Sudah setahun program Big Stage 2020 berlalu tapi nampaknya gosip cinta penyanyi Nana Sheme dan Hafiz Zainal masih terus menjadi perbualan dalam kalangan peminat mereka di media sosial.
Mengakui lucu membaca mesej dan komen daripada peminat itu, Nana atau nama sebenarnya Nur Nabilah Hashimi, 26, menjelaskan hubungan mereka hanyalah sekadar kawan dan belum sampai ke tahap serius. "Sejujurnya kami semua peserta Big Stage masih berkawan sampai sekarang, hubungan masih lagi rapat walaupun program itu dah berakhir. "Kami semua tak lost contact lagi... selalu la berborak di media sosial. Sampai sekarang hubungan itu masih akrab sebagai kawan.
"Cuma bila baca mesej dan komen yang sama di media sosial terus tergelak besar. Bukan sahaja dijodohkan dengan Hafiz, ada juga pengikut yang ingat saya dengan Yamani Abdillah pun ada hubungan istimewa," katanya kepada mStar. Sebelum itu, menerusi Instagram penyanyi lagu Hantu Atau Buaya ini berkongsi paparan skrin mesej yang diterima daripada peminat yang mahukan kepastian mengenai hubungannya dengan doktor gigi tersebut. Dalam mesej berkenaan, pengikut mengharapkan ikatan hubungan mereka berakhir di jenjang pelamin. "Nak tanya sikit boleh? Nana dengan Doktor Hafiz bercinta ke? Apa salahnya kalau bercinta... macam Syamel dengan Ernie Zakri kahwin dah. Saya doakan korang cepat-cepat kahwin!" tulis pengikut berkenaan.
|
prince_marhaen replied at 28-10-2021 10:09 AM
budak-budak yang jenis fan-ship culture ni kadang-kadang merepek betul ye siap dm request-request la ...
ADVERTISEMENT