CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1854|Reply: 11

Sedar Ada Penggiat Seni 'Berbunyi' Isu Jawatan, Eizlan Yusof Seru Contohi Indust

[Copy link]
Post time 2-11-2021 09:17 AM | Show all posts |Read mode
Mengambil contoh perkembangan industri kreatif Korea Selatan, penerbit dan pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof yakin Jawatankuasa Seni dan Budaya (ARCA) yang bakal dibentuk di bawah Kementerian Luar mampu memperkasakan produk seni tempatan ke peringkat antarabangsa.


Menurut Eizlan, 50, yang baharu sahaja dilantik sebagai Perunding Kreatif Kementerian Luar, dia berharap penggiat seni dapat memberi sokongan dalam usaha memperkasakan lagi industri ke peringkat lebih tinggi, sekaligus membawa nama Malaysia di mata dunia.


Foto: IG




"Apa yang dilakukan kementerian ini memberi banyak manfaat kepada industri seni dan kebudayaan negara. Ianya patut diraikan sebab julung kali kita dapat ruang dan peluang mengorak langkah ke peringkat antarabangsa, sebelum ini tak ada. Yang untung dan dapat manfaat pastinya penggiat seni.


"Kita ambil contoh seperti Korea, mereka dah menjengah dunia dengan pelbagai karya menarik, ini satu langkah baik yang dimulakan oleh kementerian untuk membantu menaikkan industri kita seperti di Korea, kerajaan mereka menyokong bakat yang mereka ada.


"Apabila kita berjaya mengangkat seni dan budaya kita, secara tak langsung orang luar akan berminat untuk ke negara kita, ia akan memberi impak baik kepada Kementerian Pelancongan. Malah Kementerian Komunikasi juga akan menghasilkan lebih banyak konten menarik untuk tunjukkan keindahan negara serta mengangkat lagi seni budaya kita," katanya kepada mStar.


Selain Eizlan, bekas bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Ahmad Idham Ahmad Nadzri turut dilantik memikul tanggungjawab di Kementerian Luar sebagai Setiausaha Kebudayaan.




  



Surat pelantikan mereka diserahkan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah pada Isnin.


Dalam pada itu Eizlan berkata penubuhan jawatankuasa itu nanti turut akan melibatkan golongan yang berpengalaman dalam bidang masing-masing.


"Alhamdulillah ini satu amanah yang besar untuk kemajuan industri. Saya akan membantu Ahmad Idham dan bekerjasama dalam satu pasukan membawa industri ke peringkat lebih tinggi... kita mahu mengetengahkan budaya negara kita ke luar dan akan bergerak lebih agresif selepas ini.


"Sudah sampai masanya filem, seni dan budaya kita ke peringkat antarabangsa. Sebelum ini ada yang bergerak sendiri, sepatutnya mereka mendapat sokongan daripada kementerian, sebab itulah kerajaan bersetuju mewujudkan jawatankuasa khas ini.


"InsyaAllah ARCA akan ditubuh dan akan ada pelantikan ahli jawatankuasa dalam kalangan pakar-pakar bidang ini, nama mereka akan diumumkan oleh menteri tidak lama lagi," katanya.




  



Menyedari akan ada pihak yang kurang senang dengan lantikan berkenaan, Eizlan berkata penubuhan jawatankuasa itu akan memberi banyak kelebihan dan kebaikan kepada industri terutamanya penggiat seni tanah air.


"Memang amanah ini berat tapi saya seronok menerima cabaran yang diberikan, jadi saya perlukan sokongan dan pandangan semua pihak... lebih banyak idea dan suara itu lebih baik.




  



"Jawantankuasa ini merangkumi semua industri seni dan budaya... selepas ini mereka yang bawa nama Malaysia ke luar negara akan dapat sokongan penuh kerajaan, barulah lebih formal dan terancang, secara tak langsung boleh beri impak positif kepada negara bergerak dalam satu pasukan.


"Itulah yang kita nak tunjukkan perpaduan dalam industri dan kerajaan tak melupakan industri kita ini. InsyaAllah selepas ini kita akan membantu orang-orang kita yang akan membawa bendera Malaysia ke peringkat antarabangsa, itulah yang diutarakan oleh menteri," katanya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2021 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye ke???  Tgk drama melay pun ak xlalu.... Bile makan x menghayati waktu mkn betol2 ...mase tuh la ko nk promosi mknn...perlancongan dan kraftangan malaysia. Ataupun sukan malaysia. Ini x.... Sibuk dgn bisnwsss trillion die tuh dgn megah holding.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2021 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkan takde calon sesuai kat ASWARA?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
So lepas ni drama melayu brekfes scene bukan makan roti planta ngan oren juice lagi la kan?



Nasi lemak paru
Nasi kerabu
Nasi dagang

And gi la shooting tempat cantik2 yg rare sikit.
Ni balik2 kedai makan,  tepi swimming pool,  dlm rumah,  laman rumah
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 06:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Kami tak nak megah holding papa kaya!

Kami nak drama marhaen untuk marhaen
Give us something to relate for
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Sibuk benar market obersea. Org msia pun x tgk hasil production tempatan. So ni lantikan pegawai direct pd Menteri la kan. Tarap2 peja pd pm dulu. Lepas ni dpt jd Menteri plak ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2021 10:07 AM | Show all posts
nk cth korea konon..

tp msia sume asal boleh
cmne nk samanya
sampah pon kau kutipppp


cth si benak rentas negeri tu..

tibaiunta berlambak dlm industri..

banteras hat tu dulu..puihhh
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 10:11 AM | Show all posts
klu nk sembang pembaharuan n contoh lagi kaliber..
baik kasi kt trio kru tu..

itu mmg otak business

aziz m osman ka..

xpon bagi kat shamsul

bapak dia xpyh la..otak xbkembang

ni mmg dh buktikan merit level dorg bagus..

ni amik mat degham dgn pak lan kaki kawen ni..ape je kelayakan dorg ?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2021 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Normabaru replied at 3-11-2021 10:11 AM
klu nk sembang pembaharuan n contoh lagi kaliber..
baik kasi kt trio kru tu..


Setuju dengan cadangan kaka norm.
Eizlan ni pun mengarah filem pun tah pernah tah tidak.
Kalau deham pulak cerita dia takde yang best. Paling hauk "pencuri hati Mr. cinderella"
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 10:30 AM | Show all posts
TerataiMelur02 replied at 3-11-2021 12:25 PM
Setuju dengan cadangan kaka norm.
Eizlan ni pun mengarah filem pun tah pernah tah tidak.
Kalau deh ...

bila bg kroni2 ni jawatan tanpa merit yang sebenar

duit rakyat dibazirkan atas nama 'penambahbaikan dan kajian'
hujung2 rakyat dpt TAHIKKKKK
Gajah putih
u name it!


Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 10:36 AM | Show all posts
lambertttt lagi nak mendunio mcm Korea...drama dorang pelbagai genre...ni balik2 kisah sama laki kaya jatuh cinta pompuan miskin ditentang keluarga dato sri datin sri...boring gile jalan citer...

lagi satu retis Korea mostly educated n agent dorang sgt involved dlm career dorang...ni dkt malaysia?aduii jauh lagiiii...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Izlan ni apa kelayakanya iye...aku rasa.cm.dia.ni bakat kurang...pengalaman pun hauk..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.046368 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list