Washington: Penyelidik menemui spesies ikan predator, lingcod pasifik yang mempunyai lebih 500 gigi dengan susunan rawak di kedua-dua rahang.
Portal National Geographic melaporkan kajian diterbitkan Oktober lalu di jurnal ilmiah Proceedings of the Royal Society B melaporkan 20 gigi spesies ikan omnivor itu mampu tumbuh dan hilang setiap hari. "Jika manusia memiliki susunan gigi yang sama (dengan ikan lingcod), ertinya semua gigi kita akan diganti yang baru setiap hari," kata profesor biologi di University of Washington Adam Summers. Penuntut di University of Washington dan juga rakan penyelidik Karly Cohen mengatakan, keupayaan penggantian gigi lingcod pasifik ini mengejutkan penyelidik.
Menurutnya, lingcold pasifik termasuk dalam spesies ikan yang memiliki keunikan sebagaimana ikan pemancing (anglerfish) yang memiliki gigi di dahi atau piranha yang boleh kehilangan satu per empat giginya sekali gus. "Kebanyakan ikan memiliki gigi seperti lingcod. Boleh jadi sebahagian besar ikan kehilangan gigi dalam jumlah besar setiap hari," katanya. Ukuran panjang ikan lingcod pasifik boleh mencecah 1.2 meter ketika dewasa. Haiwan kanibalisme itu boleh ditemui di pantai barat Amerika Utara, dari Alaska ke California, serta Mexico. -CARI
|
Haiwan kanibalisme itu boleh ditemui di pantai barat Amerika Utara, dari Alaska ke California, serta Mexico
slyfynx replied at 3-11-2021 02:03 PM
Dalam artikel ni je satu2 ayat yang cakap pasal kanibalisme dan xde penerangan ape2 pn.
Tup terus ...
slyfynx replied at 3-11-2021 02:03 PM
Dalam artikel ni je satu2 ayat yang cakap pasal kanibalisme dan xde penerangan ape2 pn.
Tup terus ...
ADVERTISEMENT