Hun Haqeem, 23, tidak melihat dirinya akan mengikut jejak pelakon lain yang bertemu suri hati di lokasi penggambaran drama penerbit dan pengarah sensasi, Michael Ang.
Hun berkata, peluang dapat bekerja dalam produksi Michael yang baginya seorang individu bersikap terbuka adalah satu kelebihan besar untuk menimba ilmu serta pengalaman kerja di belakang tabir berbanding melihat jodoh. "Soal jodoh ini adalah ketentuan Tuhan dan saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Tapi, untuk mengulas soal peluang bekerja dengan Michael, saya selesa dengan sikap terbukanya.
"Dia (Michael) sedia memberi peluang kepada orang lain seperti saya bukan hanya berlakon saja tetapi berkongsi idea untuk 'screenplay' menerusi perbincangan pendapat bagi sesuatu babak. "Jadi, satu kelebihan besar buat saya untuk sentiasa berbincang dengannya sebelum masuk ke set penggambaran kerana semestinya gabungan idea dua otak lebih baik daripada satu," katanya kepada Harian Metro.
|
ReginaGeorge replied at 4-11-2021 08:41 PM
Nampak enak. Kpop sangat.. Tanak buat braces ke? Tengok bentuk muka bumi gigi dia, tak sampai kot 30 ...
Masukkeluar replied at 4-11-2021 09:29 PM
tp syggg..sedikit pendek hahahah
wirazam replied at 6-11-2021 09:43 AM
Tinggi dia brp?
wirazam replied at 6-11-2021 09:43 AM
Tinggi dia brp?
dudaberhias replied at 4-11-2021 11:35 PM
Herlokkknyaaa hun haqeem. Btw memang michael ang tu mulut hansuang pun tak dinafikan ramai retis sel ...
ADVERTISEMENT