CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Sengaja Potong Tali Keselamatan, Biar Tukang Cat Tergantung Di Tingkat 26

2-11-2021 08:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2834| Komen: 19

Description: Bangkok: Seorang wanita Thailand yang tinggal di kondominium bertindak memotong tali keselamatan dua tukang cat dan membiarkan mereka tergantung di tingkat 26 di luar bangunan.
Bangkok: Seorang wanita Thailand yang tinggal di kondominium bertindak memotong tali keselamatan dua tukang cat dan membiarkan mereka tergantung di tingkat 26 di luar bangunan.


Media tempatan melaporkan wanita itu menghadapi pertuduhan cubaan membunuh dan merosakkan harta benda.

Menurut Ketua Polis Pak Kret Kolonel Pongjak Preechakarunpong mengesahkan kejadian itu, tetapi tidak memperincikan motif suspek memotong tali keselamatan itu.


Foto: Agensi

Tetapi media Thailand melaporkan suspek kelihatan marah ketika melihat pekerja itu di luar biliknya.


Dia mendakwa tidak diberitahu tukang cat akan melakukan pengecatan secara berulang.

Bagaimanapun, pengurusan kondominium sudah menampal notis pengubahsuaian dan penyelenggaraan pada 12 Oktober.

Satu klip video di media sosial menunjukkan dua tukang cat meminta orang awam di tingkat 26 untuk membuka tingkap dan membiarkan mereka masuk.

Seorang tukang cat adalah warga Myanmar bernama Song.

Kepada media Thailand, Song mengaku dia dan rakannya turun dari tingkat 32 untuk memperbaiki keretakan pada bangunan.

Ketika tiba di tingkat 30, dia berasa talinya lebih berat.

Ketika melihat ke bawah, dia melihat seseorang di tingkat 21 membuka tingkap dan memotong talinya.

Dia cuba meminta bantuan daripada unit lain, tetapi tidak ada orang di dalam.

"Rakan ketiga terus menarik mereka daripada tingkat atas," kata Praphaiwan Setsing, individu yang menyelamatkan mereka.

Praphaiwan mengatakan suaminya melihat seorang tukang cat memberi isyarat minta tolong dan memanggilnya untuk berbicara dengan mereka.

"Insiden ini sangat mengejutkan dan seharusnya tidak terjadi sama sekali," katanya.

Pengurusan kondominium menemani tukang cat untuk melaporkan kejadian itu kepada polis.

Wanita berusia 34 tahun itu pada awalnya menyangkal dia bertanggungjawab dalam insiden itu, tetapi polis memperoleh bukti terdapat cap jari suspek di tali yang terputus.

Rabu lalu, wanita terbabit dan peguamnya muncul di pejabat polis dan selepas polis menunjukkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan bukti forensik, dia mengaku melakukannya, tetapi tiada niat untuk membunuh.

Wanita Thailand itu boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun jika terbukti bersalah atas tuduhan cubaan membunuh. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RinIna 2-11-2021 09:45 AM
Dah kenapa.. gila apa.. ??
Quote sarah82 2-11-2021 09:54 AM
Hanattt laa.. Nyawa manusia kot
Quote Thunderclouds 2-11-2021 09:59 AM
Takdak niat mbunuh tp saja nk pedajal org tu. Semantic.
Quote ais_kosong 2-11-2021 11:57 AM
Geram pula aku dengan makcik ni!! Boleh kata xda niat untuk membunuh!!
Mujur selamat semua pekerja tu.
Quote Artemesiaa 2-11-2021 12:04 PM
Mental betul atau perasan ingat orang nak ceroboh unitnya akibat banyak sangat layan netflix
Quote lasagna 2-11-2021 12:05 PM
gilaaa.. xde keje buat keje plak sengaja nk potong tali tu. apooooo...
Quote Aerhys 2-11-2021 12:51 PM
Kes golongan kayangan perasan I'm holier than thou and no regards to human lives whatsoever. "Who are you to step on my boundaries, you peasants" gitu. Semoga mendapat balasan yg setimpal kerana menganggap nyawa manusia itu tiada nilai.
Quote lurve82 2-11-2021 12:53 PM
Mohon gantung makcik tu jgk. Biar terkencing2 dia kat situ…
Quote raxief 2-11-2021 02:39 PM
sialnye perangai
Quote becir 2-11-2021 02:47 PM
Ni Karen Siam ni..apa gelaran sesuai agaknya..
Quote Babai 2-11-2021 02:50 PM
Hanat betul nyah thai tu.
Quote nononcrux 2-11-2021 02:55 PM
lokap je mental mcm ni, sengaja buat org terbunuh ke?
Quote kucim 2-11-2021 06:18 PM
Org siam memang jahat2...hati keras
Quote princessofhero 2-11-2021 06:24 PM
gila sial
Quote sambaldurian 2-11-2021 06:37 PM
angin pulak ak baca, jgn guna kad oku sudah la. mula2 x mengaku, pastu bila jumpa cap jari ada cctv mengaku pulak. harap x terlepas. dh la ignorant xnk baca notice psl ada cat2, klu risau org tu penjenayah pun. kunci je tingkap, ceiling door, tampal paper kt tingkap klu risau org tu skodeng. teringin nk tgk pmpuan tu. netz thai x hyperaktif ke selongkar muka.[em:10:] [em:10:]
Quote doubleharmonic 2-11-2021 07:55 PM
eh babi. ko pon nak join geng iron killer ke babi? dah elok2 302 tetiba tak lekat lepas tu jadi membunuh tanpa niat? babi lah kau
Quote edayildiz 2-11-2021 08:05 PM
meroyannn ke kak

Quote nakkomenjugak 4-11-2021 02:56 PM
Psiko nampak
Ko nak takkk pekerja tu buat camtu kat ko pulak?
Quote miss_white 4-11-2021 02:59 PM
Perasan org nk rogol dia la tu..

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-7-2024 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.055729 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top