View: 3169|Reply: 48
|
Cari Tanda Kehidupan Purba, Berjaya Rakam Suara Menakutkan Di Marikh
[Copy link]
|
|
Washington: Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) menyiarkan rakaman ‘suara menakutkan Marikh’ yang diperoleh dari dua mikrofon yang dipasang pada kapal angkasa lepas yang tiba di planet itu, sejak Februari lalu.
Lapor Daily Mail, mikrofon tersebut dipasang pada kenderaan penjelajah NASA, Perseverance.
Kenderaan itu meneroka planet Marikh selama lapan bulan bagi mencari kemungkinan tanda-tanda kehidupan purba sambil mengambil gambar menakjubkan.
Foto: Daily Mail
Perseverance adalah pesawat pertama yang merakam suara di Marikh seperti mendengar bunyi angin dan memberikan maklumat lain tentang atmosfera.
Penyelidik dari L’Institut de Recherche en Astrophysique et Planétologie di Toulouse, Perancis memaklumkan hasil analisis rakaman suara Marikh terdapat ‘getaran bass yang kuat’.
Rakaman suara itu membantu jurutera NASA memantau mesin, roda dan pengoperasian umum helikopter Perseverance dan Ingenuity.
Selain itu, ia juga membantu ilmuan mengkaji perubahan atmosfera planet.
NASA memaklumkan dua mikrofon itu berjaya merakam suara di planet Marikh selama lima jam. -CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
Jarak Marikh dengan bumi ni kira kira 7 bulan.
kereta elektrik , 5G internet , Robot , Ai
ni semua akan di gunakan kat sana kelak. |
|
|
|
|
|
|
|
Sakan punya gila misi US kali ni... Ada dah seorang perempuan tengah training nak pi Marikh tahun 2033, dan dah tak kembali ke bumi |
|
|
|
|
|
|
|
Kat mana boleh dengar suara nie? Diorang share ke tak? |
|
|
|
|
|
|
|
ai pun ragu2 jua nak tekan play. Trust issue hokeh lepas dia org selit lagu Kylie Minogue
btw sekali dengar mcm alien Marikh tengah bertukang... entah2 stanby nak mulakan star wars dgn planet bumi.
|
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 22-10-2021 11:11 AM
Jarak Marikh dengan bumi ni kira kira 7 bulan.
kereta elektrik , 5G internet , Robot , Ai
ni semua ...
Caner kira jarak 7 bulan tu?? Jalan kaki atau naik ysuku?? |
|
|
|
|
|
|
|
mcm bunyi org main kertuk jah |
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 22-10-2021 07:45 PM
Skip ke minit 3:26
Mcm bunyi alu lesong padi ada la.....apa yg menakutkan? |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 22-10-2021 08:14 PM
Caner kira jarak 7 bulan tu?? Jalan kaki atau naik ysuku??
Merangkak kot? |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 22-10-2021 09:03 PM
Merangkak kot?
Tak ler jauh sangat.. |
|
|
|
|
|
|
|
maybe kita akan dengar part ketuk2 tu je kot.. yg angin shoo bass tinggi bagai tu telinga kita tak mampu dengar. ke silap? nabi penah share pasal bunyi angkasa bunyinya macam ketuk pintu tapi di'meh'kan orang ramai je, yg percaya bulat2 pulak tak dapat nak imagine pun sebab nabi tak bawak recorder pun masa israk mikraj. |
|
|
|
|
|
|
|
Info yang sangat menarik, semoga suatu hari nanti manusia akan datang dapat tinggal di sana ya |
|
|
|
|
|
|
|
Lagubestbest replied at 22-10-2021 09:26 PM
maybe kita akan dengar part ketuk2 tu je kot.. yg angin shoo bass tinggi bagai tu telinga kita tak m ...
First time dengar pasal nabi cerita pasal bunyi tu. |
|
|
|
|
|
|
|
tak jumpa lagi ke teknologi teleportation? boleh import air + CO2 yang berlebihan kat bumi ni pakai pintu gerbang je |
|
|
|
|
|
|
|
angelofish replied at 23-10-2021 02:13 PM
tak jumpa lagi ke teknologi teleportation? boleh import air + CO2 yang berlebihan kat bumi ni pakai ...
Doraemon belum siap lagi sis |
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 22-10-2021 08:03 PM
ai pun ragu2 jua nak tekan play. Trust issue hokeh lepas dia org selit lagu Kylie Minogue
b ...
I speku chinese companies dah start mining kat sana..
|
|
|
|
|
|
|
|
tang ni kena seru tanya Iblis. Dia je yang ada pengalaman naik ibadah sampai bawah arays Allah kemudian sekarang turun balik ke bumi. Nak tanya nabi Muhammad, baginda dah takde kat alam ni.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|