Langkah kerajaan Pas Kelantan menguatkuasakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) 2019 mulai Isnin lalu dianggap ‘pelik’ kerana terdapat peruntukan baharu yang bertindih dengan undang-undang Persekutuan sedia ada.
Sehubungan itu, penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff membangkitkan persoalan adakah kandungan enakmen tersebut sudah disemak dan diteliti dahulu supaya tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Dalam kes Iki Putra Mubarak yang berdepan tuduhan seks luar tabii di Selangor kata beliau, Mahkamah Persekutuan memutuskan Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa terhadap kesalahan yang sudah ada di bawah undang-undang Persekutuan. “Reaksi pertama saya ialah apakah negeri Kelantan ini pelik, rakyatnya pelik, atau pemimpinnya pelik? Apakah Pas memikirkan inilah caranya untuk menyelamatkan negeri yang ramai rakyatnya susah sekarang? “Jika Pas mengutamakan pelaksanaan jenayah Islam, kenapa tidak diperjuangkan RUU 355 sementara berkuasa di Pusat? RUU 355 ini lebih meluas dan melibatkan jenayah lebih kerap, berbanding kesalahan bersetubuh dengan mayat atau dengan bukan manusia. “Sudah ditelitikah kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan itu sama ada bertentangan atau tidak dengan Perlembagaan Persekutuan, khususnya perbuatan unnatural sex?” soal beliau menerusi hantaran terbaharu di akaun Facebook miliknya hari ini. Ahad lalu, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob ketika merasmikan Majlis Penerangan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 berkata, pindaan enakmen yang sudah diperkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V itu dikuatkuasakan di seluruh negeri ini bermula Isnin. Sebanyak 24 peruntukan baharu terkandung dalam enakmen terbabit, antaranya berkait dengan perbuatan bersetubuh dengan mayat dan bukan manusia, melakukan sihir, dakwaan palsu, percubaan keluar Islam serta memutarbelitkan ajaran Islam. Mengulas lanjut, pensyarah di Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, jika kes unnatural sex teruk di Kelantan, kenapa setelah 31 tahun Pas memerintah baru tahun ini kesalahan itu dimasukkan? “Dalam memerintah Kelantan, Pas perlu tahu memilih keutamaan. Rakyat hendakkan air paip bersih, peluang pekerjaan dan perniagaan serta kemudahan infrastruktur yang baik. Ini tidak, lain yang rakyat hendak, lain pula yang diberikan. “Misalnya, rakyat dikenakan hukuman enam bulan penjara atau denda RM1000 jika tidak menutup aurat. Bagaimana jika pakai seluar pendek, bagaimana jika pakai kain nampak lutut? Apakah itu dikenakan denda juga? “Enakmen ini juga menyatakan menjadi satu kesalahan memutarbelitkan ajaran Islam. Apakah maksud memutarbelitkan ajaran Islam itu ?” katanya. -CARI Sumber: Utusan Online
|
tikusmontok replied at 5-11-2021 01:28 PM
Memang pelik.
.rakyat dia kata drp liwat org lebih afdal liwat ayam atau kucing...tak ke pelik ...
musangbodoh replied at 5-11-2021 02:10 PM
kt mn ko petik tu bro..nk tau gak
ADVERTISEMENT