CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terlampau Mahal, Penduduk Lebanon Tak Mampu Beli Kereta Dan Petrol

26-10-2021 09:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3157| Komen: 29

Lebanon – Kadar import kereta di Lebanon merosot 70 peratus bagi tempoh dua tahun lepas dengan lebih ramai penduduk negara itu kini dilaporkan tidak berkemampuan untuk membeli kenderaan baharu, lapor saluran televisyen France24 baru-baru ini.


Kemorosotan mata wang tempatan sebanyak 90 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat dalam pasaran gelap memburukkan lagi keadaan.

Kejatuhan dalam rizab mata wang asing telah memaksa pihak berkuasa Lebanon untuk menilai semula subsidi terhadap import termasuk bahan api, sekali gus menyebabkan harga melonjak tinggi.


Foto: AFP

Menurut laporan, 20 liter minyak petrol kini bernilai kira-kira satu per tiga daripada gaji minimum penduduk Lebanon, dengan hampir 80 peratus populasi negara itu berada di bawah garis kemiskinan.

Sejak 2019, krisis kewangan terburuk yang berlaku di negara Asia Barat itu telah menjadikan minyak petrol sebagai sesuatu yang berada di luar kemampuan penduduk selain deretan panjang di stesen-stesen minyak menjadi situasi yang tidak mampu dibendung.

Disebabkan keadaan itu, kenderaan-kenderaan seperti tuk-tuk, basikal, bas dan aktiviti berkongsi kereta menjadi semakin popular di negara itu, di tengah-tengah usaha untuk mengubah sikap orang awam dan kos pengangkuran yang meningkat termasuk tambang teksi.

“Sebelum krisis ini berlaku, saya banyak menggunakan kereta milik keluarga atau teksi, namun kini semuanya menjadi mahal dan di luar kemampuan kami,” kata seorang penduduk, Grace Issa.

Satu-satunya pilihan wanita itu untuk pergi ke pejabat adalah menggunakan perkhidmatan bas oleh sebuah syarikat permulaan yang dikenali sebagai Hadeer.

“Kini, saya membelanjakan kira-kira 30 peratus daripada gaji untuk pengangkutan berbanding 70 peratus sebelum ini,” ujar Grace.

Buat masa ini, terdapat lebih dua juta kereta untuk enam juta penduduk di Lebanon. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 26-10-2021 10:01 AM
Harga bahan bakar sekarang memang mahal. Petrol sekarang £144.9 satu liter.

Saya masih ingat lagi bilama harga petrol hanya 89p satu liter dan di Malaysia hanya RM1.05 satu liter
Quote asamfish 26-10-2021 11:37 AM
78% Labanese hidup under poverty.
Quote pyropura 26-10-2021 11:39 AM
Lubnan ni macam M'sia, segala bende kena kuota bangsa/agama. Now melingkop haup. Kita bakal jadi lubnan lah kalau terus gini
Quote slavehunter 26-10-2021 11:52 AM
Kesian....ada parents hanya mampu suap anak mereka dengan Yogurt saja. Tak mampu.
Quote tripleid 26-10-2021 12:10 PM
Gini lah agaknya palestin kalau israel tu x ambik alih dulu..jadi sama je mcm negara2 jiran dia yg terbukti gagal dibawah pemerintahan bangsa ereb..
Quote sekianwan 22-12-2021 01:50 PM
Edited by sekianwan at 22-12-2021 04:39 PM

hrga bahan bkar minyak yg makin tinggi, ni sbb kenapa rmai org cam tak mampu nk ada kenderaan sendiri kan..
Quote fikaroz 22-12-2021 01:59 PM
Edited by fikaroz at 22-12-2021 04:40 PM
FOTHER-MUCKER replied at 26-10-2021 10:01 AM
Harga bahan bakar sekarang memang mahal. Petrol sekarang £144.9 satu liter.

Saya masih ingat lagi  ...

bahan bakar memang mahal x boleh nk cakap apa lah makin naik tahun makin mahal kan semua benda.
Quote carlover1234 22-12-2021 04:42 PM
sekianwan replied at 22-12-2021 01:50 PM
hrga bahan bkar minyak yg makin tinggi, ni sbb kenapa rmai org cam tak mampu nk ada kenderaan sendir ...

itu la, dkt msia pun org tak mampu nk berkenderaan jadi kena naik public transport..tp masalahnye public transport pun belum strategic n luas mcm jepun. stesen semua mostly kalau area kl pun jauh2 dari rumah, masih kena naik kereta nk reach mrt. kalau tunggu bas pun x konsistent timing, slalu lambat
Quote chevrole 22-12-2021 04:46 PM
carlover1234 replied at 22-12-2021 04:42 PM
itu la, dkt msia pun org tak mampu nk berkenderaan jadi kena naik public transport..tp masalahnye  ...

ni btol la..kalau dkt msia pun prob sbb nk beli kereta pulak mahal, naik public tak convenient pulak..kereta dh la kena bayar roadtax, maintenance, insurance..minyak lagi..

