CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lepas Sertai Tabligh, Saharul Ridzwan Nak Pergi Haji Tahun Depan

3-11-2021 12:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3476| Komen: 16

Description: Selepas mengikuti kumpulan Jemaah tabligh dan dilihat semakin mendekatkan diri dengan Allah, pelakon popular Saharul Ridzwan merancang untuk menunaikan ibadah haji ada tahun depan.
Selepas mengikuti kumpulan Jemaah tabligh dan dilihat semakin mendekatkan diri dengan Allah, pelakon popular Saharul Ridzwan merancang untuk menunaikan ibadah haji ada tahun depan.


Menurut Saharul atau nama lengkapnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 33, menunaikan rukun Islam kelima itu merupakan impian terbesarnya.


Foto: IG

“Insya-Allah perancangan tahun depan lebih kepada luar lakonan. Terdapat beberapa perkara yang perlu saya selesaikan dahulu, salah satunya yang paling besar sekali bagi saya pada tahun depan adalah untuk menunaikan haji,” kata Saharul.

Pendedahan tersebut dibuat Saharul ketika sesi sidang akhbar drama Mr Bibik yang berlangsung secara virtual sebentar tadi.


Dalam pada itu, Saharul yang sudah lapan tahun bergelar seorang pelakon sedar bahawa jangka hayatnya sebagai hero drama tidak akan kekal lama.



Selain kemunculan ramai pelakon baharu, faktor usianya juga bakal menjadi kekangan untuknya kekal diposisi hero.


“Jangka hayat seorang hero memang tidak akan lama. Sekarang saya sudah berusia 33 tahun berapa tahun sahaja lagi saya boleh memegang watak hero. Usia tidak akan menunggu saya, nanti muka juga berubah.

“Hakikatnya, watak hero di Malaysia memang ada hadnya. Tiada orang tua jadi hero di Malaysia,” ujar Saharul jujur.




Sedar akan hakikat tersebut, pelakon yang popular dengan drama Love You Mr. Arrogant itu sedang giat melakukan persediaan sebagai jaminan masa depan dengan melebarkan empayar perniagaannya.

Sehubungan itu, Saharul bakal membuka sebuah perniagaan francais yang akan diusahakan bersama pengacara dan pelawak popular Nabil Ahmad.



“Banyak peluang perniagaan yang datang. Saya akan membuat perniagaan francais bersama dengan Nabil Ahmad, kami akan membuka sebuah kedai burger di Damansara, Selangor tahun depan,” kongsi Saharul.

Sementara itu dalam drama Mr Bibik lakonannya bersama pelakon Zara Zya dan Raja Afiq telah mula ditayangkan pada 29 Oktober lalu setiap Isnin sehingga Jumaat pada pukul 7 malam di slot Akasia, TV3. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Masukkeluar 3-11-2021 12:48 PM
Edited by Masukkeluar at 3-11-2021 12:50 PM

harap saharul terus stop belakon jadi hero akasia pegang pegang berlapik tenung mata heroin.
tak sesuai dgn title tabligh dan haji.

Quote Normabaru 3-11-2021 01:45 PM
Edited by Normabaru at 3-11-2021 03:48 PM

Dok minta org doakan je.. Ko ada doakan org lain x..
Ni antara pelakon acah nk akhirat tp dunia masih xblh lepas..
Dah tau hukum still syg...

Kata cinta Allah dan rasul tp dok ulit diri dgn syubhah maksiat.. bg makan ank bini gitu pastu minta org doakan saya ye.. doakan fmly sy ye..mohtep?

Pdhl ghisau jatuh miskin..
Quote akies 3-11-2021 02:23 PM
Baiklah saharul.
Quote missyL 3-11-2021 02:56 PM
Comey2 ank die.
Yg kecik tu comey nye
Quote dudaberhias 3-11-2021 02:59 PM
ok baik semoga di permudahkan urusan...
kami doakan untuk awak yer... kalau nak minta mati kat sana macam si sejadah pun kami boleh doakan dan aminkan... dah itu yang si sejadah mintak kan... kita doakan ajerrrr
Quote dudaberhias 3-11-2021 03:01 PM
Masukkeluar replied at 3-11-2021 12:48 PM
harap saharul terus stop belakon jadi hero akasia pegang pegang berlapik tenung mata heroin.
tak ses ...

khennn kaka... kalau boleh bersara terus dari berlakon pun takpe...
lagipun heolsss dah kahwin plus kepam dan busukkkk... dah tak sesuai berlakon jadi hero dan hanya mencacatkan TV...

sooo elok la terjunam jah ke dalam lautan dan tak muncul2 lagi...
Quote mesmerize 3-11-2021 07:11 PM
hensem ya SR ni dalam cite Mr Bibik pukul 7pm tv3 tu.. nampak makin muda walau anak makin berderet.. ke ni citer lama?
Quote kucim 3-11-2021 11:51 PM
Edited by kucim at 3-11-2021 11:53 PM

Biasalah artis..selalu gunakan ugama utk tampak diri mula hijrah..tp maseh kekal dlm industri lagha nan syubhah bermaksiat...
Kalau betul cinta allah dan rasul..kena tinggalkan dunia seni ni..cr kerja lain yg betul2 bersih...aku tak kata kat SR ni..bNyak lagi artis lain yg konon hijrah tp maseh menyanyi lagu2 cinta mendayu2 mengajak hati manusia ke arah lalai ...itu semua palsu...masih lagi mengharap pemujaan manusia

Peringatan utk diri sendiri jua
Quote Kancilkering 4-11-2021 06:11 AM
mesmerize: hensem ya SR ni dalam cite Mr  ...

ada lah doa doa dia amalkan tu…..

tapi sore dia still monotonous jeh….cam drama dia ngan hanna delisha n amira rosli
Quote Bumbu 4-11-2021 06:27 AM
Aku perati je artis2 yg join tabligh ni. Asal join tabligh je mesti nmpak kepam busuk. Knp eh?
Quote nakkomenjugak 4-11-2021 10:16 AM
“Hakikatnya, watak hero di Malaysia memang ada hadnya. Tiada orang tua jadi hero di Malaysia,” ujar Saharul jujur.

Tanya tok Danish aka Rosyam nor

Anywayyyy, bolehhh lerrr ngikut jejak arwah azmil. Nak peluk agama sepenuhnya, tinggalkan donya laghoo penuh hiburan semata
Quote ReginaGeorge 4-11-2021 08:31 PM
Yang penting bukan hangat tahik ayam. Dapat job, suit kepok2 mari.. Bid farewell to tabligh club. [em:18:]
Quote per706 4-11-2021 10:21 PM
Semoga istiqomah..peluang perniagaan makin byk tu..eloklaa,tgal kan trus bidang ni pon xpe.elok jugak cari punca laen yg lebih stabil.Allah "panggil" dlm pelbagai cra.cuma kita je sedar or x sedar...nk menuju pda Dia atau berpaling..semoga di lorongkan jalan ke arah kebaikan...
Quote yayah8989 5-11-2021 03:18 AM
Ok moga dimudahkan urusan
Quote kitmal 5-11-2021 06:35 AM
OKLAH TU.............
Quote jijilaaa 5-11-2021 05:02 PM
elok la tu buat bisnes lain, brlakon pun bukan laku sngat. lagipun dah ramai tak tgk tv. semua tgk social media je skang ni.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.276691 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top