Iman Troye berjaya meraih 4X Platinum bersamaan RM1 juta membabitkan 'talent management revenue' termasuk persembahan dalam lagu Teman dan Pejam Celik Hari Raya.
Iman, 19, atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin berkata, dia bagaimanapun menolak tanggapan orang ramai mengatakan sudah bergelar jutawan atas apa yang dicapai itu. "Kalau orang anggap saya jutawan berdasarkan jumlah pendapatan itu, bagi saya tidak. Apa yang saya nak utamakan dalam industri ini bukan pendapatan. Tapi, saya nak lebih fokus dan kukuhkan nama dalam industri. "Kalau diikutkan saya masih merangkak lagi. Sebolehnya, saya nak orang pandang saya berlari pula selepas ini. Malah, banyak lagi yang saya kena terokai. Sejujurnya, saya takut apabila berada pada tahap sekarang, sebab tak tahu lagi apa pandangan orang sebenarnya terhadap saya.
"Betul saya ada banyak buat silap. Memang manusia buat silap. Tapi, saya buat terbaik untuk belajar daripada kesilapan dan menjadikan ia lebih baik," katanya yang ditemui pada Majlis Pelancaran 2 Juta Bangkit Belajar dan Lagu Nang, semalam.
|
miss_perfect replied at 29-10-2021 10:48 AM
Nama dia ni nak sebut cemana eh? Troy? Tro-yer? Troyé?
ADVERTISEMENT