Quote scorpionkiki 22-12-2021 05:06 PM
FOTHER-MUCKER replied at 26-10-2021 10:01 AM
Harga bahan bakar sekarang memang mahal. Petrol sekarang £144.9 satu liter.

Saya masih ingat lagi  ...

£144.9 ker  £14.49 Fother?
Quote mojarean_X 22-12-2021 05:39 PM
Ya Allah, jauhkanlah Malaysia dari mengikut jejak langkah Lebanon.
Quote sekianwan 23-12-2021 09:38 AM
carlover1234 replied at 22-12-2021 04:42 PM
itu la, dkt msia pun org tak mampu nk berkenderaan jadi kena naik public transport..tp masalahnye  ...

nk naik lrt/ktm semua pun ambil masa lama jgak wlaupun boleh elak jamm.. dia klau timing public transport kita ni bagus dan laju mmg nice weh aku rse mesti lgi rami org suka gne public transport kann.. klau yg ada kreta plak skrg nk kne pk services, minyak tp klau pkai kenderaan sendiri plak jamm dah cam apa jalan raya wei..
Quote sekianwan 23-12-2021 09:41 AM
fikaroz replied at 22-12-2021 01:59 PM
bahan bakar memang mahal x boleh nk cakap apa lah makin naik tahun makin mahal kan semua benda.

sgt btul. pasal tu kne jge baik2 kreta klau ada jimaat pnggunaan minyak, kne slenggara kreta, check tayar angin apa semua.

Quote fikaroz 23-12-2021 10:18 AM
sekianwan replied at 23-12-2021 09:41 AM
sgt btul. pasal tu kne jge baik2 kreta klau ada jimaat pnggunaan minyak, kne slenggara kreta, chec ...

yang ni aku setuju. sbb benda macam ni pun actually effect jugak penggunaan minyak kereta, cnth klau tak service elok kereta pkai lah minyak hebat sekali pun takkan jimat punya klau tak service dgn baik. minyak hitam, pelincir tu kena check jugak yee. kereta pun boleh stress sbb klau guna bnyk minyak, tak jimat, mesti ada something wrong.

Quote cemlugar 23-12-2021 10:39 AM
chevrole replied at 22-12-2021 04:46 PM
ni btol la..kalau dkt msia pun prob sbb nk beli kereta pulak mahal, naik public tak convenient pul ...

minyak kne tngok mana yg ok lah kot nah? klau dak abih lah duit melayang cam ayaq

Quote chevrole 23-12-2021 10:57 PM
cemlugar replied at 23-12-2021 10:39 AM
minyak kne tngok mana yg ok lah kot nah? klau dak abih lah duit melayang cam ayaq

ofcoz, minyak memainkan peranan. kena pakai yg bersesuaian dgn jenis enjin jgk.. kalau tak makan minyak satu, cpt rosak pun lagi satu hal..
Quote carlover1234 23-12-2021 10:59 PM
sekianwan replied at 23-12-2021 09:38 AM
nk naik lrt/ktm semua pun ambil masa lama jgak wlaupun boleh elak jamm.. dia klau timing public tr ...

semua problem hahahah. ok je nk bwk kereta tp kena pandai saving, jaga elok2 kete tu..jam mmg takleh elak, naik public trans dgn kereta ada pros and cons tersendiri..personally aku prefer naik kereta la ofc, malas nk naik train kena tunggu lagi2 kalau peak hours kena berdiri. balik kerja dah barai, aku rela jam atleast boleh duduk
Quote Decaffeinated 23-12-2021 11:09 PM
scorpionkiki replied at 22-12-2021 05:06 PM
£144.9 ker  £14.49 Fother?

dia maksudkan 144.9 p kot (= £1.449)


Quote Shazid 24-12-2021 07:22 AM
Semoga Malaysia dijauhkan dari masalah mcm ni...perit!

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.053388 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top