Seorang kanak-kanak terpaksa melalui malam-malam tanpa tidur nyenyak kerana bimbang tiga adiknya berkemungkinan meninggal dunia akibat disuntik heroin oleh ibu bapa mereka sendiri, lapor Daily Star.
Empat beradik dari barat laut England yang mempunyai ibu bapa penagih dadah itu hidup dalam kekeliruan dan ketakutan setelah sering menyaksikan keganasan rumah tangga, cubaan membunuh diri dan penyalahgunaan dadah oleh ibu bapa mereka. Kanak-kanak tersebut, Ava dan tiga adiknya, Chloe, Harper, dan Lucas (bukan nama sebenar) kini berada di bawah pelan perlindungan kanak-kanak dan perkhidmatan sosial sejak 2018 kerana diabaikan ibu bapa mereka.
Penasihat perlindungan bebas, Amanda Clarke yang menulis laporan tersebut memaklumkan bahawa kes mula dibuktikan setelah salah seorang mangsa didapati mempunyai kesan lebam akibat suntikan di pahanya. "Ava mengadu tidak dapat tidur kerana bimbang adik-adiknya meninggal dunia ketika bangun tidur selepas diberi suntikan dadah untuk ‘menidurkan mereka’. "Ibu bapanya juga didapati lebih mengutamakan bekalan dadah daripada menjaga kebajikan anak-anak mereka," kata Clarke. Hak penjagaan anak kedua-dua pasangan itu telah ditarik balik. Ava menyatakan bahawa dia lebih rela diletakkan di bawah pusat penjagaan daripada pulang ke rumah dan menyaksikan ibu bapanya mengambil dadah dan cuba membunuh diri. Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT