CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gementar, Tak Yakin- Anak Mamat Khalid Tetap Sambung Projek Filem Tak Selesai

26-10-2021 04:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5406| Komen: 31

Kehilangan bapa tercinta Allahyarham Mamat Khalid semestinya menjadi tamparan hebat buat anak keempatnya, Mohd Khalid Amen.

Tidak mahu legasi ditinggalkan bapanya dalam bidang pengarahan berkubur, Amen, 25, nekad menyambung projek melibatkan arwah yang belum selesai.

Kata Amen, dia sangat bersyukur apabila arwah sedikit sebanyak mengajar dan memberi pendedahan kepadanya dalam bidang tersebut.


Foto: mStar Online

"InsyaAllah... saya akan teruskan apa yang dia usahakan sebab itu yang dia nak, itu yang dia nak sangat saya teruskan.


"Beberapa minggu sebelum pergi, dia minta saya untuk tolong jaga mama dan family. Dia juga banyak beri peluang kepada saya untuk mengarah," katanya kepada mStar.

Pada Isnin, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) berkata, bersedia untuk meneruskan projek naskhah akhir Allahyarham Mamat Khalid yang tidak sempat disempurnakan.

Berhubung perkara itu, Pengerusi Finas, Zakaria Abdul Hamid memberitahu pihaknya akan berbincang dengan ahli keluarga Allahyarham untuk menjalankan penggambaran filem epik bertajuk Pasir Salak Pasir Berdarah yang mana skrip filem itu sudah siap sepenuhnya pada 2017.

Biarpun berasa gementar dan tidak yakin, namun Amen berjanji untuk melakukan yang terbaik jika diberi peluang meneruskan projek berkenaan.


Foto: mStar

"Karya Pasir Salak Pasir Berdarah saya tak tahu boleh arah atau tidak sebab ini adalah projek besar, InsyaAllah kalau Tuhan izinkan saya akan sambungkan.

"Saya kena study dulu karya-karya papa dengan ilmu yang papa bagi.

Sementara itu, Amen mengakui pemergian bapanya menyuntik semangat untuk dia meneruskan kerjaya dalam bidang pengarahan.

Walaupun kehilangan guru yang hebat namun dia bersyukur masih ada orang yang boleh dirujuk dalam ilmu pengarahan.

"Alhamdulillah saya masih ada rakan-rakan papa yang boleh dirujuk dalam ilmu pengarahan seperti Aziz M.Osman dan Hassan Abdul Muthalib.

"Ramai kawan-kawan papa yang membantu dan selalu support dia. Saya yakin dalam mengarah kalau ada orang belakang bantu.

"Ya sudah tentu akan ada beza hasil tangan saya dengan papa. Tapi InsyaAllah saya akan terus belajar dan usaha," ujarnya.

Allahyarham Mamat Khalid atau nama sebenarnya, Mohamad Mohamad Khalid menghembuskan nafas terakhir di Hospital Slim River, Perak, kira-kira jam 12.30 tengah malam, 24 Oktober lalu.

Arwah meninggalkan seorang isteri, Hasmah Hassan dan lima orang anak iaitu tiga lelaki, Mohd Khalid Amen, Mohd Khalid Adam, Mohd Khalid Zaffa dan dua perempuan iaitu Sara dan Nurhassanah. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makneng 26-10-2021 04:49 PM
Budak ni ke dulu yg angkat senapang tembak zombie?
Quote KamikuP 26-10-2021 04:50 PM
Moga roh MK dicucuri rahmat. AAmin.
Moga anak arwah juga boleh mengarah spt bapanya.
Mewolss sedihh
Quote kucingitam 26-10-2021 04:59 PM
makneng replied at 26-10-2021 04:49 PM
Budak ni ke dulu yg angkat senapang tembak zombie?

hahah..baru nak tanya benda yang sama..

Quote johan-adx 26-10-2021 05:01 PM
makneng replied at 26-10-2021 04:49 PM
Budak ni ke dulu yg angkat senapang tembak zombie?

bukan...yg angkat senapang tu chubby2 sikit
Quote ezacbee 26-10-2021 05:04 PM
Dah beso lain muka.
Quote epal_putih 26-10-2021 05:05 PM
takpa cuba dulu... pasti boleh... insyaAllah
Quote awanysss 26-10-2021 05:06 PM
makneng replied at 26-10-2021 04:49 PM
Budak ni ke dulu yg angkat senapang tembak zombie?

rasanya memang dia..
selalu watak tiba2 ada, tp takde skrip haha
Quote Suchi 26-10-2021 05:20 PM
Edited by Suchi at 26-10-2021 05:24 PM
awanysss replied at 26-10-2021 05:06 PM
rasanya memang dia..
selalu watak tiba2 ada, tp takde skrip haha


Dia ngn abang dia Adam tu.
Adam tu yg selalu pegang senapang tu muke serius tu sampai skrg muka gitu.
Kan dialog lejen pak jabit
“Ishh Adam anak si mamat ni keje nak menembak je”

Tp Adam dah besor ni sambung belajo kulinari so dh jd chef nnt ada kot bulan puasa ada rancangan memasak yg ada mamat khalid n pelakon2 dia.

