Washington: Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) menyiarkan rakaman ‘suara menakutkan Marikh’ yang diperoleh dari dua mikrofon yang dipasang pada kapal angkasa lepas yang tiba di planet itu, sejak Februari lalu.
Lapor Daily Mail, mikrofon tersebut dipasang pada kenderaan penjelajah NASA, Perseverance. Kenderaan itu meneroka planet Marikh selama lapan bulan bagi mencari kemungkinan tanda-tanda kehidupan purba sambil mengambil gambar menakjubkan. Perseverance adalah pesawat pertama yang merakam suara di Marikh seperti mendengar bunyi angin dan memberikan maklumat lain tentang atmosfera.
Penyelidik dari L’Institut de Recherche en Astrophysique et Planétologie di Toulouse, Perancis memaklumkan hasil analisis rakaman suara Marikh terdapat ‘getaran bass yang kuat’. Rakaman suara itu membantu jurutera NASA memantau mesin, roda dan pengoperasian umum helikopter Perseverance dan Ingenuity. Selain itu, ia juga membantu ilmuan mengkaji perubahan atmosfera planet. NASA memaklumkan dua mikrofon itu berjaya merakam suara di planet Marikh selama lima jam. -CARI Sumber: Utusan Online
|
dani-rox replied at 22-10-2021 07:45 PM
Skip ke minit 3:26
kakikuDibibirmu replied at 22-10-2021 07:58 PM
Ingatkan dengar bunyi lagu Kylie Minogue sayup-sayup tadi
Udah rupa bunyi katil berden ...
gigahertz replied at 22-10-2021 11:11 AM
Jarak Marikh dengan bumi ni kira kira 7 bulan.
kereta elektrik , 5G internet , Robot , Ai
ni semua ...
dani-rox replied at 22-10-2021 07:45 PM
Skip ke minit 3:26
Belibis replied at 22-10-2021 08:14 PM
Caner kira jarak 7 bulan tu?? Jalan kaki atau naik ysuku??
Lagubestbest replied at 22-10-2021 09:26 PM
maybe kita akan dengar part ketuk2 tu je kot.. yg angin shoo bass tinggi bagai tu telinga kita tak m ...
angelofish replied at 23-10-2021 02:13 PM
tak jumpa lagi ke teknologi teleportation? boleh import air + CO2 yang berlebihan kat bumi ni pakai ...
dani-rox replied at 22-10-2021 08:03 PM
ai pun ragu2 jua nak tekan play. Trust issue hokeh lepas dia org selit lagu Kylie Minogue
b ...
angelofish replied at 23-10-2021 02:13 PM
tak jumpa lagi ke teknologi teleportation? boleh import air + CO2 yang berlebihan kat bumi ni pakai ...
ADVERTISEMENT