CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Mak Bapak Bangs*t Tak Reti Minta Maaf" - Diva AA Kecam Keluarga Tertuduh Bunuh Zulfarhan

3-11-2021 03:18 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 12942| Komen: 68|Original author: Oleh: LilRose

Kredit foto: IG


Pengacara sensasi Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA turut bersimpati terhadap keluarga Allahyarham Zulfarhan Osman.

Diva AA turut menitipkan doa buat ibu Zulfarhan di Instagram berikutan keputusan mahkamah pada Selasa terhadap 18 tertuduh yang juga rakan mangsa di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didapati bersalah membunuh Allahyarham.


Kredit foto: IG

Bagaimanapun, ciapannya di Twitter berbaur kemarahan terhadap semua kecuali satu keluarga tertuduh yang masih belum bertemu dan meminta maaf kepada keluarga Allahyarham.

"Dah melayang nayawa budak tu, sikit pun kau tak reti minta maaf?" ciapnya.




Kredit foto: Twitter

Malah, isu ini turut mendapat perhatian pengacara Iesya Toh yang berang dengan keluarga terbabit.

"Langsung tak minta maaf? Keringnya hati mereka!" tulisnya di Instagram.




Kredit foto: Twitter

Tidak adakah rasa malu atau tanggungjawab ke lepas anak sendiri menganiaya anak orang sampai mati? - CARI

Bagus
2

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote addamnor 3-11-2021 03:33 PM
Konfident jah sheols nak jumpa orang di pintu syurga.. entah2 sheols sendiri hanya kenal pintu neraka jah sebab mulut perangai mcm celaka
Quote KelisaSilver 3-11-2021 03:56 PM
okay bab ni aku sokong Diva.... mmg betul pun.... takde perasaan langsung ke keluarga2 tertuduh tu? patut la anak tu perangai mcm tu... tertuduh sayang arwah? kepala bana dia.... kalau sayang tak tekup langsung seterika kat badan2 arwah. bodo bertubi2.
Quote yondu 3-11-2021 05:04 PM
sedih la pasal isu arwah ni. i pernah kena buli time sekolah selama 2 tahun n yes kesan sampai skrg. dibuli sb x cantik + kurus kering, buku teks kena koyak, meja kena letak luar, tudung kena tarik smpai jatuh kt leher, bila i bagitau ckgu kaunseling, rupanya dia cite dgn cikgu kelas i. ckgu2 kelas i perli2 dlm kelas + bgitau budak kelas i yg i mengadu kena buli.kesannya teruk smpai skg. i mmg benci pembuli dan i benci org yg x menolong org kena buli ni.

untuk kes arwah ni, semoga Allah berikan ketabahan hati utk makcik pakcik, diberikan kesabaran. nak bagi ayat positif pn xtau apa nak cakap sebab i dpt bayang betapa sedihnya hati mak ayah ni.

untuk bangsat pembunuh tu, senyum2 la eh dkt dunia ni. dkt akhirat ada balasan. Allah x pernah tidur
Quote Skydiva 3-11-2021 06:18 PM
yondu: sedih la pasal isu arwah ni. i ...


Sorry u had to go through that phase. Hopefully u ok srang. I x paham cikgu2 yg tau org kena buli tp buat x tau je ni. Adik i kena buli kt skolah, kena tendang kt bhgn dada, buku kena koyak dgn senior, baju kena baling dlm toilet pn smpi srang die x maafkn pembuli die, tp tabah n mulia btol bapak zulfarhan ni, maafkn pembunuh anak2 die. Mak bapak bdk2 tu pon, tau anak dh salah, awal2 lagi ko patut jmp family die, mintak maaf ikhlas2 pasal anak ko, bkn lyn ego perasaan org kaya n jwtn tu.. cube klu anak2 diorg yg kena buli/bunuh. Tu nasib baik mak bapak zulfarhan x saman civil kt family2 pembunuh tu. Kalau ikutkan i, nk je approach suruh family die saman pembunuh2 tu n family diorg skali..
Quote Adrif 3-11-2021 07:34 PM
yondu replied at 3-11-2021 05:04 PM
sedih la pasal isu arwah ni. i pernah kena buli time sekolah selama 2 tahun n yes kesan sampai skrg. ...

