CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Isu Artis Ambil Dadah Jangan Diperbesar,"- Pekin Ibrahim

3-11-2021 12:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4729| Komen: 45

Kes artis yang terlibat dengan dadah bukan perkara baharu dalam industri hiburan, oleh itu pelakon Pekin berpendapat isu seperti itu tidak sepatutnya diperbesarkan.


Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim berkata, jalan terbaik adalah memberi peluang kedua kepada artis terbabit untuk memperbaiki diri mereka dan menyesali perbuatan itu.


Foto: IG

"Saya berpendapat isu dadah dalam kalangan industri kreatif tidak perlu diperbesarkan kerana ia bukan perkara baru lagi.

"Lebih baik fokus menjaga diri kita daripada mencari salah orang lain dan beri peluang kedua kepada mereka yang terbabit dan tidak memperbesarkan isu ini.


"Apatah lagi, ramai penagih dadah di luar sana, mungkin kerana artis jadi lebih mendapat perhatian," kata Pekin kepada mStar.



Suami kepada Mona Allen itu berkongsi pandangannya berhubungan isu tersebut ketika sesi temu bual untuk drama terbaharu berjudul Keluarga Untuk Disewa pada Selasa.

Sebelum ini, pelakon Niezam Zaidi, pengarah dan kru produksi mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, Perak.



Dalam pada itu, pelakon itu menegaskan perkongsiannya tersebut hanyalah pendapat peribadinya semata-mata.

"Rasa-rasanya semua orang lebih maklum dengan apa yang cuba saya katakan ini. Namun, ia sekadar pendapat peribadi saya," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 2-11-2021 07:39 PM
Pelakon dan pengarah, Pekin Ibrahim berpendapat isu dadah dalam kalangan penggiat seni tidak harus diperbesarkan lagi kerana akan memberi impak negatif terhadap industri seni dan kreatif.


So kalau retis isap dadah kene maafkan berjemaah ke cane ni?
Xleh eh nk mengata?
Ke dah hint untuk selamatkan diri di masa akan datang?
Quote musangbodoh 2-11-2021 07:58 PM
bal dulu baru buat keje
Quote dudaberhias 2-11-2021 08:17 PM
amboiii kemain ko bekap dekkkk... padahal tak ramai berkutik pun pasal dadah ni sebab sekian ramai dah tahu benda ni dah berkurun lama dah pun...

ada ambil juga ke tu... patut la makin kepam busukkkkkk...
Quote nakkomenjugak 3-11-2021 06:33 AM
Hahahahaahha
So ko nak kes dadih ni senyap2 biar pecah di perut jangan pecah di mulut gituuu?
Selayaknya industri hiburan malaya melingkup
Quote kakakgarang 3-11-2021 07:49 AM
alah kau da miskin. tade duit nk mendadih la tu.. menyampah la kau..

kalau tgk muka kau teringat pelamin kawen kau yg hauk dgn balloon tu.. hahahaahahahahaah
Quote ais_kosong 3-11-2021 08:05 AM
Ingatkan nak nasihatkan pengiat seni jangan ambil dadah.
Tak bagi netz kutuk yang kantoi ambil dadah rupanya
Quote caprisonne 3-11-2021 09:17 AM
Salah tetap salah.. tu gunanya ada undang-undang. Dadah musuh negara k.
Quote krustykrab 3-11-2021 10:09 AM
slyfynx replied at 2-11-2021 07:39 PM
So kalau retis isap dadah kene maafkan berjemaah ke cane ni?
Xleh eh nk mengata?
Ke dah hint untuk ...

Gitu la pemahaman iol jgk...
Golongan retis kira kna hormat selalu sbb depa bertungkus lumus mengeembirakan rakyat dgn lakonan bodo diorg
Quote azimodin 3-11-2021 10:18 AM
Statement yg sepatutnya "insan seni tidak patut terlibat dengan dadah". Dadah antara penyebab masalah sosial yg lain - domestic voilence, curi/rompak, pelacuran, hutang along dll. Sangat wajar jika isu dadah diperbesarkan.
Quote pinkzara 3-11-2021 11:00 AM
Dadah dan industri kreatif berpisah tiada. Tokannya pun dtg dari kalangan diorang jugak.
Dadah+cetak rompak+kongsi gelap.

Kalau dlm life artis ini perkara biasa. diorg dah mangli.
mcm polis dan kastam ambik rasuah.
mcm gomen bising lambakan kerja akibat karenah birokrasi.
mcm tu la yg depa alami..

kaedah kerajaan menangani masalah dadah pun sama je mcm kekdah atasi covid.
tutup sana buka sini. so masalah tak kan selesai.
Quote CARI-MRO 3-11-2021 12:33 PM
Kes artis yang terlibat dengan dadah bukan perkara baharu dalam industri hiburan, oleh itu pelakon Pekin berpendapat isu seperti itu tidak sepatutnya diperbesarkan.


Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim berkata, jalan terbaik adalah memberi peluang kedua kepada artis terbabit untuk memperbaiki diri mereka dan menyesali perbuatan itu.




Foto: IG




"Saya berpendapat isu dadah dalam kalangan industri kreatif tidak perlu diperbesarkan kerana ia bukan perkara baru lagi.


"Lebih baik fokus menjaga diri kita daripada mencari salah orang lain dan beri peluang kedua kepada mereka yang terbabit dan tidak memperbesarkan isu ini.


"Apatah lagi, ramai penagih dadah di luar sana, mungkin kerana artis jadi lebih mendapat perhatian," kata Pekin kepada mStar.




[ig]https://www.instagram.com/p/CVkl9leB8V5/[/ig]



Suami kepada Mona Allen itu berkongsi pandangannya berhubungan isu tersebut ketika sesi temu bual untuk drama terbaharu berjudul Keluarga Untuk Disewa pada Selasa.


Sebelum ini, pelakon Niezam Zaidi, pengarah dan kru produksi mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, Perak.


[ig]https://www.instagram.com/p/CO7fMjgBVra/[/ig]





Dalam pada itu, pelakon itu menegaskan perkongsiannya tersebut hanyalah pendapat peribadinya semata-mata.


"Rasa-rasanya semua orang lebih maklum dengan apa yang cuba saya katakan ini. Namun, ia sekadar pendapat peribadi saya," ujarnya. -CARI


Sumber: mStar Online
Quote lattehazelnut 3-11-2021 12:34 PM
Time uqasha kantoi dadah tu time couple dgn pekin ke?
Quote gekkou 3-11-2021 12:37 PM
kena la besarkan supaya malu
nnt tak buat dah
itupun kalau insaf

ni kalau kecik2 kan or buat senyap
malu x dek
lepas tu repeat
alasan org tatau, kerjaya jalan mcm biasalepas tu terpalit kat org lain plak jadi kaki dadah


Quote shahirakay 3-11-2021 12:53 PM
dadah enabler
Quote KoolDas 3-11-2021 01:11 PM
lokap je, apa masalahnya
Quote esbok 3-11-2021 01:16 PM
sabar je la pegawai2 AADK
Quote Pujangga22 3-11-2021 01:17 PM
klu kt korea mmg ko slamanya akn dlm gua
Quote haznor 3-11-2021 01:19 PM
artis kan maksummmmm ....maafkan je & beri la peluang kedua ketiga keempat dan seterusnya.
Quote ruhanizza 3-11-2021 01:24 PM
Pujangga22 replied at 3-11-2021 01:17 PM
klu kt korea mmg ko slamanya akn dlm gua

x jugak. Ju Ji hoon tu elok je berlakon Jirisan.

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.192514 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top