View: 2200|Reply: 19
|
Wanita Sengaja Potong Tali Keselamatan, Biar Tukang Cat Tergantung Di Tingkat 26
[Copy link]
|
|
Bangkok: Seorang wanita Thailand yang tinggal di kondominium bertindak memotong tali keselamatan dua tukang cat dan membiarkan mereka tergantung di tingkat 26 di luar bangunan.
Media tempatan melaporkan wanita itu menghadapi pertuduhan cubaan membunuh dan merosakkan harta benda.
Menurut Ketua Polis Pak Kret Kolonel Pongjak Preechakarunpong mengesahkan kejadian itu, tetapi tidak memperincikan motif suspek memotong tali keselamatan itu.
Foto: Agensi
Tetapi media Thailand melaporkan suspek kelihatan marah ketika melihat pekerja itu di luar biliknya.
Dia mendakwa tidak diberitahu tukang cat akan melakukan pengecatan secara berulang.
Bagaimanapun, pengurusan kondominium sudah menampal notis pengubahsuaian dan penyelenggaraan pada 12 Oktober.
Satu klip video di media sosial menunjukkan dua tukang cat meminta orang awam di tingkat 26 untuk membuka tingkap dan membiarkan mereka masuk.
Seorang tukang cat adalah warga Myanmar bernama Song.
Kepada media Thailand, Song mengaku dia dan rakannya turun dari tingkat 32 untuk memperbaiki keretakan pada bangunan.
Ketika tiba di tingkat 30, dia berasa talinya lebih berat.
Ketika melihat ke bawah, dia melihat seseorang di tingkat 21 membuka tingkap dan memotong talinya.
Dia cuba meminta bantuan daripada unit lain, tetapi tidak ada orang di dalam.
"Rakan ketiga terus menarik mereka daripada tingkat atas," kata Praphaiwan Setsing, individu yang menyelamatkan mereka.
Praphaiwan mengatakan suaminya melihat seorang tukang cat memberi isyarat minta tolong dan memanggilnya untuk berbicara dengan mereka.
"Insiden ini sangat mengejutkan dan seharusnya tidak terjadi sama sekali," katanya.
Pengurusan kondominium menemani tukang cat untuk melaporkan kejadian itu kepada polis.
Wanita berusia 34 tahun itu pada awalnya menyangkal dia bertanggungjawab dalam insiden itu, tetapi polis memperoleh bukti terdapat cap jari suspek di tali yang terputus.
Rabu lalu, wanita terbabit dan peguamnya muncul di pejabat polis dan selepas polis menunjukkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan bukti forensik, dia mengaku melakukannya, tetapi tiada niat untuk membunuh.
Wanita Thailand itu boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun jika terbukti bersalah atas tuduhan cubaan membunuh. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kenapa.. gila apa.. ?? |
|
|
|
|
|
|
|
Hanattt laa.. Nyawa manusia kot |
|
|
|
|
|
|
|
Takdak niat mbunuh tp saja nk pedajal org tu. Semantic. |
|
|
|
|
|
|
|
Geram pula aku dengan makcik ni!! Boleh kata xda niat untuk membunuh!!
Mujur selamat semua pekerja tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Mental betul atau perasan ingat orang nak ceroboh unitnya akibat banyak sangat layan netflix |
|
|
|
|
|
|
|
gilaaa.. xde keje buat keje plak sengaja nk potong tali tu. apooooo... |
|
|
|
|
|
|
|
Kes golongan kayangan perasan I'm holier than thou and no regards to human lives whatsoever. "Who are you to step on my boundaries, you peasants" gitu. Semoga mendapat balasan yg setimpal kerana menganggap nyawa manusia itu tiada nilai. |
|
|
|
|
|
|
|
Mohon gantung makcik tu jgk. Biar terkencing2 dia kat situ… |
|
|
|
|
|
|
|
Ni Karen Siam ni..apa gelaran sesuai agaknya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hanat betul nyah thai tu. |
|
|
|
|
|
|
|
lokap je mental mcm ni, sengaja buat org terbunuh ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Org siam memang jahat2...hati keras |
|
|
|
|
|
|
|
angin pulak ak baca, jgn guna kad oku sudah la. mula2 x mengaku, pastu bila jumpa cap jari ada cctv mengaku pulak. harap x terlepas. dh la ignorant xnk baca notice psl ada cat2, klu risau org tu penjenayah pun. kunci je tingkap, ceiling door, tampal paper kt tingkap klu risau org tu skodeng. teringin nk tgk pmpuan tu. netz thai x hyperaktif ke selongkar muka.[em:10:] [em:10:] |
|
|
|
|
|
|
|
eh babi. ko pon nak join geng iron killer ke babi? dah elok2 302 tetiba tak lekat lepas tu jadi membunuh tanpa niat? babi lah kau |
|
|
|
|
|
|
|
meroyannn ke kak
|
|
|
|
|
|
|
|
Psiko nampak
Ko nak takkk pekerja tu buat camtu kat ko pulak? |
|
|
|
|
|
|
|
Perasan org nk rogol dia la tu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|