Anak bongsu Allahyarham Mamat Khalid dikenali Ann Khalid menerima perkhabaran duka mengenai pemergian bapanya menerusi platform media sosial, Sabtu lalu.
Isteri Allahyarham, Hasmah Hassan berkata, anak bongsunya yang mesra dengan panggilan Baby itu kini belajar di luar negara serta masih memerlukan ruang dan masa kerana tidak dapat pulang berjumpa bapanya buat kali terakhir. "Baby paling berduka dan terkesan kerana tidak dapat pulang berjumpa arwah buat kali terakhir. Malah, dia juga tahu papanya sudah tiada menerusi media sosial. Teknologi ketika ini terlalu pantas, apatah lagi media sosial. "Semuanya berlaku sekelip mata dan terlalu pantas, kami di sini belum sempat untuk memaklumkan kepada Baby kerana menguruskan Abang (Mamat Khalid). "Itu yang membuatkan dia terlalu ralat dan masih memerlukan ruang dan sedikit masa. Baby juga merancang untuk pulang menziarahi pusara, namun dalam proses untuk menguruskan semuanya.
"Arwah menyimpan segunung harapan buat Baby, jadi walau apa pun terjadi dia perlu untuk meneruskan impian Abang," katanya kepada Harian Metro. Ann atau nama sebenarnya Nur Hassanah Mohamad kini melanjutkan pelajaran dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Perniagaan, Universiti Of East Anglia, Norwich, England. Terdahulu, pengarah tersohor itu rebah selepas bermain keyboard di kafe miliknya Sarang Art Hub, Tanjung Malim dan menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung dalam perjalanan ke Hospital Slim River, Perak, jam 12.30 tengah Sabtu lalu. Allahyarham mendirikan rumah tangga dengan Hasmah Hassan pada 12 April 1987. Pasangan itu dikurniakan lima cahaya mata iaitu Mohd Khalid Zaffa, Nor Sara, Mohd Khalid Adam, Mohd Khalid Amen dan Nur Hassanah. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Baby paling berduka dan terkesan kerana tidak dapat pulang berjumpa arwah buat kali terakhir. Malah, dia juga tahu papanya sudah tiada menerusi media sosial. Teknologi ketika ini terlalu pantas, apatah lagi media sosial.
"Semuanya berlaku sekelip mata dan terlalu pantas, kami di sini belum sempat untuk memaklumkan kepada Baby kerana menguruskan Abang (Mamat Khalid).
ADVERTISEMENT