Jakarta: Pengunjung di Gunung Sanggabuana di Desa Mekarbuana di sini, melakukan ritual pelik dengan meninggalkan pakaian dalam di kawasan pergunungan itu untuk membuang nasib malang.
Aktiviti itu didedahkan Ketua Pelancongan dan Kebudayaan Daerah Kerawang, Yudi Yudiawan. Katanya, tindakan itu bukan saja jauh menyimpang daripada ajaran agama malah ia mengotorkan lokasi pelancongan berkenaan. "Gunung Sanggabuana adalah kawasan alam semula jadi yang perlu dijaga daripada dicemari.
"Kelestarian dan kebersihan kawasan itu adalah tanggungjawab bersama," katanya seperti dilaporkan Kompas.com. Tindakan pelik itu mendapat perhatian masyarakat selepas video mengenai aktiviti itu tular di laman sosial. Penduduk Desa Mekarbuana, Solihin berkata, ritual membuang pakaian dalam di pergunungan itu adalah kepercayaan untuk mengelak daripada nasib malang. Katanya, ia akan dilakukan pengunjung yang mengunjungi puncak gunung berkenaan. "Pengunjung yang datang memang disyaratkan untuk membuang pakaian dalam seperti seluar dalam atau baju dalam untuk membuang sial. "Itu sudah lama dilakukan masyarakat yang datang ziarah," katanya. Namun, dia berkata, ritual sedemikian bukan dilakukan masyarakat setempat tetapi pengunjung luar daerah itu. Katanya, setakat ini dianggarkan lebih 30 guni pakaian dalam yang ditinggalkan pengunjung dikumpulkan. -CARI Sumber: Harian Metro
|
stingerchubby replied at 27-10-2021 11:16 AM
Dari rajah...tak nampak undies or bras dari range victoria secrets yang aku gunakan...tapi lebih pad ...
musangbodoh replied at 27-10-2021 12:34 PM
cuba terangkan detail skit beserta gambar...jiran aku suh tanya
musangbodoh replied at 27-10-2021 12:34 PM
cuba terangkan detail skit beserta gambar...jiran aku suh tanya
stingerchubby: Dari rajah...tak nampak undies ...
ADVERTISEMENT