aku sebagai salah seorang mangsa buli ni pun berdendam sangat2 dengan semua pembuli2
dari zaman sekolah, sampai zaman sekarang ni

yang satu aku perasan psiko si pembuli, diorang tak rasa bersalah
yang peliknya, diorang boleh terasa macam mangsa pulak. psiko, dan manipulative.

kadang2 aku doa diorang tak boleh mati, tapi hidup sentiasa terseksa. setiap minit, setiap saat
Quote Tudungpink 3-11-2021 07:37 PM
Hukuman untuk dorang memang x setimpal n dorang terlalu kejam.. Seksanya arwah.. Al fatihah
Quote Adrif 3-11-2021 07:41 PM
Skydiva replied at 3-11-2021 06:18 PM
Sorry u had to go through that phase. Hopefully u ok srang. I x paham cikgu2 yg tau org kena buli  ...

betul. bila jadi mangsa buli ni, dendam kesumat dia lain macam.sakit dia, malu dia, orang lain tak paham, kita yang kena waktu tu.

orang lain boleh senang je cakap, "Takpe, maafkan diorang tu. Lepaskan, semua tu benda dah lepas. Jangan ingat lagi."
satu je aku boleh cakap kat orang camtu. KEPALA HOTAK KAU
cuba setiap hari, kalau aku jumpa orang, aku malukan dia, maki, hina, caci, lepas tu tumbuk, pijak, koyak, buang,
di hadapan semua orang. orang lain buat2 tak nampak, tak dengar.
cikgu? mak ayah? semua tak amik kisah
setiap hari aku buat, bertahun lamanya. orang baik pun boleh jadi gila

lepas tu datang entah sapa-sapa, cakap kat mangsa tu, "Dah, lupakan. Maafkan je la mereka tu."
sorry. emo pulak aku dengan topik buli ni
tapi aku paling emo dengan sistem sekolah, sistem negara ni yang backup pembuli
Quote Cintakapuri 3-11-2021 08:01 PM
yondu replied at 3-11-2021 05:04 PM
sedih la pasal isu arwah ni. i pernah kena buli time sekolah selama 2 tahun n yes kesan sampai skrg. ...

Allahu sis
Kl i kat posisi u, mebi dah kne ptsd dah
Quote domok 3-11-2021 08:05 PM
Memang tak faham la keluarga2 yang langsung takde mintak maaf. Tak tau lah nak cakap hati kering lagu mana. Takde sekelumit ke rasa bersalah? Adakah memang depa rasa tindakan anak depa tu ok? Tak salah?? Kalau gitu patut lah anak jadi lagu tu. Untung lah... 18 tahun je penjara... Yang lain2 3 tahun je.
Quote tiesza169 3-11-2021 08:06 PM
Skydiva replied at 3-11-2021 06:18 PM
Sorry u had to go through that phase. Hopefully u ok srang. I x paham cikgu2 yg tau org kena buli  ...

Boleh ye saman sivil?? Ok jugak
Quote makadek 3-11-2021 08:07 PM
Ank aku kena buli
Sikit lagi nk jatuh dr bas terus aku jmpa budak tu.....ckp baik2 ..
Tup2 raya dtg raya ramai2

Cantiknya umah acik..insap terus dah
Skg dh besar rajin kerja ...
Quote sukacactus 3-11-2021 08:10 PM
Part ni aku sokong tindakan diva AA bahasakan diorang
Mmg masing2 muka tembok in denial xleh pakai punya parents
Quote dudaberhias 3-11-2021 08:13 PM
addamnor replied at 3-11-2021 03:33 PM
Konfident jah sheols nak jumpa orang di pintu syurga.. entah2 sheols sendiri hanya kenal pintu nerak ...

kalau kenal pintu neraka tu takpe lagi kaka...ni ujung2 heols yang jemput tetamu dekat pintu neraka tu... siap pegang cota dan beruniform macam guard lagi... eh choiii

Quote dudaberhias 3-11-2021 08:16 PM
yondu replied at 3-11-2021 05:04 PM
sedih la pasal isu arwah ni. i pernah kena buli time sekolah selama 2 tahun n yes kesan sampai skrg. ...

