CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Counting Days,"-Reen Rahim Dah Dilamar?

26-10-2021 04:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5150| Komen: 26

Reen Rahim terus berteka-teki apabila meminta peminatnya bersabar sehingga minggu depan berhubung spekulasi bahawa dia telah dilamar seseorang yang berjaya menambat hatinya.


Reen berkata, dia menerima banyak pertanyaan daripada peminat sejak beberapa hari lalu selepas memuat naik gambar sebentuk cincin dalam Instagram miliknya.


Foto: IG

Katanya, ada peminat yang masih menghantar pesanan kepadanya untuk bertanya sama ada benar atau tidak dia telah dilamar seseorang.

“Saya akan jawab semua persoalan November nanti (minggu depan). Buat masa sekarang saya harap semua peminat dapat bersabar.


“Buat masa sekarang, biarlah saya mengunci mulut dahulu daripada memberi sebarang komen lanjut,” katanya.





Terdahulu, tindakan Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 33, me­ngundang persoalan dalam ka­la­ngan peminat selepas mene­rima sebentuk cincin daripada seseorang yang tidak dikenali.

Perkara tersebut membuat­kan ramai tertanya-tanya ada­kah juara pertandingan realiti Pilih Kasih musim ketiga itu dilamar insan istimewa yang berjaya menambat hatinya.



Sebelum ini, Reen pernah menjalin hubungan cinta jarak jauh dengan seorang jejaka yang dikenali sebagai Mr. AR sekitar tiga tahun lalu.

Rata-rata peminat dan rakan artis turut menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan agar urusan pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu dipermudahkan.




Tidak setakat itu, terdapat juga netizen yang mendakwa tindakan Reen tersebut sebagai satu gimik untuk projek seni dan perniagaan yang diusahakannya. -CARI

Sumber: Kosmo 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 26-10-2021 04:56 PM
Ingatkan soeb lamar.
Quote zie_indah 26-10-2021 06:24 PM
Kawin jela reen ... tahniah
Quote 3chanceno 26-10-2021 07:15 PM
Kalau tunggu minggu depan, minggu depan jela bukak benang

Dak kemut tu dah senyop je tak de dengar pasal bf atau dah tunang tapi tak kabor?
Quote hasniey 26-10-2021 07:26 PM
Tah2 nk keluar produk.artis malaysia biasanya mcmtu
Quote nellyberry 27-10-2021 08:50 AM
iols selalu confuse dia ni, ezzaty abdullah tu dgn risteena.
mcm lebih kurang iras je depa nih.
kalau belakon sesuai jadi adik beradik.
Quote KamikuP 27-10-2021 08:55 AM
Moga dipermudahkan urusan.. btw dia ni anak mami Penang kaa?
Quote wirazam 27-10-2021 09:25 AM
Makin cantik lak skrg
Quote makton 27-10-2021 09:35 AM
nellyberry replied at 27-10-2021 08:50 AM
iols selalu confuse dia ni, ezzaty abdullah tu dgn risteena.
mcm lebih kurang iras je depa nih.
kala ...

dulu i confuse reen rahim & remilah begum tu.sejak remilah dah berambus dr msia so i dah boleh bezakan antara dua ni
Quote NFBZCantik 27-10-2021 10:18 AM
dia ni lawo laaa
Quote nakkomenjugak 27-10-2021 01:47 PM
Beria2 peminat nak unfollow macam laaaa ko boleh dapat sheol
No money no looks no talk laaaaa
Quote vasepecah 27-10-2021 02:08 PM
diani berlakon menjadi kan  ... xkayu .... jahat best .... baik pun best .... lawak lagiiiii best
Quote SherryZass 27-10-2021 02:49 PM
cantik betul sheolls nih, suka tengok dia berlakon
Quote chandrahusin 27-10-2021 06:08 PM
aku plk dulu2 confuse dia dgn Puteri Aishah
lama2 tengok dia ni belakon bertiang lagi best
Quote missHaidiD 27-10-2021 06:13 PM
Dia berlakon best.muka pun lawa. Tp tak berapa naik sgt nama dia.
Quote misssakura 27-10-2021 06:23 PM
dia pndai berlakon minah ni n suara dia manja. comel je dengar.
Quote Pujangga22 27-10-2021 06:38 PM
chandrahusin replied at 27-10-2021 06:08 PM
aku plk dulu2 confuse dia dgn Puteri Aishah
lama2 tengok dia ni belakon bertiang lagi best

sm lah sy pun slalu terconfuse ia ni ngn putri aishah
Quote zuri154 27-10-2021 09:17 PM
Sape budak2 yg she slalu tunjuk kt insta? Siap panggil mommy
Quote 4cupcakes 28-10-2021 12:16 AM
zuri154 replied at 27-10-2021 09:17 PM
Sape budak2 yg she slalu tunjuk kt insta? Siap panggil mommy

Anak sedara dia rasanya
Quote bankerpencen 28-10-2021 12:43 AM
Tahniah la dikkkk. Selalu confuse dia dengan some other retis... semoga bahagia yachhh

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.046325 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top