View: 3256|Reply: 61
|
"Kalau Hujan Tak Tahu Nak Bagi Anak Isteri Makan Apa,"-9 Tahun, Harga
[Copy link]
|
|
Pasir Salak: “Kalau hujan, saya tak boleh menoreh dan tak tahu nak bagi makan apa anak isteri”.
Begitu keluhan seorang penoreh getah Orang Asli di Langkap dekat sini, Seman Chuon, 51, setiap kali hujan apabila tidak dapat mencari rezeki disebabkan pokok getah basah.
Menurutnya, itu antara kesukaran yang dihadapinya sebagai penoreh selain berdepan harga getah yang tidak pernah naik.
Katanya, dengan harga getah sekerap hanya RM2.50 sekilogram, dia sering memikirkan apa yang hendak diberi makan anak isteri.
Foto: Utusan Online
“Saya mempunyai kebun getah seluas dua hektar namun dikongsi dengan lima beradik yang lain.
“Harga getah beku RM2.80 sekilogram, getah kering RM3.60 sekilogram manakala harga getah susu RM3 sekilogram dan RM5 sekilogram.
“Harga getah tidak banyak berubah sejak saya mula menoreh sembilan tahun lalu. Seperti tidak berbaloi lagi menoreh,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.
Setiap hari dia keluar dari rumah seawal pukul 5 pagi untuk menoreh dan selesai pada pukul 11 pagi, menghasilkan kira-kira 50 kilogram getah.
Katanya, selama enam jam di kebun getah, setelah ditolak semua seperti kandungan air dalam getah dan hasilnya dibahagi sama rata dengan adik-beradik yang lain, dia cuma dapat kira-kira RM40 sahaja.
“Cuma RM40, macam mana nak beri anak isteri makan. Kalau hujan, tak boleh menoreh, ini sudah tentu membimbangkan saya.
“Sebagai penoreh, nasib kami tidak nampak ada perubahan. Harga getah sudah lama tak naik sedangkan kos hidup terus naik,” katanya.
Sehubungan itu, Seman merayu kerajaan mengkaji jalan agar harga getah dinaikkan.
Menurutnya, keadaan itu sudah berlarutan sejak sekian lama tanpa ada pembelaan untuk golongan sepertinya.
“Sudah sembilan tahun harga getah tak naik, kehidupan kami semakin terhimpit. Untuk menambah pendapatan, kami menanam pokok kopi di celah-celah pokok getah,” katanya.
Dia turut menyatakan kebimbangan kerana pokok getah di kebunnya semakin tua. -CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan sepatutnyer sekarang harga getah naik sebb permintaan tinggi utk glove...pelik... |
|
|
|
|
|
|
|
bersabar lah kita semua
menteri2 kita masih belum sudah berbagi jawatan
masalah marhaen mcm tak wujud |
|
|
|
|
|
|
|
Rindu pulak bau sekerap.... Hahahhaa
Hari tu ade tengok tiktok kat negara mana ntah vietnam kot depa dok letak penutup kat mangkuk taknak bagi air masuk. Lepas tu tak toreh pon, tapi cucuk tiub bagi keluar susu
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian org mcm ni. Dia hanya pandai jaga pokok getah & menoreh. Kerajaan especially Menteri Pertanian kena pandai melobi utk hasil2 mereka ni. Ini mcm korang aniaya pulak orang asli. Mentang2 dia orang bukan kerja opis mcm korang. Menteri pon takleh pakai! Yang banyak masuk poket korang, yg sikit hulur2 gitu je. |
|
|
|
|
|
|
|
MP Pasir Salak buat apa? tidur ke? tak reti2 nak tolong orang susah ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan patut beri lebih banyak bantuan kepada OA ni. Mereka adalah 'Bumiputera' yang sebenar! |
|
|
|
|
|
|
|
Menteri sibuk penuhkan poket sendiri skngg dengan berkerja untuk vaksin
Kesian pakcik ni
Adik beradik lain tu ada tolong tak
Kalau takda kau makan sorangla hasilnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nenolen replied at 22-10-2021 10:00 AM
Bukan sepatutnyer sekarang harga getah naik sebb permintaan tinggi utk glove...pelik...
Kapitalis tak sempat nak mikio nasib penoreh..yang ada difikiran,untung tahunan bilion2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Prickford replied at 22-10-2021 11:53 AM
Kesian org mcm ni. Dia hanya pandai jaga pokok getah & menoreh. Kerajaan especially Menteri Pertania ...
itu la realiti
yg duk dlm ekon kt kementerian sana mmg bodoh tak reti nk buat apa2 pun
ujung2 pi appoint consultant hanya utk tanya, apa program yg sesuai utk mereka ni
lps consultant dh bagi idea and suggestions, depa pun dh dpt consultation fees RM Juta2 ,
pastu kat kementerian tu,NOBODY will take actions to execute the suggestions
dah paham sgt la staf2 gomen ni cemana
|
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 22-10-2021 12:39 PM
Kapitalis tak sempat nak mikio nasib penoreh..yang ada difikiran,untung tahunan bilion2..
Itulah…mohon Allah laknat kapitalis2 yg menzalimi pekebun2 getah…amin. |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya, ingat lg zaman dulu time harga getah mahal, semua org pakat menoreh, yg mana ada kebun sendiri untung sebab profit dpt 100%
zaman skrg dpt rm40 sehari jenuh, brg semua mahal |
|
|
|
|
|
|
|
Diversification of crops la bang. Musim tengkujuh kat malaysia bukan fenomena baru. |
|
|
|
|
|
|
|
ada jugak tanah 2 hektar..
risda ada bagi bantuan jugak kan..
bantuan untuk tanam semula, bantuan tengkujuh etc..
ke tak pergi apply? |
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe replied at 22-10-2021 01:18 PM
ada jugak tanah 2 hektar..
risda ada bagi bantuan jugak kan..
bantuan untuk tanam semula, bantuan te ...
Jugak bantuan2 JAKOA. Jabatan khusus utk mereka itu yg tidak diceritakan........ Org yg baca, dgr.. Tau hentam saja |
|
|
|
|
|
|
|
betul..tapi kerajaan memang patut kaji harga getah/kelapa sawit untuk pekebun ni..
sedangkan kita negara pengeluar getah/kelapa sawit besar juga..
pekebun/penoreh dapat hasil sikit..
yang kaya tauke proses getah/kelapa sawit..
yang penoreh kerja berat hasil ciput je..
|
|
|
|
|
|
|
|
Bantuan utk org asli ada tapi maybe maklumat x sampai..gov servant kn kreatiflah dlm menyalurkan maklumat ni ....dan tlg lah semua..bkn kroni shj....mudah2an...selepas war2kan keluhan dia..ada bantuan yg dtg |
|
|
|
|
|
|
|
hotmak replied at 22-10-2021 01:08 PM
kesiannya, ingat lg zaman dulu time harga getah mahal, semua org pakat menoreh, yg mana ada kebun se ...
A ahhh kannn..kenapa masa tu boleh lonjak sampai 8hengget/ kilo..sapa punya mainan ??getah sebatang dua pinggir jalan pun kena toreh. |
|
|
|
|
|
|
| |
|