semoga kaka dapat lupakan memori2 gelap tu dan dapat ketenangan...
memang trauma yach lagi2 cikgu yang lebih sudu dari kuah pulak...
cikgu bila yang baik memang baik sangat2... tapi yang haukkk memang haukkk lah selamanya... kerja cikgu pun sebab tu je kerja yang dia dapat untuk teruskan hidupnya...
Quote gekkou 3-11-2021 09:19 PM
yondu replied at 3-11-2021 05:04 PM
sedih la pasal isu arwah ni. i pernah kena buli time sekolah selama 2 tahun n yes kesan sampai skrg. ...

u sangat kuat dalam menghadapi dugaan kena bulisbb tu u masih mampu meneruskan hidup dan mampu tersenyum
tahniah!! anda hebat!!

cikgu tu semoga anaknya jua kena buli
i pn ada ingat seorang cikgu yang i masih tak mampu nk lupakan apa dia buat until now
maaf? hmmm macam tidak
Quote QueenCaramel 3-11-2021 09:26 PM
KelisaSilver replied at 3-11-2021 03:56 PM
okay bab ni aku sokong Diva.... mmg betul pun.... takde perasaan langsung ke keluarga2 tertuduh tu?  ...

Dengarnye2 ada d kalangan budak2 tu anak kayangan..soo u knowww
Quote AKAZ85 3-11-2021 09:58 PM
yondu: sedih la pasal isu arwah ni. i ...


Kakyung pon pernah kena buli masa sekolah perempuan dulu atas sebab yg sama ngan sheols.. Sebab tak cantik, pendiam dan pasif.. Diorang bukan buli fizikal.. Tapi mental.. Masing2 boikot kakyung, grouping dalam kelas semua taknak segroup dengan kakyung.. PJK jadi medan diorang semua kutuk kakyung.. Sebab masa tu ade sorang setan ni nampak kakyung betulkan bra kakyung kat dalam toilet.. Dia boleh pergi heboh dengan cikgu2 sekali gelakkan kakyung kata pakai bra murah ke sampai longgar.. Bapak sedih.. Partner meja pon kakyung xde.. Sorang2 je.. Yg sekor tu patut dok ngan kakyung sanggup gabung meja dok bertiga.. Teruk sangat kesan buli mental kakyung terima membawak sampai ke sekarang.. Sekarang kalau boleh memang tak ingin nak join reunion sekolah tu walaupun hidup kakyung boleh kata lagi ke depan jauh tinggalkan budak2 tu.. Fobia oii.. Dari budak2 sampai ke cikgu2 semua perangai cam celaka
Quote chazey 3-11-2021 10:39 PM
Dan budaya buli/ragging tanahair berterusan sehingga ke IPTA/tempat kerja.

Worst, sekarang ini ummah pro choice/anti covax dibuli secara sistematik.

We've been teaching our kids to be mean and toxic.

Quote chazey 3-11-2021 10:48 PM
Adrif replied at 3-11-2021 07:41 PM
betul. bila jadi mangsa buli ni, dendam kesumat dia lain macam.sakit dia, malu dia, orang lain tak ...

Saya pernah dibuli ex pengetua first saya. No one  stood up for me. Dah la baru kerja masa tu. Bertahun2 dia buli saya, tengking saya, malukan sy dalam mesyuarat kerana dia anggap sy incompetent. Yang babinya, cikgu2 kuat kipas or dia favour, hanjeng cemana pun kerja, turun cemana pun result, dia tak buat gitu pon. Mungkin juga karna saya kuat menjawab, maka dia tak suka sy. Dalam masa yang sama, pengetua ini, lepas dia sakitkan hati sy, akan purak2 pi bercakap la hapa la kunun dengan saya di meja saya. Cobaan nak ambik hati? Pehtu siap nak add sy di fesbuk bagai. Ingat sy nak accept walau 2 kali dia hantar request? Puih. Gila psiko yah.

Years later, bila dia dah pindah di sekolah lain, I found out anak sulung kesayangan dia pernah kelar tangan nak bunuh diri. Bini dia pula mengalami kemurungan hingga perlu makan ubat. Saya sangat puas hati yach dengar perkabaran buruk itu. Dan dia sendiri pernah sakit kena stroke. Mudah2an akan berlaku perkara lebih dahsyat dalam hidup dia, karna ada 1 hal dia buat yang saya takkan maafkan sampai bila2.

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.048124 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top