak berketinggian antara 2.40 meter (m) hingga 2.80m. Katanya, selain itu, cerapan dibuat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga menjangkakan ketinggian ombak antara 3.20m hingga 3.50m di beberapa pantai di Kemaman pada 9.30 malam hingga 4.30 pagi esok.
"Untuk itu, orang ramai tidak disaran menghampiri pantai bagi tujuan merakam gambar dan sebagainya. "Pegawai dan anggota APM akan terus melakukan rondaan serta pemantauan di beberapa lokasi panas termasuk di Pantai Maimi, Seberang Takir," katanya. Menurutnya, fenomena air pasang besar dijangka melanda Terengganu sebanyak empat kali pada November dan APM melakukan persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan. -CARI Sumber: Harian Metro
|
zehra2 replied at 6-11-2021 01:22 PM
cuti panjang gini jgn ler ke pantai.
edayildiz replied at 6-11-2021 01:50 PM
kt ganu jer kan ..pantai pd boleh kan?
Acikgomen replied at 6-11-2021 01:57 PM
Dok umah je takyah pi memana
Padahal acik tgh holiday kat pantai balok kontan ni haaaaa
edayildiz replied at 6-11-2021 02:02 PM
suruh kita dk umah tp dia dh sampai sana..apa yg best kt kontan tu acik
Acikgomen replied at 6-11-2021 02:10 PM
Takdek apa pun hahahahah
Nak makan ikan patin tempoyak ke apa, belah2 pekan temerloh sana je lah y ...
ADVERTISEMENT