Amen ni bbnu lagi harap mampu la galas selalu dia jadi penyunting cite2 mamat khalid.
Abang dia yg sulung Zappa tu pun sama terlibat keje2 belakang tabir hat tu low profile susah nk nampak muka tp masa kecik dia paling helok.

Quote Suchi 26-10-2021 05:24 PM
ezacbee replied at 26-10-2021 05:04 PM
Dah beso lain muka.

Abang dia Adam tu yg suka menembak g tgk muka dia skrg sama je mcm masa kecik tu huhu Amen ni hat ngikut je abang dia kot.
Dia 2 beradik muka lebih kurang badan bolat2 masa kecik kan selalu ada jd watak bebudak dlm pilem mamat khalid.
Tak silap dlm man laksa jd adik2 si Chah tu.
Quote ezacbee 26-10-2021 05:46 PM
Suchi replied at 26-10-2021 05:24 PM
Abang dia Adam tu yg suka menembak g tgk muka dia skrg sama je mcm masa kecik tu huhu Amen ni hat  ...

Dalam man laksa, 2 org adik chah. Yg beso n kecik, ni kecik ke
Quote Suchi 26-10-2021 05:51 PM
ezacbee replied at 26-10-2021 05:46 PM
Dalam man laksa, 2 org adik chah. Yg beso n kecik, ni kecik ke

Ya yg kecik. Dia beza setahun je rasanya ngn
Adam tu.Mcm kembo kan dua org tu dulu bulat2 je tuanya rasa bila tgk dorang dh dewasa hahah
Quote hashashes 26-10-2021 05:56 PM
Lepas yasmin ahmad, now pergi dah lagi sorang pengarah yang aku minat
Quote ezacbee 26-10-2021 05:57 PM
Suchi replied at 26-10-2021 05:51 PM
Ya yg kecik. Dia beza setahun je rasanya ngn
Adam tu.Mcm kembo kan dua org tu dulu bulat2 je tuan ...
Suchi replied at 26-10-2021 05:24 PM
Abang dia Adam tu yg suka menembak g tgk muka dia skrg sama je mcm masa kecik tu huhu Amen ni hat  ...
Betul la yg kecik, dah beso lain muka. Masa kecik muka sama.

Quote cheezel 26-10-2021 05:59 PM
Nt dah xdela movie kelakar cmni. Yg ada nt cuma movie lawak tahap razak mohidin je
Quote ezacbee 26-10-2021 06:00 PM
hashashes replied at 26-10-2021 05:56 PM
Lepas yasmin ahmad, now pergi dah lagi sorang pengarah yang aku minat

Lepas Yasmin Ahmad, dah xbest iklan raya petronas n filem muhibah dia.
Lepas Mamat Khalid, dah xde filem/drama kampung style.



Quote Suchi 26-10-2021 06:06 PM
ezacbee replied at 26-10-2021 05:57 PM
Betul la yg kecik, dah beso lain muka. Masa kecik muka sama.

Ha kan masa kecik cam kembo,anak2 dia drpd kecik dh biasa ngn lokasi shooting. Pelakon2 dia pun kebanyakkan krew produksi dia gak tp diorang tu ok je berlakon.
Quote dudaberhias 26-10-2021 06:11 PM
Ada rupa juga anak dia bila kurus. Tapi awat la geng2 pakai tanjak ni suka buat rambut panjang lepastu kaler karat inai. Buruk dikkkkk, bukan tanjak tu buruk tapi korang tuuu rhopeerr tak seberapa tapi di burukkan lagi.. btw takziah kepada mamat khalid... Iols suka filem2 dia. Lawak dan jenaka dalam filem dia ni memang susah la nak dapat dekat filem lain. Memang hanya ada dalam sentuhan mamat khalid. Pelakon pun dia tak pilih calang2 orang.
Quote Nenasketum 26-10-2021 06:16 PM
Femli ni talented Insyallah, Lat tu aku kagum sesangat
Quote zie_indah 26-10-2021 06:28 PM
Abang abang..itula diolang arwah... Al-Fatihah

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.141951 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top