Pasir Salak: “Kalau hujan, saya tak boleh menoreh dan tak tahu nak bagi makan apa anak isteri”. Begitu keluhan seorang penoreh getah Orang Asli di Langkap dekat sini, Seman Chuon, 51, setiap kali hujan apabila tidak dapat mencari rezeki disebabkan pokok getah basah.
Menurutnya, itu antara kesukaran yang dihadapinya sebagai penoreh selain berdepan harga getah yang tidak pernah naik. Katanya, dengan harga getah sekerap hanya RM2.50 sekilogram, dia sering memikirkan apa yang hendak diberi makan anak isteri. “Saya mempunyai kebun getah seluas dua hektar namun dikongsi dengan lima beradik yang lain. “Harga getah beku RM2.80 sekilogram, getah kering RM3.60 sekilogram manakala harga getah susu RM3 sekilogram dan RM5 sekilogram. “Harga getah tidak banyak berubah sejak saya mula menoreh sembilan tahun lalu. Seperti tidak berbaloi lagi menoreh,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam. Setiap hari dia keluar dari rumah seawal pukul 5 pagi untuk menoreh dan selesai pada pukul 11 pagi, menghasilkan kira-kira 50 kilogram getah. Katanya, selama enam jam di kebun getah, setelah ditolak semua seperti kandungan air dalam getah dan hasilnya dibahagi sama rata dengan adik-beradik yang lain, dia cuma dapat kira-kira RM40 sahaja. “Cuma RM40, macam mana nak beri anak isteri makan. Kalau hujan, tak boleh menoreh, ini sudah tentu membimbangkan saya. “Sebagai penoreh, nasib kami tidak nampak ada perubahan. Harga getah sudah lama tak naik sedangkan kos hidup terus naik,” katanya. Sehubungan itu, Seman merayu kerajaan mengkaji jalan agar harga getah dinaikkan. Menurutnya, keadaan itu sudah berlarutan sejak sekian lama tanpa ada pembelaan untuk golongan sepertinya. “Sudah sembilan tahun harga getah tak naik, kehidupan kami semakin terhimpit. Untuk menambah pendapatan, kami menanam pokok kopi di celah-celah pokok getah,” katanya. Dia turut menyatakan kebimbangan kerana pokok getah di kebunnya semakin tua. -CARI Sumber: Utusan Online
|
Nenolen replied at 22-10-2021 10:00 AM
Bukan sepatutnyer sekarang harga getah naik sebb permintaan tinggi utk glove...pelik...
Prickford replied at 22-10-2021 11:53 AM
Kesian org mcm ni. Dia hanya pandai jaga pokok getah & menoreh. Kerajaan especially Menteri Pertania ...
Belibis replied at 22-10-2021 12:39 PM
Kapitalis tak sempat nak mikio nasib penoreh..yang ada difikiran,untung tahunan bilion2..
prettyuglybabe replied at 22-10-2021 01:18 PM
ada jugak tanah 2 hektar..
risda ada bagi bantuan jugak kan..
bantuan untuk tanam semula, bantuan te ...
jari10 replied at 22-10-2021 01:42 PM
Jugak bantuan2 JAKOA. Jabatan khusus utk mereka itu yg tidak diceritakan........ Org yg baca, dgr. ...
ADVERTISEMENT