Rita Rudaini menerusi Instastorynya hari ini berkongsi tangkap layar komen seorang netizen dipercayai seorang yang menggalakkan supaya anak murid memulaukan rakan sekelas yang masih belum divaksin.
Kredit foto: IG
"Ejek sekali biar dia malu. Terangkan ini bukan diskriminasi. Pilihan dia tak nak vaksin, jadi kita ada hak nak kecam dia.
"Kalau ditimpa musibah di luar, pastikan dah vaksin baru kita terima. Kalau tak, jangan terima apa-apa bantuan. Baru selaras dengan ajaran agama," komen netizen berkenaan.
Ekoran itu, pelakon berkenaan menganggap komen tersebut sebagai ajaran sesat.
"Memang terhitam dan tersesat."
Kredit foto: IG
Dalam masa sama, dia turut menyuarakan rasa simpati terhadap golongan yang sudah menerima dos lengkap vaksin, namun sistem MySejahtera mengubah statusnya menjadi 'Not Vaccinated'.
Bagaimanapun, reaksinya kelihatan seolah-olah satu sindiran.
"Apa kejam sangat ni? Kesian kat yang sudah divaksin. Ingat mereka tak sakit ke tahan bahu, lepas tu demam. Ada yang dapat kesan sampingan.
"Apa ni? Tak adil tau untuk mereka. Sudahnya jadi Not Vaccinated," tulisnya.
Kredit foto: IG
Malah, dia juga mempersoalkan tarikh luput vaksin yang diterima.
Kredit foto: IG
Macam roti, katanya. - CARI |