Rita Rudaini menerusi Instastorynya hari ini berkongsi tangkap layar komen seorang netizen dipercayai seorang yang menggalakkan supaya anak murid memulaukan rakan sekelas yang masih belum divaksin.
"Ejek sekali biar dia malu. Terangkan ini bukan diskriminasi. Pilihan dia tak nak vaksin, jadi kita ada hak nak kecam dia. "Kalau ditimpa musibah di luar, pastikan dah vaksin baru kita terima. Kalau tak, jangan terima apa-apa bantuan. Baru selaras dengan ajaran agama," komen netizen berkenaan. Ekoran itu, pelakon berkenaan menganggap komen tersebut sebagai ajaran sesat.
"Memang terhitam dan tersesat." Dalam masa sama, dia turut menyuarakan rasa simpati terhadap golongan yang sudah menerima dos lengkap vaksin, namun sistem MySejahtera mengubah statusnya menjadi 'Not Vaccinated'. Bagaimanapun, reaksinya kelihatan seolah-olah satu sindiran. "Apa kejam sangat ni? Kesian kat yang sudah divaksin. Ingat mereka tak sakit ke tahan bahu, lepas tu demam. Ada yang dapat kesan sampingan. "Apa ni? Tak adil tau untuk mereka. Sudahnya jadi Not Vaccinated," tulisnya. Malah, dia juga mempersoalkan tarikh luput vaksin yang diterima. Macam roti, katanya. - CARI
|
codenamedream replied at 31-10-2021 07:40 PM
Obat mmg lah ada tarikh luput.
Tarikh luput ritrud pun dah 10 tahun lepas. Tapi degil tak nak dilup ...
mojarean_X replied at 31-10-2021 08:36 PM
We love you Rita. Continue your fight for all of us yg x mampu menentang atau bersuara. Use your pas ...
codenamedream replied at 31-10-2021 07:40 PM
Obat mmg lah ada tarikh luput.
Tarikh luput ritrud pun dah 10 tahun lepas. Tapi degil tak nak dilup ...
asfaz replied at 31-10-2021 08:47 PM
Kau je la love rr tu.
ADVERTISEMENT