CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3010|Reply: 18

"Sya Selesa,"- Hun Haqeem Seronok Bekerja Dengan Michael Ang

[Copy link]
Post time 3-11-2021 12:05 PM | Show all posts |Read mode
Hun Haqeem, 23, tidak melihat dirinya akan mengikut jejak pelakon lain yang bertemu suri hati di lokasi penggambaran drama penerbit dan pengarah sensasi, Michael Ang.


Hun berkata, peluang dapat bekerja dalam produksi Michael yang baginya seorang individu bersikap terbuka adalah satu kelebihan besar untuk menimba ilmu serta pengalaman kerja di belakang tabir berbanding melihat jodoh.




Foto: IG




"Soal jodoh ini adalah ketentuan Tuhan dan saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Tapi, untuk mengulas soal peluang bekerja dengan Michael, saya selesa dengan sikap terbukanya.


"Dia (Michael) sedia memberi peluang kepada orang lain seperti saya bukan hanya berlakon saja tetapi berkongsi idea untuk 'screenplay' menerusi perbincangan pendapat bagi sesuatu babak.


"Jadi, satu kelebihan besar buat saya untuk sentiasa berbincang dengannya sebelum masuk ke set penggambaran kerana semestinya gabungan idea dua otak lebih baik daripada satu," katanya kepada Harian Metro.




  



Terdahulu, Hun atau nama sebenarnya Haqeem Hermy ditanya pendapat jika dia turut bertemu jodoh di set penggambaran drama terbitan Michael seperti pelakon Kamal Adli dan pasangannya, Uqasha Senrose.


Hun yang baru beberapa tahun aktif berlakon juga ditanya sejauh mana dia yakin dengan lakonannya sekarang dan tidak mungkin mendapat jolokan pelakon 'kayu', katanya dia ambil positif.


  





"Alhamdulillah jika lakonan bertambah baik, saya amat bersyukur. Sebagai pelakon, tiada apa yang dimahukan kecuali memberi lakonan terbaik. Insya-Allah, saya akan cuba yang terbaik di setiap karya dibintangi," katanya.


Hun kini sibuk dengan penggambaran drama 20 episod iaitu Sihir sebagai pelakon utama bersama Kamal Adli. Ia sudah ditayangkan di Astro Ria mulai Isnin lalu jam 11 malam.




  



Hun ditemui media pada majlis sidang media virtual sempena drama berkenaan, baru-baru ini.


Selain Hun dan Kamal, Sihir turut dibintangi Zarul Umbrella, Farah Ahmad, Zaryn Min, Wan Elyas, Fiza Thomas dan ramai lagi.


Sihir mengisahkan dua beradik terpisah yang membesar bersama di rumah anak yatim ada keistimewaan 'deria keenam' dapat mengesan dan merawat pelbagai jenis sihir atau ilmu hitam. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2021 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Comelnyehhhh.. dapnyehhhh.. melimpah ruahnyehhhh... Ranum.. pekat likat.....

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2021 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak enak. Kpop sangat.. Tanak buat braces ke? Tengok bentuk muka bumi gigi dia, tak sampai kot 30 bulan. Baru perfect.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2021 09:01 PM | Show all posts
1. Boooooooo thread dah ade
Hun Haqeem seronok bekerja dengan Michael Ang

2. Sape Sya?
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2021 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlm kredit cerita sihir tu aku nmpak nama die as pengarah juga selain michael ang, kamal adli
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2021 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Umur 23 jangan lah dek nak kawen dek, enjoy life dek
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2021 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
ReginaGeorge replied at 4-11-2021 08:41 PM
Nampak enak. Kpop sangat.. Tanak buat braces ke? Tengok bentuk muka bumi gigi dia, tak sampai kot 30 ...

tp syggg..sedikit pendek hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2021 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Herlokkknyaaa hun haqeem. Btw memang michael ang tu mulut hansuang pun tak dinafikan ramai retis selesa dengan heols nak2 jejan herlokkk... Boleh heols buat geli2 agittewww
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2021 04:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi cerita sihir Tu watak Hun bukan Ada love interest pun. X sempat nak kenal2 , watak dah mati disihir [em:16:] paling rapat , dia boleh bercinta dgn Kamal. Dedua Ada video. [em:4:]
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2021 03:00 PM | Show all posts
ni mesti drama baru sihir tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2021 05:05 PM | Show all posts
sya selesa? jadah mana pulak sya ni? panggilan manja mummy mike kepada hanak hekan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2021 05:10 PM | Show all posts
ke sya tu merujuk kepada kakprik syarifah syahora? syarifah syahora selesa gituh? motip hun haqeem yang kena komen syarifah syahora selesa ke tak? syarifah syahora ada shooting babak panas ke dengan hun haqeem nak kena tahu sya selesa ke tak?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2021 08:09 PM | Show all posts
Eloknya dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2021 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Sya tu bukan ke saya?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2021 08:50 PM | Show all posts
Teringat burung terbang
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2021 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Masukkeluar replied at 4-11-2021 09:29 PM
tp syggg..sedikit pendek hahahah

Tinggi dia brp?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2021 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 6-11-2021 09:43 AM
Tinggi dia brp?

Iols rasa theyols maksudkan yg lain yg sedikit pendek tu...kalau iols la, iols maafkan je yg sedikit pendek tu sb tasty la mamat hun ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2021 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 6-11-2021 09:43 AM
Tinggi dia brp?

170++ je
pendek la utk sorg model haha
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2021 01:48 PM | Show all posts
dudaberhias replied at 4-11-2021 11:35 PM
Herlokkknyaaa hun haqeem. Btw memang michael ang tu mulut hansuang pun tak dinafikan ramai retis sel ...

bakalan next f a klu polish betul2..mike pandai spot rentis besar..fazura bamtah jahlop sume menyinar bwh heshe..
wpon cite level sampah tp heshe pandai gilap no doubt hehehe


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.757233 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list