Mungkin disebabkan tidak tahan menerima cacian dan tidak mampu membalas komen-komen netizen gara-gara kontroversi isu kupasan babak lakonannya di dalam filem Anak Halal, pelakon Fauzi Nawawi baru-baru ini terpaksa menutup bahagian komen di laman Instagramnya buat sementara waktu.
"Begitu juga di Twitter, saya tengok ramai maki panggil saya celaka babi. Tak apa, saya terima dengan lapang dada dan tenang walaupun kusut juga fikiran ini," antara respons Fauzi berkaitan kontroversi tersebut. Menariknya, walaupun kelihatan seperti berdiam diri di laman IG sendiri, Fauzi sempat membalas satu komen yang mengecamnya di laman IG lain.
"Yang bertanya syaitan, yang menjawab pun syaitan yang berwajah manusia"- netizen. "Alhamdulillah, yg ini juga ternyata syaitan," jawapan balas Fauzi kepada komen yang mengatakan dia dan Shuk syaitan itu. Kurang lebih dua hari selepas memohon maaf dan berkata dia menerima segala caci maki dengan lapang dada dan tenang, mungkin tidak dapat menahan sabar apabila dirinya disamakan dengan syaitan, Fauzi Nawawi turut bertindak menyamakan netizen tersebut dengan syaitan. Jika ramai yang sensitif dengan panggilan babi, Fauzi Nawawi kelihatannya lebih terganggu dengan panggilan syaitan. Walau bagaimanapun setelah dua minggu, isu temubual kontroversi ini kelihatannya sudah dianggap selesai dan isteri Fauzi, pelakon Lisdawati turut berterima kasih kepada Raja Farah kerana sudi membalas mesejnya. - CARI
|
Rogue98 replied at 5-11-2021 03:31 PM
padan muka tak tenang hidup.....bersara jer lah dari berlakon. Kalau aku pelakon sure aku takut teng ...
Rogue98: padan muka tak tenang hidup... ...
doubleharmonic replied at 6-11-2021 02:38 AM
rasanyer nek elly suriati jah kot pelakon wanita yang tak takot kalau berlakon dengan babi setan n ...
ADVERTISEMENT