CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Suara Saya Ketika Live Dan Rakaman Tak Jauh Beza Pun,"- Iqbal Zulkefli Nak Masuk AJL

1-11-2021 09:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6228| Komen: 52

Belum sempat single pertama diperdengarkan kepada umum, usahawan yang kini bergelar penyanyi iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli sudah memasang angan-angan untuk beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).


Ujar Iqbal, 27, taruhannya menerusi lagu Hujan selain paduan vokal yang baik mampu untuk bersaing di pentas berprestij itu.


Foto: IG

"Sekiranya ada rezeki untuk ke AJL saya okay je. Tidak la rasa tergugat sangat sebab suara saya ketika menyanyi live dan rakaman tak jauh beza pun.

"Tapi semestinya kena ada persediaan yang rapi, saya perlu lebih banyak latihan kalau ada rezeki ke AJL nanti.


"Saya sedar diri dan saya tidak la mahu berlagak, tapi kalau ada rezeki ke AJL apa salahnya. Namun saya tetap hormat orang lama dan akui saya masih belajar," katanya kepada mStar.



Video muzik (MV) lagu Hujan ciptaan Eriq Fuzi daripada kumpulan Floor 88 bakal dilancarkan menerusi saluran YouTube Rusa Music pada petang Isnin.

Idea menghasilkan lagu yang mengisahkan tentang perjalanan kisah peribadinya itu muncul selepas hubungan cintanya bersama jutawan kosmetik Datuk Seri Vida berakhir dengan perpisahan.

Bercerita lanjut tentang debut pertamanya itu, Iqbal akui berdebar-debar menanti reaksi orang ramai.

Namun katanya dia berpuas hati dengan hasil dan pencapaiannya setakat ini.



"Perasaan berdebar bercampur dengan teruja. Banyak persoalan timbul dalam fikiran saya... risau jika ada cemuhan dan makian.

"Perkara ini baru bagi saya, saya tak tahu apa komen dan reaksi orang industri terhadap saya.

"Kadang-kadang pula saya rasa nak balas dendam, nak buktikan saya boleh buat yang terbaik dan bukan drama semata-mata," katanya lagi.

Tambah Iqbal dia berharap pendengar memberi peluang untuknya menghiasi dunia seni dengan bakatnya selain mahu menjadikan lagu ini sebagai coretan perjalanan hidupnya.




Terang Iqbal, pemilihan judul lagu tersebut juga memberikan gambaran tentang apa yang pernah dialaminya suatu ketika dulu.

"Lagu ni berdasarkan pengalaman hidup saya. Saya pernah dihalau diberhentikan kerja pada waktu hujan. Saya di buang tanpa pertimbangan.

"Netizen boleh nilai sendiri sama ada ini adalah marketing produk saya atau tidak," ujarnya. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missmeornot 1-11-2021 09:48 AM
iqbal and alep sukri lepas ni buat lagu duet k. dua2 punya kompiden level ni lepas langit ketujuh. cara marketing pun dah sama
Quote KamikuP 1-11-2021 10:11 AM
Euwww sampahnya tak sanggup nak klik mana2 platform nak tengok jantan ni nyanyi.. yichhh sgt
Quote Pujangga22 1-11-2021 10:16 AM
igtkan sajat,vida n alip syukri dah pupus...ada lagi makhluk baru muncul
Quote mamajawie 1-11-2021 11:10 AM
gambar kena ikat tu da macam lembu nak kena korban..da gundu da ko yachhh



Quote makton 1-11-2021 11:20 AM
masalahnya suara kau bila bercakap pun tak sedap dekbal oiii..
terkemut2 control acah2 macho
Quote mrsLucky 1-11-2021 11:21 AM
Tak sanggup tengok. His everything so cringe
Quote ayukpingu 1-11-2021 12:24 PM
tak sabar aku nak kutuk..tunggu lagu tu release la dulu ..
Quote aechae 1-11-2021 01:59 PM
princessmiang replied at 1-11-2021 09:49 AM
disebabkan incess menyampah dengan benang2 sampah yang dibuka oleh wartawan cari dan seangkatan ...

Great posting
Quote Normabaru 1-11-2021 02:12 PM
Edited by Normabaru at 1-11-2021 04:37 PM

yang teaser tu sebijik giant dlm cite doraemon...hahaha
muram sebab kena pecat time hujan tu jela modal kauuuuu

mesti tunggu hujan hr tu sbb xde modal nk panggil bomba siram air..tu yang jadi 24jam utk 5-10 saat scene.hahaha

Quote imanjannah 1-11-2021 02:15 PM
bakpe dok jadi pelakon je
Quote laksmanabentan 1-11-2021 02:52 PM
Normabaru replied at 1-11-2021 02:12 PM
yang teaser tu sebijik giant dlm cite doraemon...hahaha
muram sebab kena pecat time hujan tu jela mo ...

confident tinggi tu.... dengan baju nipis camtu....
perhhhh... lemak2 timbul...
Quote epal_putih 1-11-2021 02:58 PM
dah cam perangai tok alip ba ta sa jin ha dah
apolaaa
marketing pah keceroh
Quote Perawankota 1-11-2021 03:18 PM
Semalam aku tgk all together now, ada sorg lelaki tu yg p pusingan sing off tu.. Time bercakap dgn menyanyi lain woo.. Tapi aku tgk si kebal ni.. Aishh.. Malas lah nak ckp..
Quote Normabaru 1-11-2021 03:22 PM
laksmanabentan replied at 1-11-2021 04:52 PM
confident tinggi tu.... dengan baju nipis camtu....
perhhhh... lemak2 timbul...

gambar bertali tu dia nk bt ala2 nsync yang lagu bye3 tu..masalahnya org tu kurus..ko?
Quote chekacheku 1-11-2021 03:23 PM
Napela blh membiak spesis xukur bdn sdiri ni..
Quote akuchenta 1-11-2021 03:33 PM
Konfiden dia mmg tahap paling tinggi

Infinity!
Quote NFBZCantik 1-11-2021 03:34 PM
tak sabo nak tunggu
Quote akuchenta 1-11-2021 03:36 PM
Post kebal baca boleh, percaya jangan!


Yang boleh puji, bahasa ig kebal lebih teratur drpd cekgu tu

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.042803 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top