Mengambil contoh perkembangan industri kreatif Korea Selatan, penerbit dan pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof yakin Jawatankuasa Seni dan Budaya (ARCA) yang bakal dibentuk di bawah Kementerian Luar mampu memperkasakan produk seni tempatan ke peringkat antarabangsa.
Menurut Eizlan, 50, yang baharu sahaja dilantik sebagai Perunding Kreatif Kementerian Luar, dia berharap penggiat seni dapat memberi sokongan dalam usaha memperkasakan lagi industri ke peringkat lebih tinggi, sekaligus membawa nama Malaysia di mata dunia. "Apa yang dilakukan kementerian ini memberi banyak manfaat kepada industri seni dan kebudayaan negara. Ianya patut diraikan sebab julung kali kita dapat ruang dan peluang mengorak langkah ke peringkat antarabangsa, sebelum ini tak ada. Yang untung dan dapat manfaat pastinya penggiat seni.
"Kita ambil contoh seperti Korea, mereka dah menjengah dunia dengan pelbagai karya menarik, ini satu langkah baik yang dimulakan oleh kementerian untuk membantu menaikkan industri kita seperti di Korea, kerajaan mereka menyokong bakat yang mereka ada. "Apabila kita berjaya mengangkat seni dan budaya kita, secara tak langsung orang luar akan berminat untuk ke negara kita, ia akan memberi impak baik kepada Kementerian Pelancongan. Malah Kementerian Komunikasi juga akan menghasilkan lebih banyak konten menarik untuk tunjukkan keindahan negara serta mengangkat lagi seni budaya kita," katanya kepada mStar. Selain Eizlan, bekas bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Ahmad Idham Ahmad Nadzri turut dilantik memikul tanggungjawab di Kementerian Luar sebagai Setiausaha Kebudayaan.
|
Normabaru replied at 3-11-2021 10:11 AM
klu nk sembang pembaharuan n contoh lagi kaliber..
baik kasi kt trio kru tu..
TerataiMelur02 replied at 3-11-2021 12:25 PM
Setuju dengan cadangan kaka norm.
Eizlan ni pun mengarah filem pun tah pernah tah tidak.
Kalau deh ...
ADVERTISEMENT