CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tukang Cuci Jujur, Pulang Dompet Berisi RM10.4 Juta

2-11-2021 09:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2516| Komen: 11

Jakarta: Seorang tukang cuci di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di sini, menemukan dompet berisi cek bernilai 35.5 bilion rupiah (RM10.4 juta).

Lapor Kompas, petugas bernama Halimah, 36, menemui dompet itu ketika melakukan kerja pembersihan.

Wanita itu menemui dompet warna coklat yang didakwa milik seorang penumpang di Balai Pelepasan Terminal 2E di lapangan terbang itu.

Penyelia petugas pembersihan kemudiannya melaporkan penemuan itu kepada pegawai Keselamatan Penerbangan (Avsec) yang bertugas ketika itu.


Foto: Detiknews


Dompet itu kemudiannya diserahkan tanpa mengetahui jumlah wang yang berada di dalamnya.

Selepas pegawai Avsec melakukan pemeriksaan, mereka mendapati terdapat empat buku bank, sebuah pasport dan dua cek itu.

"Besar atau kecil nilai barang yang ditemui, ia bukan milik kami. Sudah jadi kewajipan bagi petugas di lapangan terbang melaporkannya," kata Halimah.

Kejujuran Halimah itu mendapat penghargaan dari PT Angkasa Pura Solusi yang menghargai kejujurannya.

Pemilik dompet itu menghubungi pusat panggilan lapangan terbang bagi menuntut barang hilang itu.

Sementara itu, Detiknews melaporkan, Halimah mengakui terkejut sebaik menemui dompet di kerusi menunggu penumpang. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ally9970 2-11-2021 09:26 AM
Aku ingatkan tadi cash, kalau cash tabik spring aku...
Ni cek, bukan boleh dia cash out pun...
Quote musangbodoh 2-11-2021 10:06 AM
heheeh..seb baik cek bukan cash...kan kan...kalo aku x ckp byk tros berenti keje
Quote Kurex 2-11-2021 12:15 PM
Penting ke cerita pasal indon?
Quote TOPwind 2-11-2021 12:43 PM
ally9970 replied at 2-11-2021 09:26 AM
Aku ingatkan tadi cash, kalau cash tabik spring aku...
Ni cek, bukan boleh dia cash out pun...

jujur? sbb bukan cash hahahahahahhahahahahahhahahahahahha
Quote Artemesiaa 2-11-2021 01:20 PM
Mujur yang jujur menjumpainya.  Kejadian macam ni kalau berlaku di negara2 di Asia Tenggara kalau hilang benda jarang dapat jumpa semula.
Quote limesherbet 2-11-2021 01:24 PM
patut la jujur...bukan cash
Quote tikusmontok 2-11-2021 02:34 PM
Kurex replied at 2-11-2021 12:15 PM
Penting ke cerita pasal indon?

Penting kot buat sorg reputz leluhur ndon
Quote CiliPadiSedap 2-11-2021 07:04 PM
ni airport kalau cash sekalipun confirm di catit malaikat raqib atib.
Quote darkness 2-11-2021 07:33 PM
Kurang2kan la cerita pasal indon ni. Lebih2 lagi yang cerita kurang enak dibaca. Contoh bini curang, bekas kekasih datang ke majlis nikah. Cerita low class dan tidak mendatangkan faedah langsung bila dibaca. Undang makian saja
Quote mejaputih 2-11-2021 07:54 PM
laaaa...ingat ke cash...
Quote nakkomenjugak 4-11-2021 02:52 PM
Ada tak dia bagi duit kat ko?

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.040961 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top